Pages

Tuesday, April 9, 2013

Nur Ayra Daleela Turn 19months

Lama tak bercerita pasai anak. Aku bukan apa dah jarang nak update blog sekarang ni.. Laptop aku rosak dah berzaman pun belum p hantar repair. Kalau kat rumah guna phone ja ok, so bila nak update guna phone amatlah tak puas hati nie. Kat opis plak malas nak update sebab biasalah bila nak menulis ni perlu take time juga.. Dah tulis, 2 3 kali plak nak baca. Takkan aku nak pergi kerja semata - mata update blog. Mana boleh wei, walaupun kerja aku bukan la sibuk sangat tapi aku nie masih waras lagi dalam menggunakan masa yang ada kat opis tue buat benda lain. Aku buka pun jap2 je, bila free aku karang sikit apa yang aku nak karang then save, bila aku ingat nak pos aku pos.

Ok, nak cerita perihal anak dara aku yang sorang ni. Buah hati pengarang jantung aku. Sekarang dah masuk 19 bulan dah, lagi 3 bulan dah nak 2 tahun. Cepat gila masa berlalu, terasa lagi time aku nak bersalin kan dia dulu, punyalah sakit and now dah besar dah anak aku.

Perkembangan Ayra setakat 19bulan

1. Semakin potpet potpet.. Alhamdullillah Ayra ni cepat mulut juga. Sekarng dah pandai cakap. Kalau keluar mana - mana kalau aku duk bercakap dengan dia orang mesti tanya berapa tahun. Bila aku cakap 19 bulan semua cakap pandai ye bercakap. Hahahahaha..memang pandai sampai kadang - kadang tak terlayan aku ni nak melayan dia. Nak tue nak nie, yang tue tak kena yang nie tak kena. Tapi Aaa la juga benda yang dia sebut aku dan ayah dia tak paham tapi nampak dia memang cepat la bercakap.

2. Ayat kesukaan dia sekarang nie, kalau apa - apa je mesti cakap " Ayra xmau kawan ngan mama atau ayah" tapi selalu dia xmau kawan dengan ayah la. Dengan mama mana boleh tak kawan kang tak dapat nenen..hihihi

3. Dah pandai merajuk budak kecik ni. Pantang la marah atau tegur dia apa - apa, terus tutup mata dengan tangan pastue mencebik atau meraung terus. Kalau kena marah teruk meraung kuat - kuat pastue bila kita pujuk datang la peluk kita sambil cakap mama marah Ayra.

4. Bahasakan diri dia Ayra.. Kalau cakap sekarang nie, mesti sebut nama sendiri contoh Ayra nak makan.. Ayra nak mandi.. Ayra nak main game.. Tapi bila sebut Ayra tue, macam Lisa Surihani plak, pelat 'r'.. Ayah dia la yang selalu ajar sebut betul - betul. Aku plak suka ja dengar..hihihi.. Bagi aku mungkin dia kecik lagi, n budak - budak bawah 2 tahun memang agak sukar bila nak sebut huruf r, s semua tue...

5. Addicted to phone. Pantang nampak phone aku atau ayah dia, menjerit nak phone. Sampai berebut la dengan dia. Nak tengok youtube la, main game la dan sekarang suka sangat we chat dengan mak sedara n pak sedara dia. Kalau dah buat video call tue, kalau kita kata bye2, mau la dia mengamuk xmau letak.. Habis phone dia baling semua.. Huhuhuhu

6. Berat terkini belum timbang tapi nampak sudah berisi sikit. Selera makan makin bertambah sekarng nie, dah mau makan ayam goreng semua sebab sebalum ni kalau makan dia makan kuah ngan sayur dan nasi ja. sekarang kalau nampak ada ayam goreng atau ikan goreng dah pandai minta nak. Tapi tue la, dia ni gelojoh sikit bila makan, bila makan selalu ja nak muntuh sebab dia suka sumbat banyak2 dalam mulut pastue terus nak telan. Jenuh aku ajar nak kunyah macam mana..

Lain - lain perkembangan nanti aku update untuk next entry plak ye.. Sekarang aku nak aktif balik berblogging. Aku dalam keadaan stress ni menghadap keadaan sekeliling so bila berblogging dapat la aku luahankan apa yang aku rasa.. Huhuhu... Akhir kata welcome back to me..



Wajah kesayangan mama dan ayah.. Semoga menjadi anak yang solehah dan berguna di masa depan.

1 comment: