Pages

Thursday, January 6, 2011

Cerita Otak Tepu

Assalamualaikum.... Dah lama sangat saya tak mengupdate blog ini.. Hari-hari pergi kerja buka pc then buat-buat macam nak masukkan cerita baru dalam blog.. Tapi, hampeh.. Minggu yang agak malas walhal baru jer masuk tahun baru. Ish, boleh plak macam tue kan sepatutnya kena la lebih bersemangat menempuh tahun baru.. Memang teruk la saya nie kan.. Hahahaha, pagi-pagi dah kutuk diri sendiri tapi takpe la bukan saya mengutuk orang lain pun. Sekurang-kurangnya boleh naikkan semangat diri.. 

Rutin harian seperti biasa, kerja, masak, makan, mengemas rumah, tidur... Nothing special ke dalam hidup saya nie..Yup, takde yang best pun.. Cuma biasa la bagi wanita yang hamil nie baru buat kerja sikit dah letih.. Nak berdiri lama-lama pun tak larat. Duduk lama pun tak larat.. Adui la, banyak betul dugaan orang hamil nie kan. Pagi-pagi mesti tak boleh duk lama-lama dalam bilik air mesti nak muntah, tapi selalunya masuk je bilik air da muntah pun.. Uweeekk.. Pastu time malam nak tidur jer, mula la terasa nak termuntah. Kalau layan jer, tahu la ko apa jadi.. Nak makan lewat sangat pun tak boleh dah, so saya selalu balik je kerja terus masak. Siap jer terus makan.. Sorry ye En. Hubby saya dah lama tak makan sama-sama dengan anda sebab isteri anda ini dah tak boleh nak makan lewat macam dulu..

Sejak seminggu nie saya selalu sakit pinggang la. Semua start hari Sabtu yang lepas, masa tengah tidur tibi-tiba terjaga sebab terasa sakit sangat. Perut dan pinggang di sebelah kanan saya teramat la sakit sampai saya tak boleh nak bergerak langsung. Terpaksa kejutkan suami dan dia mesti la terkejut sebab saya dah menangis tak boleh bergerak. Akhirnya suami ambil air zam-zam pastu baca ayat-ayat Al-Quran dan sapu di semua pinggang dan perut baru la saya boleh bergerak. Sakit betul macam ada orang yang menekan perut saya, sejak tue saya selalu la sakit pinggang dan kat bawah perut. Takut juga kan apa-apa yang kita tak nak jadi, so harap-harap semua ok la sebab saya minggu depan baru nak pergi klinik check.

Time mengandung setiap orang pun mesti ada macam-macam ragam kan. Macam saya, semua badan saya gatal. Asyik nak menggaru jer. Kalau tak garu tak tahan sangat dengan gatalnya. Jadi bila dah garu mula la luka, habis berparut badan saya tau. Sekarang bru rasa menyesal dan terhegeh-hegeh nak cari ubat hilang parut. Huhuhu... Nie baru jer beli Bio Oil.. Harap-harap berkesan la sebab dah semakin bayank parut tue terutama kat kaki saya. Dah macam kaki apa lagi.

Nie la rupanya Bio Oil

Boleh beli kat farmasi ,Watson, Gardian dan etc. Harga botol kecik RM 34.90 dan yang besar RM 60 somthing la. Saya try beli yang kecik dulu. Specialist untuk menghilangkan parut, stretch mark dan byk lagi lagi. Sapa-sapa yang pernah cuba sila la bagi komen yer atau pernah mencuba produk lain yang berkesan ker bagitau la saya yer.

2 comments:

  1. aku dah cuba pakai kt parut exident aku dlu.. nmpak mcm biasa ja xder kesan sgt sbb parut aku exident tu agak dalam juga..huhu, tp kalau parut2 yg mcm hg garu2 tu mau ilang kot.. xpa la hg try dlu mna tau kot2 mujarab.heehe

    ReplyDelete
  2. dh sebulan try...tk da kesan punnn?? minyak tu yg kurang power or parut2 kita ni yg degil..hahahaha

    ReplyDelete