Assalamualaikum...
Hari nie ada keinginan nak update blog..Hehehehe...Semalam tak berapa sihat... Badan terasa asakit sangat, tapi hari nie Alhamdulillah da ok.. Pagi tadi pergi tampal gigi.. Lama tul tak tampal gigi, aritu masa check tampal gigi lama dah terbuka so doktor korek balik yang lama n tampal yang baru.. Walaupun masa dia nak korek tue agak sakit tapi sekarang dah ok. Doktor gigi tue pun sangat la baik. Rajin sangat sembang, mungkin dia tengok saya yang tengah sarat nie so dia kesian agaknya... Hehehe..
Kebetulan klinik gigi tue dekat ngan Klinik Pakar Wanita Dr. Tan ingat nak pergi la scan baby sekali. Nak tengok my baby kat dalam nie ok ker, tapi doktor takde la plak.. Kecewa akhirnya. Suami cakap Khamis nie la datang lain sebab ada appoinment dekat KK so boleh pergi scan sekali. Pergi KK biasa la, sepanjang saya duk pergi check selama nie baru sekali jumpa doktor n scan. Yang lain jumpa nurse jer. Tiap-tiap minggu pun cakap benda yang sama.
Disebabkan masa pergi klinik gigi pagi tadi belum breakfast, pastu terus ajak suami pergi makan dulu. Lapar gila, anak pun asyik menendang jer. Mesti lapar, sian kat dia. So, pergi makan roti canai 2 biji ngan telur n air milo. Amik ko, kenyang giler. Nak masuk ofis pun dah malas.
Semalam saya dah siap packing semua barang-barang yang nak dibawa ke hospital dan yang nak dibawa balik ke kampung minggu depan. Penat giler,walaupun tak berapa larat tapi paksakan diri juga. Takut juga tiba-tiba sakit, sapa nak kemaskan. Hari nie kalau larat nak kemaskan barang Mikey plak. Sangkar semua pun nak kena basuh before bawa balik kampung. Barang dia pun banyak, nak harapkan dia kemas sendiri confirm tak punya. Hahaha.. Mikey pun sekarang baik la sikit pas sakit bulan lepas. Dah kembali sihat n gemuk balik. Asyik nak tidur jer. Pastu dia suka sangat nak ajak saya n suami main ngan dia. Tengah tidur pun dia boleh mai gigit-gigit saya nak ajak main. Cian gak kat dia takde kawan, tapi takde kucing nak kawan ngan dia. Dia garang sangat. Nampak kucing semua pun dia nak ajak gaduh. Baru-baru nie bawa dia kuar rumah nampak sekor kucing nie terus dia kejar. Nasib baik pakai tali, kalau tak mampus la kucing tue.
Nasib baik time cuti nanti ada adik saya yang tengah cuti semester leh tolong jagakan dia. Kalau tak sian juga kat mak saya, yer la mana nak jaga saya takkan nak jaga Mikey plak. Dah la kat umah pun ada kucing juga, so kena hati-hati la nanti Mikey gaduh. Tak sabar plak nak amik cuti panjang. Hehehe...:)
No comments:
Post a Comment