Pages

Tuesday, December 28, 2010

Simple Menu for Dinner

Assalamualaikum semua..dah breakfast ke pagi nie... Arini saya bukan nak cerita pasal menu pagi nie tapi menu dinner semalam.. Lupakan cerita sedih semalam, kita cerita pasal makan plak.. Bila cerita pasal makan hati yang sedih pun jadi suka..Hahahaha..Time masak semalam saja terlebih rajin p amik gambar, so konon-konon rajin la nak buh entri pagi nie..Padahal menu simple jer..Hehehehe..

Ikan Masak Sambal

Sayur Petola dan Fucuk

Sebenarnya saya just nak masak apa yang ada di dalam peti ais semalam.. Ikan tue masak seekor jer, sbb saya semenjak mengandung nie tak berapa nak boleh nak makan bila time malam..Teringin nak makan sayur jer, tapi bila dah masak sikit jer makan..Huhuhu..Last-last saya makan bihun goreng yang dimasak time breakfsat jer.. Layan jer la dapur orang yang baru belajar nie yer..Hehehehe..Resepi nie pun senang jer..Saya time masak suka main hentam jer masuk pe yang saya suka..Nasib baik my hubby makan habis..

Sedih...

Ihsan cik Google....


I'm in sad mood.... Huhuhuhu...

Sunday, December 26, 2010

Apa Azam Tahun Baru Anda

Pejam celik, pejam celik dah  nak hujung tahun kan.. Tinggal lebih kurang seminggu saje lagi untuk kita meninggalkan tahun 2010.. Bubye 2010 n welcome 2011..

Anda semua ada azam tahun baru ker? Selalu bila masuk tahun baru jer, ramai yang nak berbcerita tentang azam mereka untuk tahun depan.. Bagi saya, xpenah pun da azam tahun baru.. Memang tiap kali menjelma tahun baru terasa juga apa azam untuk tahun depan yer, tapi bila difikirkan balik tahun nie pun tak ada azam ada hati plak nak wat azam..Hehehehe..

Kadang-kadang sesetengah orang tue bila hujung tahun azam penuh satu list, macam-macam yang nak dibuat tapi bila sampai hujung tahun cuba dikira kembali berapa sangat azam yang tercapai atau yang anda lakukan.. Saya bukanlah nak mempertikaikan orang yang mempunyai azam sebaliknya pada hemah seseorang yang mempunyai azam dan berusaha untuk mencapainya adalah seorang yang sudah mencapai tahap atau target dalam dirinya dan ia sesuatu yang sangat bagus.. Tapi macam mana pulak mereka yang berazam dan mencanang satu dunia tapi sekadar hangat-hangat tahi ayam jer, baik tak payah ada azam kerana ia boleh meloyakan orang yang mendengarnya.

Bagi diri saya memang tak pernah nak berazam berbagai sebab saya nie mudah lupa apa yang saya ucapkan. Saya lebih suka kalau nak atau hajatkan apa2 biar saya saja tahu dan tak payah nak berkobar-kobar sampai perlu buat list apa nak buat tahun depan. Asal hidup sentiasa bahagia dan aman itu sudah memadai bagi saya.. Cuma saya selalu memperingatkan diri supaya memperbaiki diri terutamanya tak mau tinggal solat ( kdg2 byk sgt godaan syaitan yg menggoda sampai terbabas solat), dan semoga dipanjangkan lagi umur..

Kepada mereka yang mempunyai azam berusahalah untuk memastikan azam anda terlaksana. Jangan hanya berazam sebab tengok kawan-kawan anda berazam walhal tiada langsung keinginan di hati untuk menunaikannya..

Monday, December 20, 2010

Please Go Away Flu and Fever..

Xoxoxoxo.. In a bad condition.. I got flu and fever yesterday.. so tired,so depressed, so lazy...so many so la 4 the conclusion..I'm try my best 2 not fall sick, but we can't stop things from happening if its meant rite.. Maybe i'm so hard on Sunday helping my mother in law and my mak sedar give the bunga telur n goddies beg to the guests at wedding my husband punya paksu... Even tired but i'm so hapy coz i still can help them.. Of coz la agak segan if i just sitting and watching okay.. Dah la i cam elate an dat day ( actually it's not my falsela, my hubby yang wake up late coz dia sakit perut walhal saya dah kejutkan dia since 7 am lagi) so very la tak manis kan if i tk wat apa2...

