Assalamualaikum semua...Ada sesapa yang pernah baca kisah Maria. Hari nie saya nak bercerita tentang kisah Maria dan kapal terbang yang saya pernah baca dlm sebuah novel. Tapi maaf yer saya betul-betul tak ingat tajuk novel tue. Kepada penulis novel tersebut maafkan saya yer sebab tulis sebahagian cerita anda di sini. Saya cuma nak berkongsi cerita dengan dengan semua sebab saya rasa kisah Maria tue boleh beri pengajaran kepada kita.. Tapi gaya cerita mungkin tak sama seperti yang asal sebab saya cerita melalui pemahaman saya la yer..Hehehe..
Maria seorang gadis yang mempunyai seorang kekasih. Suatu hari kekasih Maria telah pergi ke luar negara untuk melanjutkan pelajarannya. Maka tinggallah Maria seorang diri. Tetapi Maria berazam yang dia akan pergi menemui kekasihnya itu suatu hari nanti. Hari demi hari Maria bekerja dengan bersungguh-sungguh kerana dia ingin mengumpul duit untuk pergi melawat kekasihnya. Selepas beberapa tahun bekerja bersungguh-sungguh akhirnya wang yang dikumpul Maria pun telah cukup untuk membeli tiket kapal terbang. Maria pun terlalu gembira dan memberitahu kekasihnya dia akan ke sana untuk melawat kekasihnya itu yang telah lama tidak bertemu. Bersiap-siap lah Maria menyediakan semua kelengkapan untuk ke sana. Hari yang ditunggu-tunggu makin hampir. Malam sebelum berangkat tiba-tiba perut Maria memulas-mulas. Sepanjang malam Maria asyik berulang alik ke toilet kerana perutnya yang sakit itu. Sehingga Maria sudah tidak berdaya lagi untuk bangun kerana terlalu letih dan akhirnya dia pun terlelap. Alangkah terkejutnya Maria apabila dia terjaga kerana hari telah siang dan jam di tangannya menunjukkan waktu berlepas penerbangannya ke luar negara. Apa lagi meraung-raung lah Maria kerana semua usahanya selama ini telah hancur dan yang paling penting dia tidak dapat bertemu kekasihnya. Maria menyalahkan perutnya yang sakit itu kerana sebab terlalu sakit dia tertidur sehingga tidak sedar. Kemudian Maria menyalahkan takdir pulak kerana perutnya sakit. Maria juga menyalahkan Tuhan kerana memberikan takdir yang begitu kepadanya. Maria menangis sehingga dia tertidur lagi. Apabila Maria terjaga Maria mendengar berita yang mengejutkan di televisyen.
Kapal terbang yang sepatutnya Maria naik, terhempas (seperti di atas) dan yang paling malang sekali tiada seorang pun yang terselamat. Tiba-tiba Maria menangis lagi dan kali ini lebih teruk dari sebelumnya. Tetapi Maria menangis bukan kerana tidak dapat berjumpa kekasihnya tapi kerana dia menyesal dengan sikapnya yang telah menyalahkan takdir dan Tuhan sebelum ini. Kerana barulah dia tahu disebabkan takdir itulah dia masih hidup sekarang. Disebabkan itu juga dia masih lagi boleh berjumpa dengan kekasihnya. Maria mula bersyukur dengan apa yang telah diperolehinya. Selang beberapa bulan, Maria dapat juga ke luar negar untuk berjumpa dengan kekasihnya itu.
Begitulah kisah Maria. Saya bercerita tentang Maria kerana saya begitu tertarik dengan moral ceritanya. Maria memberi kita satu pengajaran yang amat bermakna iaitu disebalik setiap kejadian yang berlaku ke atas diri kita samada baik atau buruk pasti ada hikmahnya. Siapa kita nak mempertikaikan takdir yang telah ditentukan oleh Allah kerana Dia lebih tahu segala-galanya. Jadi muhasabahlah diri kita, walau buruk atau teruk pun ujian yang menimpa kita pasti ada hikmah disebaliknya. Kita sebagai hambaNya sepatutnya bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita. Janganlah kita menyalahkan takdir atas apa yang berlaku ke atas diri kita sebaliknya anggaplah sebagai ujian dariNya. Kerana yang pastinya setiap yang baik itu datang dariNya dan yang buruk itu datang dari diri kita sendiri.. Wassalam
No comments:
Post a Comment