Dari mana nak mula perjalanan detik kelahiran buah hati pengarang jantung saya dan juga suami pun masih terfikir-fikir.. Macam tak tahu nak start dari mana dulu yang pasti kelahiran Ayra yang kini menjadi penyeri hidup kami berdua adalah satu anugerah yang tak ternilai dari Yang Maha Esa. Momen yang dirasai sekarang nie sangat lah indah sekali hingga terlupa segala detik saya meraung, menangis, menahan sakit, letih, dan macam-macam lagi sewaktu kelahiran Ayra.
3 Oktober 2011
Sepatutnya saya bersalin hari ini tapi nampaknya Ayra masih mahu dan selesa lagi berada di dalam perut saya walaupun saya dah tak sabar nak Ayra keluar. Seminggu sebelum due date lagi saya dah berharap Ayra keluar kerana perasaan tak sabar dalam diri untuk melihat si kecil. Namun keadaan diri yang semakin letih dan penat juga menambahkan perasaan hati yang mahu baby cepat keluar. Hari nie juga saya baru bertolak pulang ke kampung kerana mulanya fikir nak bersalin di Penang jer, tapi still sihat so i change my mind.
4 Oktober 2011
Lepas suami hantar semalam, pagi nie dia pun nak berangkat pulang tapi dapat pula perkhabaran yang saudaranya di Simpang Taiping meninggal, jadi suami pun pergi ziarah dahulu. Hari tue saya mula terasa semacam, sakit mula terasa sikit-sikit tapi buat tak endah memandangkan belum turun tanda nak bersalin. Pukul 6 ptg terasa keluar sesuatu dan perasaan saya tiba-tiba je jadi lain. Terus ke bilik air dan check ada sedikit darah. Sepantas kilat call suami tanya dia dimana, dan nasib sungguh baik sebab dia baru jer nak bertolak ke Penang. Saya terus cakap " tak yah la balik Penang, tapi mai umah mak balik"...."kenapa" suami pula bertanya. " Ayang dah turun darah nie".. serta merta je dia jawapan ok. Dalam pukul 8 lebih baru saya, suami dan mak bertolak ke Hospital Taiping. Selesai isi borang semua, doktor pun datang bertanya soalan dan detik ngeri yang pertama pun bermula bila dia cakap nak check bukaan. Jantung terus laju jer berdegup, selama nie dengar dan baca pengalaman orang jer dan kini amik ko rasa sendiri. Mula-mula doktor check takde la rasa sakit pun, dalam hati cakap tak sakit pun rasa ngilu sikit jer nape orang cerita sakit. Kemudian datang pula doktor lain bertanya dgn doktor tadi, oh rupa-rupanya doktor pelatih. Doktor yang betul-betul nie pun cakap nak check bukaan sekali lagi. Masa tue baru la saya mengiakan cakap orang lain. Memang sakit, terasa sampai ke perut jer. Terus terngiang-ngiang perasaan time tue sekarang nie. Hati nie duk cakap bodoh tul doktor nie punya la sakit dia check. Masa tue baru 2cm bukaan. Saya tengok sarung tangan doktor tue penuh darah selepas dia keluarkan. Walaupun baru jer 2cm saya kena juga admit hospital malam tue. Jadi tidurlah saya di hospital sementara suami dan mak tidur dalam kereta sebab diaorang jangka saya dah nak bersalin walaupun saya dah bagitau macam lambat jer lagi. Jangkaan saya memang tepat sekali, dah 2hari 2malam menginap di hospital pun masih belum bersalin. Perut jap sakit jap tak, sakit pun sakit sikit jer. Rasa macam nak minta balik ke rumah jer.
6 Oktober 2011
Hari ke-3 di hospital macam-macam ragam orang boleh tengok. Tapi paling best bila tengok orang sebelah kita dah ada baby dah. Best betul tak sabar nak tengok anak sendiri pulak. Hari nie saya mula terasa sakit yang makin kuat dan kerap. Tiap kali sakit saya tengok jam, makin lama makin kerap. Dari sejam terasa sakit sekali dua terus jadi empat lima kali sakit. Hati makin berdebar-debar. Bila dah malam terasa sakit makin kerap. Saya pun bertanya dengan kawan di belakang saya sebab dia dah berpengalaman besalin sebelum nie. Saya juga bgtau sakit saya makin kerap nie. Dia suruh saya check jangka waktu sakit. Sakit makin kuat dan kerap. 5min sekali sakit dengan perut mengeras, badan pula menggigil. Sampai satu saat saya dah tak tahan, saya panggil kawan tadi cakap tak tahan sangat dah. Dia terus jerit panggil nurse yang lepas tue berlari sambil tolak wheelchair mai kat saya. Dia bawa saya pergi check bukaan dulu, bila check dah 5cm. Dia cakap dah boleh masuk labour room dah. Saya pe lagi terus gelabah, kecut perut sambil hati cakap ya Allah anak mama dah nak keluar. Sempat minta call husband dulu sebelum di tolak masuk labour room dan tengok jam dah hampir 12 mlm. Anak mama mungkin lahir 7.7.2011, sempat saya berkata sendiri....
Bersambung............
No comments:
Post a Comment