Pages

Friday, December 17, 2010

Kucing Dan Toxoplasma

Hari nie saya nak bercerita sikit tentang kucing.. Saya sangat suka kucing dan saya juga membela seekor kucing sekarang nie.. Mungkin kesukaan dan sayangkan kucing nie wujud sebab mmg dari kecil saya dibesarkan dengan kucing.. Kat kg mmg family saya membela kucing sbb tue la minat nak membela kucing nie berkobar-kobar..Hehehehe..

Saya nie mula membela Mikey ( my son,hehehe ) sejak dia berusia 2bulan..Bulan 2 tahun depan genaplah Mikey berusia 2 tahun.. Dari saya bujang sampai dah kahwin saya dah terbiasa dengan dia.. Kira dah cukup masak la dengan perangai dia..

Tapi sekarang saya ada terbaca tentang sejenis virus yang terdapat dlm badan kucing yang dipanggil Toxoplasma.. Apa itu Toxoplasma? Toxoplasmosis terjadi disebabkan oleh sejenis parasit protozoa satu sel yang menghabiskan separuh daripada kitaran hidupnya dalam haiwan dan separuh lagi dalam manusia dan perumah utama bagi parasit ini adalah kucing yang dikeluarkan melalui najisnya. Selain itu virus ini juga bolah disebarkan melalui haiwan ternakan seperti lembu,ayam dan kambing. Daging mentah yang tidak dimasak dengan sempurna juga terdedah kepada virus ini. 
 
Virus ini sebenarnya tidak membahayakan kita tetapi ia akan menjadi bahaya sekiranya telah menjangkiti ibu yang mengandung. Ini kerana mereka yang mengandung dan dijangkiti virus ini amatlan membahayakan bayi di dalam kandungan. Risiko untuk mengalami keguguran dan bayi turut sama dijangkiti semakin tinggi sekiranya ibu hamil tersebut dijangkiti ketika kandungan masih diperingkat awal. Jangkitan awal pada bayi boleh menyebabkan bayi mengalami kerosakan pada mata dan otak, pembengkakan hati, kecacatan mental dan jaundis. Selain itu, bayi juga mungkin akan mengalami sawan atau buta. Tetapi terdapat juga beberapa langkah yang boleh diamalkan bagi menghindari bayi anda dijangkiti virus ini.
 
 Langkah yang boleh dilakukan adalah:
1. Menjauhkan diri daripada najis kucing (seboleh-bolehnya jika anda mempunyai kucing di rumah mintalah orang lain yang menguruskan najis kucing tapi jika terpaksa juga basuhlah tangan dengan bersih selepas itu)
2. Membasuh bersih-bersih buahan dan sayuran yang ingin dimakan secara segar.
3. Makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna terutamanya daging.
4. Gunalah sarung tangan sewaktu berkebun dan basuh tangan dengan sempurna (Aktiviti berkebun juga boleh menyebabkan kita terdedah dengan virus ini yang berada di dalam tanah)
5.Sentiasa menutup makanan anda.

Bagi ibu-ibu yang hamil dan mempunyai kucing di rumah semestinya anda akan merasa bimbang dengan keadaan ini termasuklah saya. Saya sedang mencuba untuk menghindari semua perkara di atas bagu memastikan bayi saya sihat. Kadang2 tak sampai hati nak biarkan Mikey sorang - sorang sbb dia sangat suka bemain kalau di ajak. Sesiapa yang ada pengalaman seperti saya nie silalah bagi pendapat anda ye..

Saya cuma berdoa agar bayi saya sihat dan tak mengalami apa-apa masalah begitu juga dengan Mikey..Amin

 

4 comments:

  1. salam, aku x der pengalaman tp nk bg skit nasihat la bt kawnku hehe.. hg kena lebih2 brhati2 la sbb hg kan brbadan 2.. suruh la pian yg buang taik mikey tu hehe.. hg dera dia skit hehe.. bagus juga info hg ni bt ibu2 yg mgndung..:)

    ReplyDelete
  2. mmg sekarang itu menjadi kerja dia pun..hahahaha..aku skrang nak main ngan mikey pun takut,cian kat dia..kdg2 dia ikut je aku, nak ajk main..huhu

    ReplyDelete
  3. huhuh tu la ksian kt mikey.. kalu hg ksian kt dia hg cari la die teman hehe.. kucing zana yg nk bg kt hg tu dah mati kan???

    ReplyDelete
  4. Salam, akak, sy tgh google psl ibu mengandung dan kucing, sy membela 4 ekor kucing n semua indoor, tp kawan2 sume ckp sy xelok bela kucing sbb kandungn masih awl, skrg baru 2 bln.. sy nk tnye mcm mane akak jaga kandungan akak pd masa same membela kucing. N hows ur baby after giving birth? please share sumthing sbb skrg ni sy risau sgt bile semua org asik suh sy elak kucing2.

    ReplyDelete