Selamat Hari Pekerja kepada semua dan selamat bercuti. Bagi aku semua orang di dunia ni adalah pekerja walaupun ko cuma duduk di rumah menjaga anak dan menguruskan rumah tangga tapi tetap bekerja bagi aku. Jadi, apa jua pekerjaan kita tak kira la orang atasan ka, orang bawahan ka, pekerja kerajaan atau swasta atau yang bekerja sendiri atau juga yang duduk di rumah sekali pun mesti mahu dihargai atas sumbangan dan juga komitmen yang telah diberikan kepada majikan masing - masing.
Macam aku sekarang ni, aku memang stress sangat bila datang bekerja. Aku rasa sangat rimas bila ada di office. Mungkin aku dah tak ada hati nak bekerja kat sini. Yela siapa yang ada hati kalau apa yang kita buat orang tak nampak yang orang nampak salah kita saja. Aku pun makin hari makin makan hati bekerja kat sini dan sampai sekarang ni aku cuma bertahan saja. Kalau memang dah sampai tahap aku tak tahan memang aku akan blah terus dari sini. Malas, penat, meluat semua pun ada bila nak datang kerja sekarang. Baik aku duduk di rumah jaga Ayra saja dari aku datang kerja dengan perasaan yang macam tu.
Aku memang dalam proses nak pertimbangkan umtuk berhenti, tapi aku fikir juga kalau aku berhenti nanti kesian la pula kat suami aku. Yela nak tanggung semua belanja rumah sorang - sorang. Mana nak bayar duit rumah, kereta, bil telefon la, internet la, belanja barang dapur, dan mesti juga nak bagi belanja untuk anak dan isteri. Aku bukan tak fikir, aku fikir semua tue, sebab tu la aku masih bertahan sampai sekarang. Kalau aku jenis yang tak amik tahu atau amik kisah memang aku berhenti dah. Tapi dalam pada tu aku selalu juga cakap2 dekat suami aku nak berhenti sambil - sambil mencari kerja baru. Mana tau ada rezeki untuk aku di tempat lain yang mungkin lebih baik atau bagus dari sekarang. Aku tak kisah pun kalau dapat kerja yang gaji lebih sikit dari sekarang selagi suasana kerja baik dan yang penting dapat bos yang bertanggungjawab, baik, boleh beramah dengan staff.
Dah la, malas nak bebel pasai kerja aku, lagi bebel lagi aku ingat dan aku bertambah sakit hati. Kepala pun bertambah sakit. Aku yakin rezeki tu ada di mana - mana dan aku yakin yang beri rezeki tu Allah S.W.T selagi kita berusaha untuk mencarinya. Dan jangan pula kita anggap kalau kita berhenti kerja atau duduk di rumah kita ni seorang yang tak berkerjaya atau tak boleh nak menjana pendapatan, sebab zaman sekarang ni dah ramai yang berjaya dan boleh hidup senang walau hanya duduk di rumah. Kadang - kadang kita tak tahu apa yang di rencanakan oleh Nya kepada kita. Setiap apa jua yang berlaku atau terjadi mesti ada hikmah di sebaliknya. Mudah - mudahan aku dapat petunjuk dari Nya tentang keputusan yang patut aku buat. Amin.