Pages

Tuesday, June 4, 2013

Trust In Allah When Making Decision

Assalamualaikum...

Keputusan yang penting aku dah buat.. Setelah menganalisa dan meneliti semua setiap sudut dan juga mendapat sokongan dari suami aku buat keputusan untuk meninggalkan kerja aku selama ini. Satu keputusan yang berat juga bagi aku tapi aku rasa itu lebih baik dan aku redha dengan segala ketentuan Nya. Sebenarnya aku juga bersyukur sebab dengan keputusan ini aku dapat menguruskan Ayra sendiri dan lebih komitmen aku untuk family. Terima kasih sangat kat my Hubby sebab menyokong aku. Sebab aku resign biarlah aku dan orang - orang yang terdekat saja tahu. Dah tak sanggup menelan segala rasa sakit di hati ni lagi. 

Apa pun aku percaya semua yang terjadi ada hikmahnya. Aku percaya segala yang terjadi adalah ketentuan dan perancangan Allah Yang Maha Esa.


Thursday, May 16, 2013

Stress

Assalamualaikum..

aku agak stress seminggu 2 ni.. tue yg mls nak updated blog. nasib baik aku berpuasa 2 3 hari ni kurang lah sikit stress dan perasaan yg xberapa nak elok tue. Muhasabah diri dan banyak bersabar.. 

Paling aku harap orang yang dekat dan rapat dengan aku dapat memahami dan support aku. Barulah kurang sikit stress ni. Itu je nak tulis.. ni pun menulis guna phone.. Kurang keseronokkan di situ..

Layan lah gambar2 yang aku rasa boleh hilang stress aku..hihi



my busuk masam dan buah hati pengubat stress aku..




dinner semalam.. bekalan barang basah dan mentah dah xdak so makan apa yg ada..hihi


teringin la plak nak berbuka minum ice blended..tak pun tutti frutti ka..yum yum




Tuesday, May 7, 2013

Tips Untuk Kurus?

Aku sekarang dalam proses menurunkan berat badan ni. Sedih dan tak sanggup tengok dah isi yang berlebih kat badan. Tapi kenapalah susah sangat nak turunkan berat badan ye. Aku dulu time sekolah menengah and time kat uni berat aku lebih kurang 54kg - 56kg la. Berat kan..Huhuhu. Tapi bila aku start kerja maintain la 50kg. Kalau naik pun 51kg la, time aku nak nikah aku turun 49kg. Rasa kurus sangat time tue, orang duk cakap kurus la, baju nikah pun longgar ja pakai time tue. 

Pastue aku pregnant, time 1st trimester berat aku turun mendadak sebab aku memang tak lalu nak makan. Nak muntah ja terutama time malam. Aku memang tak makan malam sebab kalau makan malam mesti keluar balik. Time tu berat aku 46kg kot. Orang pun tegur ko pregnant ke apa makin kurus. Aku masa 4 5 bulan pun boleh pakai lagi seluar jeans aku sebab memang perut kecik ja. Tapi lepas ja aku abis alah semua, amik ko berat naik mencanak - canak tau. Last sebelum deliver berat aku adalah 70kg tau. Amik sepanjang pregnant berat aku naik sebanyak 20kg.

Lepas bersalin je, berat aku turun la. Dari 70kg ke 60kg lebih - lebih aku pun tak ingat berapa kg. Aku rasa sebab aku menyusukan Ayra sebab tu berat aku cepat juga turun. Tapi aku masih belum puas hati sekarang ni, yela selepas hampir 2 tahun melahirkan Ayra berat aku terkini adalah 57kg. Ayoyo masih jauh lagi ke angka sewaktu aku bujang dulu. Aku still berhasrat nak capai berat 50kg, tapi kalau xdapat paling teruk pun 53kg pon aku dah puas hati la. Tapi tu la, macam mana la aku nak turunkan lagi  4-5kg lemak dan isi - isi lebihan ni ye. So, aku pun gigih la mengoogle di internet supaya impian aku ni tercapai.

Inilah tips yang aku dapat di internet cara untuk kuruskan badan dengan cara sihat tanpa perlu makan atau sapu segala jenis produk pelangsingan.

1. Kawal Pemakanan
Apa itu kawal pemakanan yang kita perlu tahu dalam proses untuk kurangkan berat? Senang saja, makan makanan yang berkhasiat, elakkan makanan segera atau fast food macam mc'd, kfc, kalau nak sebut semua di sini berlambak - lambak. Ini kerana ia mengandungi bahan perasa, gula, lemak dan berbagai lagi sumber yang tidak diperlukan badan kita. Banyakkan makan sayuran dan buahan. Cuba kurangkan jumlah karbohidrat tapi tambah serat dalam makanan. Kalau rasa tak boleh la sehari tak makan nasi, makan ja setiap hari tapi ambil dalam portion yang sedikit iaitu kurang atau 1 senduk sahaja dan banyakkan lauk anda. Selain itu, boleh juga cuba makan 5 kali sehari tapi ingat dalam kuantiti yang sedikit kerana badan kita selalunya memerlukan 4 - 5 jam untuk proses penghadaman makanan, so make sure before after 4jam makan, jamah semula sebelum lapar kembali. Kerana apabila kita sudah lapar kita akan makan dalam kuantiti banyak. dan yang paling penting jangan skip breakfast kerana lah pembekal tenaga bagi kita untuk memulakan aktiviti seharian. Kalau kita skip breakfast so bila time lunch confirm punya kita akan makan berganda sebab enrgy takdak lepas tue lapar teramat - amat bila tengok makanan nafsu pun bermaharajalela.
Macam mana aku hadap tips yang ni, ko ingat senang ka bila kita kena kawal apa yang kita makan kalau selama ni kita duk hentam kaw kaw punya. Tapi demi nak kuruskan badan aku cuba juga. Kalau makan aku akan kurangkan the portion of the nasi, kalau dulu bukan sesenduk wei tapi siap bertambah - tambah bila makan tapi sekarang aku just makan paling tinggi sesenduk ja. Dan cara yang paling mujarab bagi aku adalah aku makan sepinggan share dengan Ayra. amik sesenduk lepas tu bahagikan Ayra punya 1/3 aku 2/3. Abis suap dia aku makan bahagian aku pula. Hihihihi. Aku sekarang makan nasi pula sekali sehari ja, xpon 2hari sekali. Macam aku still breasfeeding Ayra so aku perlu make sure bekalan susu untuk Ayra still berjalan walaupun aku diet. Banyakkan makan sayuran dan juga buah - buahan juga.

2. Minum 3 - 4 liter air

Tips no 2 yang popular bila aku search ialah minum air 3-4 liter sehari dan air tu jangan plak ko bantai air coke, teh ais semua tu. 3 - 4 liter tu adalah air masak yakni air yang bebas dari unsur gula yang juga merupakan punca kegemukkan. Tips ni nampak mudah tapi ada je orang tak suka nak buat sebab alasan kalau minum air banyak nak kena pergi bilik air kerap la. Macam aku memang suka lagi minum air kosong dari air bergula. Tapi dulu aku minum paling kuat 2liter ja, tapi sekarng aku akan pastikan setiap hari paling kurang mesti cukup 3 liter aku minum. Tapi selalunya lebih la, sebab aku kalau kat ofis pun dah 3liter aku minum air campur dengan kat rumah 1liter lebih kurang 4 liter juga la sehari. Actually minum air kosong banyak sangat bagus untuk proses penghadaman kita. Bagi aku la, kalau orang lain aku xtau la rasa yang sama ke tak ye, tapi kalau aku kerap minum air, aku akan kurang rasa lapar. So aku suka lah sebab bila dah kurang lapar tak rasa la nak makan. Di samping tu, bila kita minum air banyak kan selalu nak terkucil dan asyik nk ke toilet je kan, bagus la tu sebab bila kita kerap berjalan ke toilet itu kira senam juga la dari ko duduk je kat kerusi ko 8jam tanpa bergerak2 sambil tangan dan mulut bergerak.

3. Bersenam

Yang ini memang penting. Pada pendapat aku la kalau kita nak kurus dan maintain berat badan make sure bersenam walaupun sekali dalam seminggu. Actually bersenam ni ada banyak cara, kalau ko duduk rumah pun boleh bersenam dengan buat aktiviti rumah mengemas, mop lantai, basuh baju (lebih afdal ko basuh tangan, memang berpeluh), kejar anak ko ke. Hihihi. Betul la, aku tak tipu tau sebab benda ni semua boleh mengeluarkan peluh. Macam aku plak sekarang ni aku selalu lakukan ab workout. Konon2 nak kempiskan perut la. Hihihihi.. Make sure kena rajin la, ari2 pun kena buat baru berhasil nak dapatkan perut yang kempis tanpa lemak. Aku pula, kadang - kadang buat kadang - kadang lupa tambah - tambah balik kerja letih, masak la, melayan kerenah si kecik tu, last2 pas mandi tido terus. Lepas ni aku akan berusaha untuk fixkan setiap hari pagi dan malam kena buat.

Setakat ni aku rasa 3 benda ni yang aku tengah praktikkan dalam memastikan impian aku kembali kurus seperti zaman anak dara dulu tercapai. Kalau sesapa yang pernah buat benda yang sama dan berjaya silalha share bersama supaya dapat motivatekan diri aku untuk terus berusaha untuk kurus. Sesiapa yang rasa nak try cara aku ni cubalah mana tau berhasil kan.Selamat berjaya menguruskan badan (ucapan ni untuk aku juga)

Tuesday, April 30, 2013

Selamat Hari Pekerja

Selamat Hari Pekerja kepada semua dan selamat bercuti. Bagi aku semua orang di dunia ni adalah pekerja walaupun ko cuma duduk di rumah menjaga anak dan menguruskan rumah tangga tapi tetap bekerja bagi aku. Jadi, apa jua pekerjaan kita tak kira la orang atasan ka, orang bawahan ka, pekerja kerajaan atau swasta atau yang bekerja sendiri atau juga yang duduk di rumah sekali pun mesti mahu dihargai atas sumbangan dan juga komitmen yang telah diberikan kepada majikan masing - masing.

Macam aku sekarang ni, aku memang stress sangat bila datang bekerja. Aku rasa sangat rimas bila ada di office. Mungkin aku dah tak ada hati nak bekerja kat sini. Yela siapa yang ada hati kalau apa yang kita buat orang tak nampak yang orang nampak salah kita saja. Aku pun makin hari makin makan hati bekerja kat sini dan sampai sekarang ni aku cuma bertahan saja. Kalau memang dah sampai tahap aku tak tahan memang aku akan blah terus dari sini. Malas, penat, meluat semua pun ada bila nak datang kerja sekarang. Baik aku duduk di rumah jaga Ayra saja dari aku datang kerja dengan perasaan yang macam tu.

Aku memang dalam proses nak pertimbangkan umtuk berhenti, tapi aku fikir juga kalau aku berhenti nanti kesian la pula kat suami aku. Yela nak tanggung semua belanja rumah sorang - sorang. Mana nak bayar duit rumah, kereta, bil telefon la, internet la, belanja barang dapur, dan mesti juga nak bagi belanja untuk anak dan isteri. Aku bukan tak fikir, aku fikir semua tue, sebab tu la aku masih bertahan sampai sekarang. Kalau aku jenis yang tak amik tahu atau amik kisah memang aku berhenti dah. Tapi dalam pada tu aku selalu juga cakap2 dekat suami aku nak berhenti sambil - sambil mencari kerja baru. Mana tau ada rezeki untuk aku di tempat lain yang mungkin lebih baik atau bagus dari sekarang. Aku tak kisah pun kalau dapat kerja yang gaji lebih sikit dari sekarang selagi suasana kerja baik dan yang penting dapat bos yang bertanggungjawab, baik, boleh beramah dengan staff.

