Pages

Tuesday, April 9, 2013

The Pavlova

Dulu aku tak tahu apa tue Pavlova...Jakun wei aku nie, pavlova pon tak tau..Hahaha.. Tapi bila selalu duk walk blogging terutamanya blog - blog masakan mesti ada resepi pavlova nie.. So, hati nie terdetik la nak cuba buat dan menikmati pavlova ni sendiri. Aku tengok kebanyakkan resepi pavlova nie semua sama ja.. Dan resepi yang aku guna pun aku tak ingat kat mana aku amik.. Kepada tuan tanah for the resipi ye..

Bahan - Bahan :-
4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor (aku kurangkan sikit sebab semua resepi cakap manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung
Bahan Hiasan:-
Whipping cream - pukul sampai kental (untuk yg ni aku guna whipping cream dalam tin tue ja..picit ja atas pavlova..versi mls dan segera)
Strawberi
Blueberri
 
Cara - caranya:

1. Pukul putih telur hingga kembang. Harus diingatkan ye kepada semua sila pastikan semua peralatan dan bahan - bahan anda bebas dari sebarang unsur air ok..
2. Bila dah gebu tambahkan kelajuan mixer anda pada tahap maksima dan masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis ye..

 3. Pukul gula dan telur sehingga menjadi berkilat dan bertanduk ye.. macam dia atas..kalau tak bertanduk sila pukul sampai bertanduk ok.
4. Pastu ko masukkan la esen vanila, tepung jagung dan juga cuka.. Kacau adunan supaya sebati.
5. Kalau nak pastikan adunan betul - betul menjadi cuba ko terbalikkan ko punya bekas adunan, kalau adunan elok ja melekat kira ok la tue.. Kalau terjatuh ka, minta maaf la, belum manjadi maringue lagi tue..hihihi

6. Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak then lukis bulatan supaya senang bila ko nak letakkan adunan dan bentukkannya.
7. Tapi aku malas, aku guna je kek punya cutter ring then aku letak adunan dalam tue.. hehehe

8. Pastu ko tarik slow - slow dan buat la macam mana ko nak pavlova ko jadi.. Aku buat tepi dia cacak - cacak sikit.. Hihihi..
9. Masukkan kan dalam oven pada suhu 140'c selama 1 jam atau sehingga nampak pavlova ko jadi warna perang kira masak la tue.. Panaskan oven dulu ye sebelum tue dalam 10-15min
10. Bila dah masak, sila buka pintu oven ko separuh dan biarkan pavlova tu menyejukkan dirinya dulu sebelum dikeluarkan.

11. Bila dah sejuk hiaskan pavlova anda dengan whipping cream dan buah - buahan kegemaran korang. Selalunya guna buah yang masam supaya dapat balance dengan rasa manis pavlova tue.. Aku dah buat pavlova ni 3 kali dah dan bagi aku makan dengan buah markisa, stawberi, kiwi, blueberri adalah terbaik..

Senang je kan nak buat pavlova ni.. Tak habis simpan dalam peti ais, makan bila sejuk lagi sedap. Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment