Pages

Monday, January 31, 2011

Saya Yang Malas

Malas...

Satu penyakit dlm diri manusia yang susah nak dihindari.. Dua tiga menjak nie, saya dah berada dlm zon malas yang kritikal. Nak buat pe pun malas. Aduh, kenapa macam nie yer. Hari nie pun still rasa malas tapi kurang la sikit sebab boleh update blog dah.. Lambatnya rasa waktu berputar, sebab tak sabar2 nak bercuti Chinese New Year nie.

Any idea nak ke mana cuti  nie? Huhuhu, rasa malas nak berjalan2 terutama long journey. Lagi better duk rumah, makan, tido, tengok tv, layan mikey, shoppping dan layan anak jiran yang super duper cute + tembam ( geram jer teringat budak comel seorang nie )...

Mikey yg suka tido merata tempat..:)

Kat tempat mkn pun dia leh tido..ish2

Syoknya landing di sini

Anak jiranku yang begitu tembam..Selalu cubit pipi dia..Geram..
Geramnya.....Errrr...

Monday, January 24, 2011

I Hate Annoying Person

It's i'm bad.. But believe me i really hate annoying person.. Sorry to say but it's the true. 

Sometimes i try my best to not hate people, but we can't stop pretend like nothing happen or ignore our feeling to somebody. Sometimes i try my best to talk or not think too much about that but i can't. Ya Allah, please forgive me and so with the person. Do know why i have this feeling.
So, people out there don't b like me ok. It not good 2 have feeling like but i'm just a human, tak lari dari dosa kan. Huhuhu, please la person2 yg alwaz make me feel so annoying stop act like dat. Example person dat annoying me....... i think i don't have to tell la. What if the person read and suddenly sentap, wah payah tue.
Is't annoying is same with busy body? Watever la, for me both i don't like. Whether you annoying me or my close one i also cannot accept. Sorry...

So sorry to who i hurt before this...

Sunday, January 16, 2011

Finallly Happy Ending

Very excited nak tunggu hari nie, bcoz say tak sabar nak tengok final episode of Secret Garden..Xoxoxo..
Hahaha, so excited nak tengok ending story tue.. Akhirnya happy ending..Walaupun dah boleh agak mesti la hepi ending kan...Tapi, saya suka..Hehehe..

Gigih tau dari pagi tadi sambil buat kerja sambil download episode 19 & 20. Wahahaha, nampak sangat saya seorang pekerja yang sambil menyelam minum air..Hehehe..Bukan selalu pun kan..
Kepada sesapa yang rasa nak tengok cerita korea sekarang nie saya syorkan cerita Secret Garden..Best tau..
 Antara sedutan dari episode last..Xoxoxo





Both of them look so cute kan...hehehehe.....I like..Thumbs up..

Friday, January 14, 2011

Kisah Maria

Assalamualaikum semua...Ada sesapa yang pernah baca kisah Maria. Hari nie saya nak bercerita tentang kisah Maria dan kapal terbang yang saya pernah baca dlm sebuah novel. Tapi maaf yer saya betul-betul tak ingat tajuk novel tue. Kepada penulis novel tersebut maafkan saya yer sebab tulis sebahagian cerita anda di sini. Saya cuma nak berkongsi cerita dengan dengan semua sebab saya rasa kisah Maria tue boleh beri pengajaran kepada kita.. Tapi gaya cerita mungkin tak sama seperti yang asal sebab saya cerita melalui pemahaman saya la yer..Hehehe..
Maria seorang gadis yang mempunyai seorang kekasih. Suatu hari kekasih Maria telah pergi ke luar negara untuk melanjutkan pelajarannya. Maka tinggallah Maria seorang diri. Tetapi Maria berazam yang dia akan pergi menemui kekasihnya itu suatu hari nanti. Hari demi hari Maria bekerja dengan bersungguh-sungguh kerana dia ingin mengumpul duit untuk pergi melawat kekasihnya. Selepas beberapa tahun bekerja bersungguh-sungguh akhirnya wang yang dikumpul Maria pun telah cukup untuk membeli tiket kapal terbang. Maria pun terlalu gembira dan memberitahu kekasihnya dia akan ke sana untuk melawat kekasihnya itu yang telah lama tidak bertemu. Bersiap-siap lah Maria menyediakan semua kelengkapan untuk ke sana. Hari yang ditunggu-tunggu makin hampir. Malam sebelum berangkat tiba-tiba perut Maria memulas-mulas. Sepanjang malam Maria asyik berulang alik ke toilet kerana perutnya yang sakit itu. Sehingga Maria sudah tidak berdaya lagi untuk bangun kerana terlalu letih dan akhirnya dia pun terlelap. Alangkah terkejutnya Maria apabila dia terjaga kerana hari telah siang dan jam di tangannya menunjukkan waktu berlepas penerbangannya ke luar negara. Apa lagi meraung-raung lah Maria kerana semua usahanya selama ini telah hancur dan yang paling penting dia tidak dapat bertemu kekasihnya. Maria menyalahkan perutnya yang sakit itu kerana sebab terlalu sakit dia tertidur sehingga tidak sedar. Kemudian Maria menyalahkan takdir pulak kerana perutnya sakit. Maria juga menyalahkan Tuhan kerana memberikan takdir yang begitu kepadanya. Maria menangis sehingga dia tertidur lagi. Apabila Maria terjaga Maria mendengar berita yang mengejutkan di televisyen.


Kapal terbang yang sepatutnya Maria naik, terhempas (seperti di atas) dan yang paling malang sekali tiada seorang pun yang terselamat. Tiba-tiba Maria menangis lagi dan kali ini lebih teruk dari sebelumnya. Tetapi Maria menangis bukan kerana tidak dapat berjumpa kekasihnya tapi kerana dia menyesal dengan sikapnya yang telah menyalahkan takdir dan Tuhan sebelum ini. Kerana barulah dia tahu disebabkan takdir itulah dia masih hidup sekarang. Disebabkan itu juga dia masih lagi boleh berjumpa dengan kekasihnya. Maria mula bersyukur dengan apa yang telah diperolehinya. Selang beberapa bulan, Maria dapat juga ke luar negar untuk berjumpa dengan kekasihnya itu. 

Begitulah kisah Maria. Saya bercerita tentang Maria kerana saya begitu tertarik dengan moral ceritanya. Maria memberi kita satu pengajaran yang amat bermakna iaitu disebalik setiap kejadian yang berlaku ke atas diri kita samada baik atau buruk pasti ada hikmahnya. Siapa kita nak mempertikaikan takdir yang telah ditentukan oleh Allah kerana Dia lebih tahu segala-galanya. Jadi muhasabahlah diri kita, walau buruk atau teruk pun ujian yang menimpa kita pasti ada hikmah disebaliknya. Kita sebagai hambaNya sepatutnya bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita. Janganlah kita menyalahkan takdir atas apa yang berlaku ke atas diri kita sebaliknya anggaplah sebagai ujian dariNya. Kerana yang pastinya setiap yang baik itu datang dariNya dan yang buruk itu datang dari diri kita sendiri.. Wassalam


Thursday, January 13, 2011

Aaaaarrghh.....

Dengan cuaca sekarang yang betul-betul panas then bila masuk ofis and plus plak with someone that make me feel more hot....Aaaarrrgghh...Tension betul tau.. Luckily today is Friday, but i still have a half day tomorrow..Huhuhu.. Baru jer macam nak bergumbira dengan jayanya tapi terlupa esok i kerja lagi.. 

Bila la my bos nak mansuhkan cuti hari Sabtu nie.. Kalau berlaku oh, bersyukurnya. Yela la tak payah dtg kerja hanya untuk half day yang kadang-kadang tak tau pun saya buat apa.. Alih-alih dah kul 1 ma, dah balik..Saya pun tak payah nak memberatkan kepala nie nak memikirkan perihal baju yang nak dipakai hanya untuk half day.. Maka berkuranglah baju yang menanti giliran untuk dibasuh..

Dan yang paling best tak payah nak jumpa dengan orang yang kadang-kadang suka dtg meroyan kat department saya..hasrul you tau kan sapa yang saya maksudkan..Hahaha...Dari hari Isnin sampai Jumaat dah la kan kita terpaksa dijamahkan dengan sikap dia yang gila glamour n meroyan tue kan..

One more is no need to wake early anymore..Huhuhu.. Chooop, still kena bangun awal la.. Prepare breakfast for my hubby n jangan lupa solat tau then can continue sleep.. Hahaha.. Wish my dream nie come true yer friends...:)

Monday, January 10, 2011

My Homemade Nasi Lemak

Hari nie terlebih rajin la plak..Saya sempat lagi godek2 kuali kat dapur buat nasi lemak..Bawa pergi kerja sikit dan bekalkan untuk suami sikit. Tapi ada lagi balance. Boleh la makan time lunch nie.

Nasi lemak yang telah dibekalkan..

Tapi ini ala-ala nasi lemak tak cukup bahan la sebab takde timun dan kacang pun. So saya ganti dengan tempe goreng n telur mata kerbau. Mula-mula ingat nak buat sambal tempe dengan ikan bilis tapi suami plak tak suka tempe jadi saya goreng asing jer la.. Kenyang giler pas makan pagi td..Hehehe

Sunday, January 9, 2011

Saya Suka

Hari nie malas nak menulis banyak-banyak jadi saya bubuh gambar jela apa yang saya suka sekarang nie.. Hari-hari kalau boleh mesti kena ada semua nie..hehehe

Kegemaran saya sekarang nie..Tiap hari mesti nak makan buah jambu nie..

Dan juga jambu madu ini.. nasib baik kedai kat bawah ada jual..kalau tak makan salah satu rasa macam something jer..

Saya juga sukakan wangi.. Nie perfume yang saya pakai sekarang.

Makanan semestinya, walaupun sentiasa je nak terkeluar balik pas makan..

Terlalu suka cerita Korea ni - Secret Garden..Serius best tau..Tak sabar nak tunggu final episode

Sekian.........

Thursday, January 6, 2011

Cerita Otak Tepu

Assalamualaikum.... Dah lama sangat saya tak mengupdate blog ini.. Hari-hari pergi kerja buka pc then buat-buat macam nak masukkan cerita baru dalam blog.. Tapi, hampeh.. Minggu yang agak malas walhal baru jer masuk tahun baru. Ish, boleh plak macam tue kan sepatutnya kena la lebih bersemangat menempuh tahun baru.. Memang teruk la saya nie kan.. Hahahaha, pagi-pagi dah kutuk diri sendiri tapi takpe la bukan saya mengutuk orang lain pun. Sekurang-kurangnya boleh naikkan semangat diri.. 

Rutin harian seperti biasa, kerja, masak, makan, mengemas rumah, tidur... Nothing special ke dalam hidup saya nie..Yup, takde yang best pun.. Cuma biasa la bagi wanita yang hamil nie baru buat kerja sikit dah letih.. Nak berdiri lama-lama pun tak larat. Duduk lama pun tak larat.. Adui la, banyak betul dugaan orang hamil nie kan. Pagi-pagi mesti tak boleh duk lama-lama dalam bilik air mesti nak muntah, tapi selalunya masuk je bilik air da muntah pun.. Uweeekk.. Pastu time malam nak tidur jer, mula la terasa nak termuntah. Kalau layan jer, tahu la ko apa jadi.. Nak makan lewat sangat pun tak boleh dah, so saya selalu balik je kerja terus masak. Siap jer terus makan.. Sorry ye En. Hubby saya dah lama tak makan sama-sama dengan anda sebab isteri anda ini dah tak boleh nak makan lewat macam dulu..

Sejak seminggu nie saya selalu sakit pinggang la. Semua start hari Sabtu yang lepas, masa tengah tidur tibi-tiba terjaga sebab terasa sakit sangat. Perut dan pinggang di sebelah kanan saya teramat la sakit sampai saya tak boleh nak bergerak langsung. Terpaksa kejutkan suami dan dia mesti la terkejut sebab saya dah menangis tak boleh bergerak. Akhirnya suami ambil air zam-zam pastu baca ayat-ayat Al-Quran dan sapu di semua pinggang dan perut baru la saya boleh bergerak. Sakit betul macam ada orang yang menekan perut saya, sejak tue saya selalu la sakit pinggang dan kat bawah perut. Takut juga kan apa-apa yang kita tak nak jadi, so harap-harap semua ok la sebab saya minggu depan baru nak pergi klinik check.

Time mengandung setiap orang pun mesti ada macam-macam ragam kan. Macam saya, semua badan saya gatal. Asyik nak menggaru jer. Kalau tak garu tak tahan sangat dengan gatalnya. Jadi bila dah garu mula la luka, habis berparut badan saya tau. Sekarang bru rasa menyesal dan terhegeh-hegeh nak cari ubat hilang parut. Huhuhu... Nie baru jer beli Bio Oil.. Harap-harap berkesan la sebab dah semakin bayank parut tue terutama kat kaki saya. Dah macam kaki apa lagi.

Nie la rupanya Bio Oil

Boleh beli kat farmasi ,Watson, Gardian dan etc. Harga botol kecik RM 34.90 dan yang besar RM 60 somthing la. Saya try beli yang kecik dulu. Specialist untuk menghilangkan parut, stretch mark dan byk lagi lagi. Sapa-sapa yang pernah cuba sila la bagi komen yer atau pernah mencuba produk lain yang berkesan ker bagitau la saya yer.