Pejam celik, pejam celik dah nak hujung tahun kan.. Tinggal lebih kurang seminggu saje lagi untuk kita meninggalkan tahun 2010.. Bubye 2010 n welcome 2011..
Anda semua ada azam tahun baru ker? Selalu bila masuk tahun baru jer, ramai yang nak berbcerita tentang azam mereka untuk tahun depan.. Bagi saya, xpenah pun da azam tahun baru.. Memang tiap kali menjelma tahun baru terasa juga apa azam untuk tahun depan yer, tapi bila difikirkan balik tahun nie pun tak ada azam ada hati plak nak wat azam..Hehehehe..
Kadang-kadang sesetengah orang tue bila hujung tahun azam penuh satu list, macam-macam yang nak dibuat tapi bila sampai hujung tahun cuba dikira kembali berapa sangat azam yang tercapai atau yang anda lakukan.. Saya bukanlah nak mempertikaikan orang yang mempunyai azam sebaliknya pada hemah seseorang yang mempunyai azam dan berusaha untuk mencapainya adalah seorang yang sudah mencapai tahap atau target dalam dirinya dan ia sesuatu yang sangat bagus.. Tapi macam mana pulak mereka yang berazam dan mencanang satu dunia tapi sekadar hangat-hangat tahi ayam jer, baik tak payah ada azam kerana ia boleh meloyakan orang yang mendengarnya.
Bagi diri saya memang tak pernah nak berazam berbagai sebab saya nie mudah lupa apa yang saya ucapkan. Saya lebih suka kalau nak atau hajatkan apa2 biar saya saja tahu dan tak payah nak berkobar-kobar sampai perlu buat list apa nak buat tahun depan. Asal hidup sentiasa bahagia dan aman itu sudah memadai bagi saya.. Cuma saya selalu memperingatkan diri supaya memperbaiki diri terutamanya tak mau tinggal solat ( kdg2 byk sgt godaan syaitan yg menggoda sampai terbabas solat), dan semoga dipanjangkan lagi umur..
Kepada mereka yang mempunyai azam berusahalah untuk memastikan azam anda terlaksana. Jangan hanya berazam sebab tengok kawan-kawan anda berazam walhal tiada langsung keinginan di hati untuk menunaikannya..
Xtahu la nk azam ape tahun depan.. harap2 tahun dpn akn lebih baik dari tahun sebelumya..amin
ReplyDeletehehehe..amin..aku pun hrp camtue juga..
ReplyDeleteheheheheh
ReplyDeletemalas nak berazam
P/S : Laksa Sarawak Versi Alor Setar Memang Sedap