Before the kenduri, saya dah plan want to snap pictures as much as i can, unfortunately 1 pictures pun i tak snap.. say nak amik pic but i don’t have much time coz so busy menjaga tender bunga telur..hehehe.. So, sory coz no picture here..

Bila time kenduri camnie, mmg you can meet the others relatives la...Compare with my family, my hubby punya relatives mmg ramai..Sometimes you can forget their name even you just meet them on Hari Raya Haji before..hehehehe n dat is me, a person dat alwaz forget people name. Maybe i got shot memory to remember people name.. Sometimes when i going out someone came and say hai to me, my mind alwaz say who dat guys, wait2 i know her but wat his name..It;s alwaz happen to me..hehehehe..

One of my hubby punya cousin got some bad new which make me feel simpati with her.. she just miscarriage 2 day before.. You know so sad when see her face dat try so hard to cover her tears when people ask.. But i can see her eye yang dah mula berkaca.. Sometimes people got 1 problem, they alwaz want to ask or know what happen without thinking what the person feel..Ya, it's good to ask to show your care but why don't just wait sampai perasaan org tue reda sikit.. Kesian dengan perasaan dia coz from i heard she really want the..
 baby untuk jadi kawan kepada anak dia yang sulung.. Ya Allah, really hope dat it's will not happen to me..

The best part of coz la the lauk kenduri, you know kenduri yang make by gotong royong nie the taste of the meals is very delicious even just 2 or 3 dishes only.. Maybe when we do gotong royong the they cook with full of heart and honestly make the meals so yummy even just a simple menu..

After back, my body and head so sakit.. Wake up the next day, don't have energy to go work so tell my hubby just want to rest at home.. Today feeling much better even the flu and cough still ada.. Hopefully i'll recover soon.. Amin..


Friday, December 17, 2010

Kucing Dan Toxoplasma

Hari nie saya nak bercerita sikit tentang kucing.. Saya sangat suka kucing dan saya juga membela seekor kucing sekarang nie.. Mungkin kesukaan dan sayangkan kucing nie wujud sebab mmg dari kecil saya dibesarkan dengan kucing.. Kat kg mmg family saya membela kucing sbb tue la minat nak membela kucing nie berkobar-kobar..Hehehehe..

Saya nie mula membela Mikey ( my son,hehehe ) sejak dia berusia 2bulan..Bulan 2 tahun depan genaplah Mikey berusia 2 tahun.. Dari saya bujang sampai dah kahwin saya dah terbiasa dengan dia.. Kira dah cukup masak la dengan perangai dia..

Tapi sekarang saya ada terbaca tentang sejenis virus yang terdapat dlm badan kucing yang dipanggil Toxoplasma.. Apa itu Toxoplasma? Toxoplasmosis terjadi disebabkan oleh sejenis parasit protozoa satu sel yang menghabiskan separuh daripada kitaran hidupnya dalam haiwan dan separuh lagi dalam manusia dan perumah utama bagi parasit ini adalah kucing yang dikeluarkan melalui najisnya. Selain itu virus ini juga bolah disebarkan melalui haiwan ternakan seperti lembu,ayam dan kambing. Daging mentah yang tidak dimasak dengan sempurna juga terdedah kepada virus ini. 
 
Virus ini sebenarnya tidak membahayakan kita tetapi ia akan menjadi bahaya sekiranya telah menjangkiti ibu yang mengandung. Ini kerana mereka yang mengandung dan dijangkiti virus ini amatlan membahayakan bayi di dalam kandungan. Risiko untuk mengalami keguguran dan bayi turut sama dijangkiti semakin tinggi sekiranya ibu hamil tersebut dijangkiti ketika kandungan masih diperingkat awal. Jangkitan awal pada bayi boleh menyebabkan bayi mengalami kerosakan pada mata dan otak, pembengkakan hati, kecacatan mental dan jaundis. Selain itu, bayi juga mungkin akan mengalami sawan atau buta. Tetapi terdapat juga beberapa langkah yang boleh diamalkan bagi menghindari bayi anda dijangkiti virus ini.
 
