Pages

Friday, May 20, 2011

33weeks....:)

Pejam celik pejam celik dah hampir ke penghujung bulan Mei..Dah nak masuk June dah, wah semakin hampir dengan my due date la.. Fiza akan due insyallah 3rd of July means i only have about a month and half lagi.. Wah semakin berdebar-debar nie... Perasaan sekarang tak tau la nak cakap, macam2 yang difikirkan. Happy tentulah tapi still takut wei.. Tambah plak bila baca entry pengalaman blogger yang dah pun bersalin membuatkan perasaan saya dah tak keruan nie..

Minggu nie dah masuk 33w++ dah.. Perut semakin membesar, tapi selera makan dah tak macam dulu la..Makan pun ala kadar jer, tapi berat naik juga, pelik2 but tak banyak la.. 1kg only..hehehe..Fiza pun dah start ganti puasa. Alhamdulillah boleh la tahan janji sahur kena bangun la n makan something yang boleh bagi energy especially kurma mesti kena makan. 

Barang-barang untuk baby pun dah complete cuma tinggal nak tambah apa-apa lagi yang dirasakan perlu la. Barang untuk saya pula cam banyak lagi tak beli tapi macam tak excited pun nak beli compare time beli barang baby. But still have to buy la, n insyallah dis weekend nak complete apa yang belum complete. Baju baby semua pun dah siap basuh n dah paking setengah darinya. Excited kan saya..hehehe.. Bukan apa time free n tengah larat ni baik prepare mana tau si kecil nie nak kuar awal ker? Lagipun saya sekarang nie sudah mengalami simptom - simptom yang malas nak buat kerja. Mungkin sebab badan yang semakin berat dah menambahkan kemalasan saya. Cuba bayangkan nak pergi kerja sekarang nie pun malas, dah sampai opis nak buat kerja pun malas. Nak update blog pun malas. Segala macam pun malas.. Anak mama jangan malas cam mama tau nanti..Hehehe..

Semalam pergi check baby kat KK Sungai Dua. Check pun macam biasa jer cuma semalam agak ramai orang. Terutamanya ibu bapa yang dtg bw anak2 diaorang. Bila tengok ibu2 yang bw baby tu cam xsangka plak nanti tiba giliran saya ni plak nak jd cam diaorang. Tak sangka da nak jadi seorang ibu. Rasa macam baru jer abis sekolah, pastu masuk u, pastu kerja, pastu kahwin dan sekarang dah nak jadi ibu da.Dah bersedia ker saya nak pegang tanggungjawab nie? Kdg2 time berborak dgn suami saya selalu tanya dia soalan nie. Jawapan dia mestilah insyallah kami akan jd ibu  bapa yang baik kepada our baby nanti.. Harapan saya pun begitu juga.

Saya sekarang pun da ramai kawan2 blogger baru yang juga bakal menjadi ibu. Terima kasih kepada Belle , Farah , Yuyu , Yun dan Shareeda kerana sudi berkongsi cerita dengan saya. Mudah-mudahan anda semua n baby sentiasa sihat.




7 comments:

  1. exictednya nak tunggu baby fiza keluar

    ReplyDelete
  2. Fiza lagi la excited..ngeh3..Tapi takut pun ada nie..

    ReplyDelete
  3. sekejap je kan nti da 9 bulan,yun pn diam xdiam nk dkt 8 bulan.. =)

    yun pn happy dpt geng m2b baru,suke tgk mummy2 cerite psl pregnancy and preps utk baby,nti salu update k!take care too fiza! =)

    ReplyDelete
  4. Thanks Yun..Yun pun take care juga...:)

    ReplyDelete
  5. Dulu2 masa g checkup kat KK sy pun excited je tgk orang lain bawak baby masing2.. smapi ada one day sy msg my husbnd cakap:

    " Seronok datng KK ni.. tgk baby comel2 je kat sni.."

    Pastu my husband reply:

    "InsyaAllah.. baby kita comel gak nanti =)"

    Alhamdullilah, skrg sy dh jadi salah seorang yg bawk baby2 comel tu!=)

    Harap2 fiza sabar ye. Tak lama dah tu..Baby dalam perut pun xsabar jumpa mak dia tu.. hehe =p

    ReplyDelete
  6. eh, fiza rupanya lagi sebulan ko dah nak deliver. Aku iye2 citer kat dorang ko dalam 5 months pegnant, hehe...

    Papepun, take care and jaga kesihatan.

    Insya'Allah aku doakan semua selamat.

    Huwaa, aku pun puasa gak arini, tapi tak sempat sahur pagi tadi, l*p*r nyee.... --'

    ReplyDelete
  7. kejap je kan masa berlalu fiza.rasa mcm baru je kawin..kdg2 rasa mcm baru tgh belajar lagi..tup2 nk jadi ibu dh..

    yuyu pun suke kenal ramai mommy to be ni, boleh share mcm2 pengalaman..skrg ni update blog lebih cite pasal baby je..

    ReplyDelete