Dah la, malas nak bebel pasai kerja aku, lagi bebel lagi aku ingat dan aku bertambah sakit hati. Kepala pun bertambah sakit. Aku yakin rezeki tu ada di mana - mana dan aku yakin yang beri rezeki tu Allah S.W.T selagi kita berusaha untuk mencarinya. Dan jangan pula kita anggap kalau kita berhenti kerja atau duduk di rumah kita ni seorang yang tak berkerjaya atau tak boleh nak menjana pendapatan, sebab zaman sekarang ni dah ramai yang berjaya dan boleh hidup senang walau hanya duduk di rumah. Kadang - kadang kita tak tahu apa yang di rencanakan oleh Nya kepada kita. Setiap apa jua yang berlaku atau terjadi mesti ada hikmah di sebaliknya. Mudah - mudahan aku dapat petunjuk dari Nya tentang keputusan yang patut aku buat. Amin.

Tuesday, April 23, 2013

My Echiladas

Assalamualaikum. Apa khabar semua.. Aku arini dah semakin sihat selepas mengalami sakit kepala yang teramat sangat semalam. Alhamdulillah hari ni ni semakin baik dan berdoa semoga hari - hari mendatang di berikan kesihatan yang lebih baik lagi. Amin

Ok, hari ini nak share dengan semua new resepi yang aku buat baru - baru ni. Semua ni sebab terpengaruh tengok blog Salam 2 Benua punya pasal la ni. Sesapa nak tengok pakar buat boleh ke blog tersebut dan anda pasti teruja. So let check the recipe of our menu today Echiladas yang aku cedok dari blog Salam 2 Benua. 

Untuk filling, aku cedok link yang sama diberi oleh Salam 2 Benua kat sini inti / the mince beef filling dan untuk sos pula aku amik kat sini sos echiladas. Tapi aku ada tukar sikit the ingredient tue depends on apa yang ada dalam peti ais aku la. Untuk inti tue aku gantikan red bean dengan baked beans, then aku gantikan sayuran dengan carrot, celery. Lepas tue, the sos n filling tu asal resepi adalah pedas ye, sebab dia ada masukkan cili powder. Memandangkan aku nak bagi Ayra makan juga so aku buat dia tak pedas la. Still letak cili powder tapi sikit sangat. Bagi rasa hujung - hujung pedas je. Sebab tue aku punya sos color dia kurang merah sebab aku tak nak pedas.

1. 1st step masak sos dan juga filling. Untuk the filling masak sampai kuah pekat dan kering ye.. Nampak sedapkannnn..

2. Bila semua dah masak tiba la masa untuk membalut echiladas anda ye. Untuk wrapping aku guna tortilas punya wrap.

3. Letak lah sebanyak mana inti yang ko mahu kan. Then, letak cheese dan gulung kemas - kemas dan susun dalam mangkuk atau bekas untuk dibakar nanti ye.

4. Susun kemas - kemas dan rapat - rapat echiladas tu dalam bekas. Oh ye, sebelum tue tuang separuh sos tadi dalam bekas then baru susun the wrapping tue. Lepas tue tuang semua sos atas wrapping tadi. Kemudian tabur la cheese sebanyak mana yang korang mahu.
5. Dah susun kemas masukkan dalam oven pada suhu 200'C sehingga cheese dan echiladas agak keperangan.

 Rupa bila dah masak

Hidangkanlah bersama salad kegemaran korang. Makan macam tue saja pun sedap.

Untuk pertama kali makan benda ni yang dimasak sendiri juga adalah sedap... Well done to me. Hubby pun cakap sedap dan dia la yang makan paling banyak. Ayra pun makan juga maksudnya ok la tu. Lain kali boleh buat lagi.

Kepada semua selamat mencuba resepi ini ye.. Gambar semua aku amik dari my IG ok. Sejak ber IG ni bagai aku dah malas nak keluarkan camera untuk snap gambar. Kesian dia duk terperap dalam beg je, nak kena asah balik skill bergambar ni.


Sunday, April 21, 2013

My 2013 Wishlist

Aku masih kuruang sihat lagi. Batuk, selsema dan juga sakit kepala. 2 hari cuti di hujung minggu hanya bermalasan di rumah dengan harapan sakit akan cepat sembuh tapi pagi ni selsema an sakit kepala kembali. This entry aku dah karang cuma tunggu time nak publish saja. Huhuhu, layan jela la ye bebelan aku yang ntah apa - apa ni ye.

Amboi - amboi dah masuk April baru nak tulis wishlist untuk tahun nie. Biasa la, selama nie selalu membusykan diri buat aktiviti dengan anak hingga mengabaikan blog nie. Ni kekonon nak aktif semula berblogging so tulis la my new wishlist untuk tahun nie. Aku nie jarang ada wishlist, kalau rasa nak sesuatu atau nampak benda yang aku teringin atau berkenan aku akan usaha la sampai dapat benda. Tak kisah la samada guna duit sendiri atau ada orang yang akan jadi mangsa aku.. Ngeh, ngeh, ngeh...

So, sekarang aku fikir ok juga bila ada wishlist nie. Kita boleh buat target atau kumpul duit untuk merealisasikan impian - impian tersebut.. Hihihi.. Lebih teratur dan senang nak capai semua impian tue semua. 

My wishlist

1. Mesin Jahit
Aku rasa setiap isi rumah mesti ada mesin jahit kat rumah diaorang tak kisah la walau yang portable saja. Bukan apa, bagi aku senangkan kerja kita kalau ada nak jahit baju atau seluar yang koyakkan. Bagi aku pula aku nampak kegunaannya bukan setakat tue saja, aku ada nampak benda lain di situ. Mungkin nak meeralisasikan impian aku bila aku menjadi surirumah sepenuh masa nanti. Moga - moga impian ini tercapai la hendaknya. Amin

Mesin jahit yang aku nak beli.. Gambar sumber google ok..

2. Percutian Yang Panjang
Tahun aku sempat pergi bercuti awal tahun ja time Chinese New Year.. Pastue dah tak pergi mana - mana. Tahun ni pun pun belum pergi bercuti lagi. Teringin nak pergi bercuti tempat yang dapat menenangkan hati, aman damai dengan anak dan suami. Nak pergi 3 4 hari pastue baru balik umah, best juga tue. Dalam hati nie duk berkira - kira nak ajak suami pergi pulau - pulau, tak pun lebih kurang dapat pergi Cameron pun ok..sejuk sikit.. Genting pun Ok juga, boleh release tension menjerit..Hahahaha

 Pulau Perhentian - tempat yang teringin nak pergi (sumber google)

Cameron - Tempat yang tak pernah jemu pergi (Sumber Google)


3. My Dream Home Sweet Home
Impian ni on the way. InsyaAllah takde apa - apa aral melintang by next year boleh duk rumah baru dan yang penting rumah sendiri. Sekarang ni dalam proses pembinaan, masa aku beli aritu baru time pecah tanah dan aku plak beli fasa 2 punya sebab fasa 1 dah sold so lambat la sikit nak siap. Rumah fasa 1 aku tengok dah siap semua mungkin pemilik tengah tunggu pemaju serahkan kunci agaknya. Tak sabar la nak ada rumah sendiri, nak deco rumah, duduk kat umah jaga anak. Mudah - mudahan rumah aku siap mengikut jadual dan waktu yang ditetapkan oleh pihak pemaju sebab ada pemiliknya yang dah tak sabar nak pindah ni..:)

Aku rasa setakat hari ni, yang list di atas tu je wishlist aku. Diulang ye, setakat hari ini, esok lusa aku tak jamin la, mungkin ada pertambahan ke. Hehehe..Boleh ke camtu, boleh ja dah nama pun impian aku, so suka hati la nak berapa impian pun kan.. Hihihi.. Semoga semua impian dan harapan aku akan tercapai ye. Amin

Thursday, April 18, 2013

Minggu Yang Lemau

Assalamualaikum...
 