 Langkah yang boleh dilakukan adalah:
1. Menjauhkan diri daripada najis kucing (seboleh-bolehnya jika anda mempunyai kucing di rumah mintalah orang lain yang menguruskan najis kucing tapi jika terpaksa juga basuhlah tangan dengan bersih selepas itu)
2. Membasuh bersih-bersih buahan dan sayuran yang ingin dimakan secara segar.
3. Makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna terutamanya daging.
4. Gunalah sarung tangan sewaktu berkebun dan basuh tangan dengan sempurna (Aktiviti berkebun juga boleh menyebabkan kita terdedah dengan virus ini yang berada di dalam tanah)
5.Sentiasa menutup makanan anda.

Bagi ibu-ibu yang hamil dan mempunyai kucing di rumah semestinya anda akan merasa bimbang dengan keadaan ini termasuklah saya. Saya sedang mencuba untuk menghindari semua perkara di atas bagu memastikan bayi saya sihat. Kadang2 tak sampai hati nak biarkan Mikey sorang - sorang sbb dia sangat suka bemain kalau di ajak. Sesiapa yang ada pengalaman seperti saya nie silalah bagi pendapat anda ye..

Saya cuma berdoa agar bayi saya sihat dan tak mengalami apa-apa masalah begitu juga dengan Mikey..Amin

 

Thursday, December 16, 2010

Menu Pagi...Keow Teow Goreng

Koew Teow Goreng

Pagi nie agak rajin berbanding hari selalunya..Terasa nak makan keow teow goreng plak..Yela semalam dapat makan bihun jer..Hehehehe..
Resipi nie simple jer, kira keow teow goreng bodoh2 je..Hehehe..Main campak pe yang ada dalam peti ais jer..Saya nie pun baru jer nak belajar masak2 nie, xberapa pandai lagi nak masak macam sesetengah blogger lain yang mmg da expect..1 more thing, saya nie tak berapa pandai n kreatif nak ambil gambar sangat..hehehe..

Resipi Keow Teow Goreng
Bahan-bahan:
Keow Teow
Sawi
Taugeh
Udang
Fish cake
Garam
Gula
Kicap
Sos Tiram
Sos Cili
Sos Tomato
Telur
Bawang Merah (dikisar)
Bawang Putih (dikisar)
 Cili Kering (dikisar)
Cili Merah (dikisar)
Limau Kasturi (hiasan)
Daun Bawang (hiasan)
Bawang Goreng (hiasan)
Cili merah (hiasan)

Cara - caranya:
Tumis semua bahan kisar sehingga masak. Masukkan kicap.sos tiram,sos cili dan sos tomato.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan udang dan fish cake dan keow teow. Gaul rata semua bahan.
Masukkan telur dan kacau seketika dan masukkan sawi dan taugeh. Goreng sehingga masak
Hidangkan dengan limau, daun bawang, cili merah dan juga bawang goreng

Wednesday, December 15, 2010

Keow Teow Th'ng...

Menu Lunch....

Nie bukan saya masak yer, tapi beli aje..Hehehe..Lately nie,mls sgt nak nak blik umah time break.. Opismate ajak p mkn pun mls, tapi nak mkn..hehehe... So order jela.. Boleh tahan juga sedapnya (ke saya yang lapar)
Sapa-sapa yang tak biasa makan keow teow th'ng nie kalau mai Penang mesti try k.. Yang nie my frenz beli kat dlm USM.. Kalau dlm USM mknan mmg murah, student price la katakan walaupun uols bukan student pun.. 1 mangkuk baru Rm 1.70 tau..Jgn tak percaya... Kalau nasi pun murah, nasi pataya baru yer Rm 2.50.. Ha, mn nak cari mn murah camtue time skrang nie..Air pun baru Rm 0.70 je tau.. Kalau kat luar, tak dapat punya..

Disebabkan waktu da break da abis time saya nak mkn, pe lagi mls nak mkn kat pantri so saya p makan kat tempat rahsia la..Hehehehe...Tmpat yang selalu jd port lepak time bosan, mengantuk n mkn..Hehehehe... Makan punya makan, licin da tupperware nie....


Sampai licin tupperware..Hehehehe....

Alhamdulillah, akhirny da kenyang.. So, sambung kerja la...

Da lepas pos baru perasan, td saya mkn bihun th'ng la, keow teow da abis buk..hehehehe


Alhamdulillah....

Salam semua... Dah lama sangat saya tak post new N3 kat sini.. I think it already about a month..Hehehe..Sila la abaikan semua pe yang telah saya katakan sebelum nie untuk sentiasa update blog saya dengan entry2 kisah hidup yang tak seberapa ye...  Actually it very long story mori yang nak dicanangkan.. 

Emm, nak start mana dulu pun dah tak tahu,yela bila da lama tak menulis rasa cm byk jer cerita yang nak diceritakan tapi bila da byk tak tau plak nak cerita yang mana satu..Huhuhu.. Dlm kesibukan masa saya selam nie ada cerita yang seronok dan semestinya da juga yang tak seronak tapi saya sentiasa bersyukur dengan pe yang telah diberiknNya, Alhamdulilah...

Nak diceritakan la yer, saya sebenarnya tak bape sihat n sebelum nie.. Masa kena plak masuk wad dlm 5 hari.. Bila dah kuar wad berehat kat kg kat 2minggu jugak la.. Kalau time tue tak sakit mmg best la leh duduk kt kg lm2 nie sakit xguna jugak, terperap je kat rumah.. Hampir 3minggu bercuti baru saya sambung keje tue pun masih dlm keadaan sakit lagi..Cian kat i kan..Huhuhu... Tapi terpaksa juga dtg bila memikirkan keje yang berlambak-lambak n kebetulan 1 of my ofismate resign so i have 2 take over his job la.. Bertambah-tambah la kerja saya...

Tapi Alhamdulillah now i'm feeling better n better.. Thanks a lot to Allah coz sembuhkan saya n thanks juga kat my hubby yang byk bersabar ngan saya time tue..Hehehehe..Actually saya mmg slalu jugak la da problem with my leg yang saya sakit tue tapi b4 dis saya tak sakit teruk camnie sbb saya leh makan ubat bila sakit but dis time i can't take any medicine except paracetamol sbb i'm "pregnat" (dat is my good new,hehehe). Saya dapat tau pregnat pun time sakit jugak la, sbb period dah lmbt dekat 2minggu.. First mmg tak expect pe2 sbb rasa cam awal je lagi n tak sangka Allah nak beri kami rezeki awal.. Bersyukur sangat walaupun sangat2 terkejut mulanya..Hehehe...

Semalam dah pergi wat scan and my baby is sihat and sudah mula membesar dan saya berdoa semoga baby saya sihat selalu.. Semoga dia akan lahir di dunia nie sebagai insan yang sihat, sempurna, berakal dan menjadi makhluk Allah yang taat kepada penciptaNya dan ibu bapa.. Doa-doakan la saya n baby sihat yer..

Amin.....:)






Wednesday, November 3, 2010

Kepada Yang Baik Hati, Tolonglah Saya....

Kepada sesiapa yang berada di luar sana dan telah membaca entri ini, tolonglah saya jika anda baik hati...Huhuhu..

Tanpanya di sisi menjadikan hidup saya bertambah susah dan rumit... segala yang dilakukan tak sempurna tanpa kehadirannya... Bilakah agaknya kau akan hadir dlm hidupku dan menyinari hidup ini yang telah lama menantimu..wawawawa...Ayat yg penuh jiwang.. Ada tak yang terasa nak membantu? Hehehehe...

Enagkau yang saya maksudkan adalah tidak lain dan tidak bukan.......Jeng...jeng...jeng....
Tadaaaaaaaa.......

sebuah peti ais.......

Ada tak insan yang baik hati sudi kiranya memberikan saya sebuah peti ais...Huhuhu....Susah betul tak ada peti ais nie.. Tambah pula dengan saya yang suka masak dari beli dari kedai.. 

Gaji bulan nie ingat nak beli la, tapi cam tak boleh jer... Kan best kalau saya bergaji beribu raban sebulan...Paling tak dapat peti ais yang kecil pun jadilah..Tapi, gaji yang dapat pun xsempat nak cover lagi hidup lepas kenduri.. Tak pe, sabar-sabar.... Insyallah, bulan depan leh beli kut..Hehehe...

Tapi, tawaran masih lagi dibuka kepada sesiapa yang rasa baik hati untuk membantu saya sbb gaji anda 2 bulan lepas pun lagi guna bolehlah hubungi saya yer.. Hehehe... Ada ke orang yang begitu baik hati camtu di dunia ini....

Thursday, October 28, 2010

Camne Nak Jadi Blog Yang Best Ye????

