Pages

Monday, March 21, 2011

Misi Mencantikkan Gigi

Hari nie saya ada appointment dengan doktor gigi. Bagi wanita yang mengandung mereka akan memeriksa gigi untuk pastikan gigi yang bermasalah untuk rawatan lanjut. Tak terkecuali la dengan saya. Sebelum pregnant memamg saya dah buat appointment dengan dentist nak tambal gigi saya yang berlubang, tapi klinik tue syorkan saya buat di klinik kerajaan sebab i'm pregnant jadi diorang takut anything happen.
 
 

So, after almost 6 months baru la saya sempat pergi tampal gigi yang berlubang tue. Hahaha, saya suka nak tampal tapi agak takut sebab dah lama giler tak jumpa dentist. Last dulu pun time sekolah rendah. Bila pergi tadi dia cakap tak leh nak tampal plak sebab my gusi merah jadi dia takut sakit so doktor just nak cuci aje my gigi. Wah, dah lama sebenarnya nak cuci gigi nie tapi tak kesampaian juga baru hari nie sempat. Sampai kat klinik dalam kul 9.30. Nasib baik tak ramai patient, tunggu dalam 2 org pastu saya punya giliran. Nasib baik doktor tue baik. Sebab dah lama tak cuci gigi dan keadaan perut yang semakin membesar buat saya tak berapa selesa. Yela kena baring dengan mulut ternganga sampai saya tertelan n termuntah air yang dia gunakan. Dah beberapa minit baru rasa ok sikit. Hehehe, malu kat nurse n doktor tue. Nasib baik diaorang ok jer. Lebih kurang setengah jam siap la..Tadaa, gigi dah di cuci nampak berseri-seri jer.Hehehe

Sewaktu mengandung gigi dan gusi akan menjadi lebih sensitif kepada kuman dan boleh menyebabkan gingivitis iaitu peningkatan kandungan hormon yang boleh memburukkan tindak balas plak di dalam mulut. Ini boleh menyebabkan bengkak, pendarahan, kemerahan dan keradangan kepada gusi. Sewaktu mengandung juga gigi juga akan mudah terasa sakit. Jadi sentiasalah gosok gigi anda dengan cara yang betul bagi mengelakkan kerosakkan dan pengumpulan plak pada gigi anda. Barulah dapat memberi senyuman yang menawan..Hehehehe..

Gigi yang cantik ehsan Google

Tak sabar nak tunggu hari Khamis plak nak gi check baby. Hopefully, dis time my baby can show of his gender. Hehehe..



No comments:

Post a Comment