Pages

Thursday, October 28, 2010

Camne Nak Jadi Blog Yang Best Ye????

Assalamualaikum semua...Apa khabar pagi nie? Kat penang redup dan mendung ( macam nak hujan je ) pagi nie,aduh mls betul nak bangun td.. 
Tapi, tetap kena bangun juga..Sejak bergelar isteri nie saya ada jawatan baru iaitu sebagai chef yang tak bertauliah..Hehehehe.. So,malas macam mana pun kena juga biasa kan diri bangun prepare breakfast tuk husband..Yela kan,tanggungjawab tetap tanggungjawab kan..

Apa yang i merepek di pagi hari bercerita perihal rumahtangga nie..Walhal ini bukanlah motif atau tajuk yang saya nak bincangkan pagi nie..Hehehe..Biasa la kan  semua manusia pun macam tue rasanya,kadang-kadang sesuatu benda akan jadi lagi best kalau da benda lain yang di tokok tambah..
So,berbalik kepada cerita asal, camne nak jadi blog yang best..Maksudnya, nak blog kita disukai oleh blogger lain.. Mereka singgah sini bukan just harap kita kembali singgah blog mereka tapi dapat baca pe yang tukang blog nie merepekkan..

Tapi kalau mereka dtg singgah je pun,saya da tak kisah sbb saya tau sekurang - kurangnya da juga yang sudi dtg..Mungkin mula - mula just datang n lihat - lihat je, tapi mana tahu masa depan akan suka blog nie dan jadikan blog nie sebagai blog yang best dlm blog mereka.. Wah, kuat betul berangan kan, tapi kata org dari angan2 boleh menjadi kenyataan kalau kita rajin berusaha.. Jangan jadi angan2 Mat Jenin dah la..

Actually, saya nie bukan seorang yang pandai sangat nak menulis atau bercerita macam orang lain..Tapi tak salah kut kalau mencuba kan..Hehehe..Nak sangat jadi seorang yang dapat menulis cerita dengan bersahaja supaya orang yang membaca pun rasa tak de la terlalu formal sangat kan..

Saya pun da beberapa blog yang saya rasa isi dan penulisannya sangat la best di baca... Nampak bersahaja jer.. Dan mungkin juga jiwa saya suka sesuatu yang lebih bersahaja dan tak terlalu kompleks.. saya juga pernah membaca kalau kita nak kan up kan trafic blog kita tajuk mesti best.. Tapi masalah plak bagi saya sbb tak reti la plak nak cari tajuk yang best n sesuai dgn pe yg saya tulis..  kalau tajuk meletup, kebabom!!! tapi cerita plak tah apa2 pelik juga kan..

Oh. ye tak sabar sebenarnya nak tunggu gambar wedding saya siap.. Tengok, lari juga dari tajuk cerita kan..hehehe.. Insyallah kalau berkesempatan nanti saya akan wat satu entri untuk gambar wedding saya..
Kalau ada yang sudi tengok tue boleh la tunggu yer..Saya pun sedang menunggu gmbar rasmi from my photographer.. hehehehe..

So, kepada mereka di luar sana yang terbaca entri nie, dan ada pengalaman atau tips  yang berkesan untuk jadikan blog anda blog yang best share-share la kat sini yer.. bak kata orang jangan kedekut memberi ilmu kepada orang lain. Walaupun tak banyak, sekuranag-kurangnya dapat la juga kita menambah amal ibadat kita kan..Memberi ilmu tue kan satu ibadat juga..Jadi renung-renungkan dan selamat beramal, seperti cogan kata Ustaz Izi...

Sampai sini je hari nie, semoga saya akan sentiasa ada sesuatu untuk diceritakan pada hari yang mendatang..
Thank you to all blogger yg support i.... Luv u all.....









6 comments:

  1. Salam... terpanggil memberi komen bukan kerana akak rasa blog akak best sebab akak pun masih baru dalam dunia blog ni... still green! Kalau akak, akak mencari blog yang boleh berkongsi pandangan, pendapat, informasi dan sebagainya. Mungkin bagi golongan bisness woman/man atau remaja pendapatnya lain. Blog yang best bagi akak adalah blog yang menyajikan entry yang boleh dibaca utk pengetahuan, renungan dan sebagainya.. Perkataan 'best' tu terlalu umum... apapun, menulislah dengan ikhlas... sambil itu kita belajar utk jadi "among the best blogger"

    ReplyDelete
  2. Salam..hai akak..terima kasih sbb sudi komen budak baru bljar nie..Apa yg akak ckp tu mmg betul..Yang penting, kita dlm buat sesuatu mesti ikhlas.. Sama - sama kita berusaha ye akak..Hehehe

    ReplyDelete
  3. setuju ngan fuzaimi...kita sama2 belajar k

    ReplyDelete
  4. jangan risau, yang penting tulis berkenaan apa yang kita suka, apa yang kita minat, dan tak menyimpang dari norma. kita bukan sekadar nak mengejar populariti kan? berusahalah! fighting!
    >.<///

    ReplyDelete
  5. terpanggil nak komen sikit.
    cikhel bukan blogger populer..tp bermula dari bawah juga..

    dekay belog cikhel ade buat sikit tips blogging,kalau rajin boleh baca :)

    ReplyDelete