Assalamualaikum semua...Apa khabar pagi nie? Kat penang redup dan mendung ( macam nak hujan je ) pagi nie,aduh mls betul nak bangun td.. 
Tapi, tetap kena bangun juga..Sejak bergelar isteri nie saya ada jawatan baru iaitu sebagai chef yang tak bertauliah..Hehehehe.. So,malas macam mana pun kena juga biasa kan diri bangun prepare breakfast tuk husband..Yela kan,tanggungjawab tetap tanggungjawab kan..

Apa yang i merepek di pagi hari bercerita perihal rumahtangga nie..Walhal ini bukanlah motif atau tajuk yang saya nak bincangkan pagi nie..Hehehe..Biasa la kan  semua manusia pun macam tue rasanya,kadang-kadang sesuatu benda akan jadi lagi best kalau da benda lain yang di tokok tambah..
So,berbalik kepada cerita asal, camne nak jadi blog yang best..Maksudnya, nak blog kita disukai oleh blogger lain.. Mereka singgah sini bukan just harap kita kembali singgah blog mereka tapi dapat baca pe yang tukang blog nie merepekkan..

Tapi kalau mereka dtg singgah je pun,saya da tak kisah sbb saya tau sekurang - kurangnya da juga yang sudi dtg..Mungkin mula - mula just datang n lihat - lihat je, tapi mana tahu masa depan akan suka blog nie dan jadikan blog nie sebagai blog yang best dlm blog mereka.. Wah, kuat betul berangan kan, tapi kata org dari angan2 boleh menjadi kenyataan kalau kita rajin berusaha.. Jangan jadi angan2 Mat Jenin dah la..

Actually, saya nie bukan seorang yang pandai sangat nak menulis atau bercerita macam orang lain..Tapi tak salah kut kalau mencuba kan..Hehehe..Nak sangat jadi seorang yang dapat menulis cerita dengan bersahaja supaya orang yang membaca pun rasa tak de la terlalu formal sangat kan..

Saya pun da beberapa blog yang saya rasa isi dan penulisannya sangat la best di baca... Nampak bersahaja jer.. Dan mungkin juga jiwa saya suka sesuatu yang lebih bersahaja dan tak terlalu kompleks.. saya juga pernah membaca kalau kita nak kan up kan trafic blog kita tajuk mesti best.. Tapi masalah plak bagi saya sbb tak reti la plak nak cari tajuk yang best n sesuai dgn pe yg saya tulis..  kalau tajuk meletup, kebabom!!! tapi cerita plak tah apa2 pelik juga kan..

Oh. ye tak sabar sebenarnya nak tunggu gambar wedding saya siap.. Tengok, lari juga dari tajuk cerita kan..hehehe.. Insyallah kalau berkesempatan nanti saya akan wat satu entri untuk gambar wedding saya..
Kalau ada yang sudi tengok tue boleh la tunggu yer..Saya pun sedang menunggu gmbar rasmi from my photographer.. hehehehe..

So, kepada mereka di luar sana yang terbaca entri nie, dan ada pengalaman atau tips  yang berkesan untuk jadikan blog anda blog yang best share-share la kat sini yer.. bak kata orang jangan kedekut memberi ilmu kepada orang lain. Walaupun tak banyak, sekuranag-kurangnya dapat la juga kita menambah amal ibadat kita kan..Memberi ilmu tue kan satu ibadat juga..Jadi renung-renungkan dan selamat beramal, seperti cogan kata Ustaz Izi...

Sampai sini je hari nie, semoga saya akan sentiasa ada sesuatu untuk diceritakan pada hari yang mendatang..
Thank you to all blogger yg support i.... Luv u all.....









Wednesday, October 20, 2010

Cerita Lepas Kahwin....

Terasa lama sangat dah tak update blog nie...Kalau singgah pun sempat intai chat box jer jap..Thanks a lot 2 all d chatter...And sory coz xsmpat nak ziarah uols balik..Insyallah sekarang saya mempunyai kelapangan untuk berblogger dengan tenang dan tanpa rasa runsing semula..Hehehehe...

Last 3 weeks was my busy time coz i'm now is a wife..I'm very syukur coz everthing is done..Saya selamat dinikahkan dengan suami saya pada 3.10.10..My majlis was on 10.10.10 and my majlis bertandang was on 17.10.10..Saya bukan la nak cerita kehidupan lepas kahwin saya ape yang saya buat pagi2 ker.just nak share denagn semua sedikit pengalaman yang pasti semua daripada kita akan tempuh juga suatu hari nanti..Actually time2 camnie la kita leh nampka and lihat the true color of people around us..How good someone 2 us dat really help in this time..Bukan ape,time nie kita akan rasa macam2 perasaan.Gembira of coz la,dah nak kahwin kan,tapi tension,risau dan tertekan mesti..Cuma it's depend on how we handle..

