Pages

Thursday, December 16, 2010

Menu Pagi...Keow Teow Goreng

Koew Teow Goreng

Pagi nie agak rajin berbanding hari selalunya..Terasa nak makan keow teow goreng plak..Yela semalam dapat makan bihun jer..Hehehehe..
Resipi nie simple jer, kira keow teow goreng bodoh2 je..Hehehe..Main campak pe yang ada dalam peti ais jer..Saya nie pun baru jer nak belajar masak2 nie, xberapa pandai lagi nak masak macam sesetengah blogger lain yang mmg da expect..1 more thing, saya nie tak berapa pandai n kreatif nak ambil gambar sangat..hehehe..

Resipi Keow Teow Goreng
Bahan-bahan:
Keow Teow
Sawi
Taugeh
Udang
Fish cake
Garam
Gula
Kicap
Sos Tiram
Sos Cili
Sos Tomato
Telur
Bawang Merah (dikisar)
Bawang Putih (dikisar)
 Cili Kering (dikisar)
Cili Merah (dikisar)
Limau Kasturi (hiasan)
Daun Bawang (hiasan)
Bawang Goreng (hiasan)
Cili merah (hiasan)

Cara - caranya:
Tumis semua bahan kisar sehingga masak. Masukkan kicap.sos tiram,sos cili dan sos tomato.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan udang dan fish cake dan keow teow. Gaul rata semua bahan.
Masukkan telur dan kacau seketika dan masukkan sawi dan taugeh. Goreng sehingga masak
Hidangkan dengan limau, daun bawang, cili merah dan juga bawang goreng

4 comments: