Sedih dan terkejut dengan perkhabaran itu. Terdetik di hati andai takdir ini terjadi padaku bisa saja meragut ketenangan jiwa dan merentap sanubari hati ini. Sedangkan melihat mereka yang mengalaminya saja sudah menzahirkan perasaan sayu yang amat. Tiada siapa yang meminta dan mahu takdir sebegitu tapi siapa kita yang hendak melawan kehendakNya.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Namun yang menjadi klisenya bila musibah seperti ini terjadi banyak tangan yang menuding jari dipersalahkan. Pada masa ini juga berbagai bentuk masyarakat yang kita nampak seakan-akan memberi bantuan walhal sebelum ini apa yang sangat diharapkan itu tak pernah pun diberi. Ada saja rezeki yang kita nampak melimpah ruah diperolehi mereka. Itulah sifat manusia, bila dah terhantuk baru nak bertindak, nak membantu.
Semua yang saya tulis ni hanya sebagai renungan kita semua termasuk diri saya sendiri. Jangan lupa membantu meraka yang susah apabila diperlukan. Walaupun sedikit namun nilai bagi mereka ini mungkin begitu banyak. Kadang-kadang bila ada saja yang datang ke rumah mengetuk pintu dan dengan wajah yang begitu luhur meminta bantuan berilah seikhlasnya. Mungkin mereka ini benar-benar memerlukan bantuan kita.Hati masih terasa sayu dan sedih bila terbaca tentang kisah mereka ini.
Kepada mangsa tragedi tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa semoga mereka semua tabah dan sabar dalam mengharungi kehidupan ini. Kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang takziah diucapkan.
Ihsan google...( Gambar yang dirakamkan sebelum kejadian )
Sama-sam kita sedekahkan Al-Fatihah kepada 16 anak-anak yang terkorban dalam kejadian tersebut. Semoga roh mereka ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. Amin..
Al - Fatihah
No comments:
Post a Comment