Saya amat bersyukur coz my family banyak sangat membantu..Semua persiapan yang saya xsempat settle kan banyak sangat di bantu keluarga..Kepada all my frenz, thank you jugak sbb membantu and hadir to my wedding. After settle semua nie,perasaan lega sangat cuma saya tak berkesempatan plak nak berhoneymoon macam pengantin baru yang lain..Huhuhu..Insyallah jika dipanjangkan umur, teringin sangat ke pulau-pulau sambil menikmati pemandangan yang indah bersama suami tersayang..Hehehe...

Lastly, nak ucapkan terima kasih lagi sekali to all yang telah membantu sepanjang perkahwinan saya..Doakan saya semoga bahagia bersama suami tercinta hingga ke akhir hayat..Amin.. 



Tuesday, September 21, 2010

Siapa Pasangan Anda

Bercerita tentang siapa pasangan kita mungkin 3 hari 3 malam pun belum tentu habis. Kenapa kita perlu berpasangan? 

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” (Al Qur’an, 36:36)

Dari ayat di atas jelas menunjukan setiap manusia itu dijadikan berpasangan di dunia ini. Siapa pun kita, baik atau buruk mesti ada pasangannya. Dan semestinya setiap dari kita mesti mempunyai cara tersendiri dalam memilih pasangan hidup. 

Kadang-kadang ada juga yang bertanya macam mana kita nak tahu seseorang itu adalah jodoh kita? Dia ni boleh ke jadi boyfriend? Dan ada juga yang bertanya macam mana saya tahu yang bakal suami saya tu adalah jodoh saya. Kadang-kadang soalan macam nie boleh buat kita terfikir juga betul ke dia tu pasangan hidup kita. Kan dah buat kita plak yang confius. Tapi bagi saya, saya cuma berpegang pada satu benda sahaja, saya nak bercinta dan berkasih dengan seseorang bukan hanya untuk di dunia sahaja tapi juga di sana juga. 

Dan lebih baik kita menyayangi oarng bukan sahaja kerana kebaikan dan kelebihan yang dia ada, tapi juga dengan segala kelemahan yang dia ada. Memang macam susah je bunyinya tapi percayalah itu lebih baik dari kita hanya menyayangi orang kerana apa yang baik sahaja,kerana hidup kita bukan sentiasa baik. Suatu masa kita akan merasai kesusahan dan ingatlah tiada manusia di dunia ini yang sempurna. Bahkan diri kita pun banyak kelemahan,jadi jangan mengharap orang lain sempurna.

Dan saya ada suatu cerita yang pernah saya baca tentang seorang pelajar bertanya kepada gurunya macam mana kita nak mencari pasangan hidup. Guru itu pun menyuruh pelajar itu ke padang sekolah mereka dan mencari sehelai rumput di padang yang paling cantik dan baik. Pelajar tadi pun pergi ke padang dan mula mencari sampai ke hujung padang. Selepas itu dia kembali kepada guru tadi dengan hampa kerana tiada pun rumput yang dibawa. Guru itu pun bertanya mengapa pelajar itu tidak membawa rumput. Pelajar itu pun memberitahu, pada mulanya dia telah terjumpa dengan rumput yang cantik, tetapi bila dilihat ke depan dia ternampak ada lg rumput yang cantik. Dia pun terus ke rumput yang lain dan bila dipegang rumput yang cantik dia ternampak ada lagi yang lebih cantik di depan dan terus meninggalkan rumput yang dipegangnya. Begitulah seterusnya hingga hujung padang dia tidak dapat sehalai pun rumput yang diingini. Maka guru itu pun berkata hidup manusia seperti itu juga. Kita kadang-kadang telah menjumpai seseorang yang baik dan cantik di mata kita tetapi bila melihat ada lg yang cantik kita terus meninggalkan apa yang kita ada. Jadi kita sebagai manusia harus bersyukur dan ingat sekali kita bertemu dengan seseorang hargailah kerana jika kita sudah melepaskan peluang kita mungkin akhirnya hidup kita akan seprti kisah pelajar dan rumput tadi...


mungkin padang nie kut pelajar tue cari rumput...hehehe..

