Pages

Thursday, October 13, 2011

Antara DSLR dan Samsung Galaxy Yang Mana Satu Pilihan Kalbu

Haiiii semua.....

Sedar tak sedar dah masuk pertengahan bulan Oktober dah kan. Ada 2 bulan setengah lagi jer kita nak say byebye to 2011 and welcome 2012. Yang awal tahun duk berazam dulu camne? dah tercapai ker semua azam anda? Duk tanya orang tapi diri sendiri dah tercapai ker?...Hehehehe..

Saya mana ada azam pun cuma berharap dapat menjadi isteri dan juga ibu yang baik  jer..Rasa-rasanya saya dah buat yang terbaik tapi tak tau la berapa markah yang akan saya dapat kalau tanya kat suami dan anak.
Tapi bila dah sampai hujung tahun nie baru terasa plak nak ada wishlist..Hahaha.... boleh ker macam tue..Boleh la yer...Layan

Memandangkan baru-baru nie pergi bercuti tapi bila nak amik gambar camera lama saya tue asyik abis bateri jer. Tension betul, jadi perasaan nak beli camera baru sangat la membuak-buak ne. Di tambah plak dengan hasutan dan godaan dari my sis punya dslr lagi la buat saya tergedik-gedik nak beli. Dalam hati duk berkenan yang bawah nie la. Sesuai la dengan budget sendiri ( nie pun selepas berjaya memujuk suami untuk bayar separuh...hahahaha)


Tapi dua tiga hari nie budak - budak opis duk asyik menayang plak handphone Samsung Galaxy mereka, aduh dah tersyok plak tengok. Macam nak handphone la plak...Selepas menjalankan aktiviti survey di internet (kerja berlambak tak buat duk layan internet) terberkenan la plak dengan beberapa model Samsung di bawah..

Samsung Galaxy S II
 
@

Samsung Galaxy S L

Nie kalau bagitau encik suami nie mesti garu kepala pulak la dia...Hehehehe


No comments:

Post a Comment