Hehehehe...sampai di sini saja  cerita saya.  Semua cerita di atas tiada dengan yang hidup atau yang mati. Ynag baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan k..





Monday, September 20, 2010

Apakah Perasaan Ini..

Sebenarnya saya masih kurang pasti dengan perasaan saya pada waktu ini..Jika dikatakan tak risau memang saya risau walaupun nampak cam rileks jer. Nak kata takut of course la takut dan saya pasti semua orang yang pernah dan akan berada ditempat saya pada waktu ini akan merasa perasaan yang sama.. Tension...tension..tension..

                               

                                               tapi takde la tension sampai camnie...hehehe

Tapi kadang-kadang leh jadi camtue jugak bila tengok keadaan ini...huhuhuhu...

perut aku muncit la.....mcm mana nie...

Takut sebenarnya, takut bila tiba tarikh yang paling bersejarah dalam hidup saya nanti perut masih macam tue... Abis la baju nikahku yg ditempah itu tak dapat diperagakan dengan jayanya...huhuhu..

Dengan hanya tinggal lagi 2 minggu ke tarikh pernikahanku n 3 minggu majlis bersanding,saya berharap sangat dapat kempiskan perut ini... Nak kata gemuk tidak lah,rasanya BIM saya cam ideal jer, tapi bila makan lebih jer mulalah naik... Takutnya...Tapi nafsu makan tak boleh ingat, lunch tadi dah pergi melapak di rumah teman sekerja sambil melantak nasi tomato berlaukan ayam masak merah, daging masak kicap, sambal hati... Tak lupa juga kiuh tat yang amat sedap...huhuhu... Bila dah balik opis baru rasa menyesal plak.. Inilah manusia..

Ada ke petua last minute yg berkesan dan dapat membantu perempuan ini?..Hehehehe... Apa2 pun kepada bakal-bakal pengantin semua, jangan mencontohi diri ini... Berdiet lah untuk hari berbahagia anda dan semestinya demi kesihatan anda.




Friday, September 17, 2010

1st Entri....

Pertama kali hati ini meronta2 sgt nak berblogger mcm org lain.... Tapi masih terpikir jugak cukup ke ilmu di dada nak menulis di blog?Apa yg ptut ditulis?dan yang penting ada ke sesapa yg nak menjengah blog ini...Tapi saya tetap galak jugak nak berblogger mcm org lain...Tertanya jugak info apa yg blogger lain tulis dlm blog masing2.Nak tulis pasal diri ke,kang ada plak yg jemu yela asyik memuji diri dgn segala cerita pasal hidup yg xde extraordinary langsung...Pasal masakan, oh saya amat suka memasak tapi hanya masak something yg simple dan hanya untuk dinikmati sendiri..hahaha..Mungkin suatu hari nanti saya boleh masak untuk org lain dan yg penting mendapt pujian dari org..

          Tengok sendiri la, 1st entry saja dah xtahu apa yg nak ditulis.. Mungkin seseorang itu ada masa-masa tertentu dimana idea untuk bercerita itu hadir di kepala otak..Masa tu mungkin kita just ikut je jari-jari nie menulis.Dan mungkin juga org yg menulis tu menulis berdasarkan niat hati yg jujur dan ikhlas untuk menulis. Mungkin itu lebih baik kerana kita tak perlu nak jadi hipokrit tetapi jadi diri sendiri. Orang akan lebih respect dan suka baca something yg betul-betul lahir dari hati yg ikhlas. Mungkin hanya cerita pasal opah kita, tapi jika cerita yg disampaikan itu ikhlas org yg membaca mesti tertarik walaupun dia sendiri pun ada opah...

      Yang penting masing-masing tahu menggunakan medium ini sebaiknya samada untuk kesenangan diri ke,expresi diri ke,or untuk merapu merapan sendiri ke.Diharap sesapa yg terbaca or termasuk blog ini dapatlah kiranya menjadikan blog ini sebahagian dari hidup anda(hahaha...ayat tak boleh blah tue). Sekiranya terdapat sebarang komen @ nasihat to me jgn la malu n segan untuk menegur budak yang baru berblogger ini.

       Harapan terhadap blog ini mestilah sentiasa di update dengan cerita-cerita saya atau apa saja yang lahir dari hati nurani yang ikhlas ini untuk menjadi tatapan anda semua.