Minggu ni tersangatlah lemau. Dah macam biskut kering duk terbiar 2 3 hari, abis lemau. Nak update blog pun malas dan fikir banyak kali. Letih semua ada.

Ahad baru - baru ni Ayra tiba - tiba je demam panas, time Subuh. Dah la budak Ayra ni cukup susah nak makan ubat, puas aku paksa dan pujuk pagi tu suruh dia makan ubat, akhirnya dia juga menang. Siangnya suhu makin tinggi sampai 38'C lebih. Nasib ubat bontot dia still ada dlm peti ais, masuk sebiji turun sikit suhu. Lepas tue pergi klinik minta ubat bontot juga sebab tau dia memang susah makan ubat, tapi time duk umah pengasuh boleh je dia makan. Memang tak paham aku dengan budak ni. So, bila demam mood pun ke laut, semua benda tak kena. Kena layan dia jela. 

Selasa dia dah kebah, tapi benda lain plak happen kat dia. Aduh, memang kesian kat anak mama. Dan semalam batuk + selsema pulak. Termasuk la dengan aku sekali. Ni sakit kepala berdenyut - denyut dengan hingus duk meleleh, memang leceh.. Huhuhuhu..

Sekian, coretan aku arini.. Malas nak update banyak. Next entry aku bubuh new resepi yang aku try baru - baru ni okey. Ok, bye... Selamat berhujung minggu

Thursday, April 11, 2013

My 1st Homemade Karipap

Aku ni sebenarnya memang suka memasak, terutama masak untuk suami dan anak. Tapi takde la pandai sangat setakat nak menjamu tekat suami dan anak tue boleh la. Nasib baik juga suami aku jenis yang tak susah nak jaga perut dia ni. Masak apa pun dia makan dan dia sejak kahwin memang dah jarang makan kat luar sebab dia lagi suka makan kat rumah. Mungkin isteri dia masak sedap agaknya bagi dia.. Hihihi..

Berbalik pada cerita karipap, aku ni 1st time buat karipap ni. Tak pernah tengok atau buat orang buat pun selama ni. Betul - betul berpandukan resepi dari internet saja. Bab bahan dan cara nak buat adunan dengan inti tu aku tak kisah sangat tapi bab nak kelim karipap tu memang aku tak reti langsung. Main google tengok kat dia punya step by step kat internet ja. Maka, jadilah karipap yang tak seberapa rupanya. Walaupun tak berapa menarik tapi rasa not bad tau. Jom kita tengok resepi untuk karipap yang aku buat. Resepi aku amik kat blog Izzah Muffin dan resepi asal dari Ros . Resepi asalnya tuan rumah buat karipap ros jepun, tapi budak 1st time buat karipap macam aku mana la mampu nak buat ros jepun semua, so aku buat karipap biasa ja. Selamat mencuba ye kawan - kawan

Bahan - bahan :-
By : Ros , izzah

400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk
Garam
(aku cuma buat separuh dari adunan asal)

Caranya :
1. Ayak tepung gandum. Kemudian panaskan minyak masak dan marjerin dan tuang dalam tepung tadi. Dengan gunakan senduk kacau adunan hingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan garam ke dalam air sejuk dan kemudian tuang ke dalam adunan roti tadi sedikit demi sedikit.
3. Uli doh sehinga semua adunan sebati.
4. Rehatkan 1/2 jam supaya aduanan mudah dibentuk.

Inti 
2 biji kentang (dipotong dadu)
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar udang kering (ditumbuk halus)
Isi ayam yang dicincang halus
Sedikit daun kari
Bawang

Cara - caranya:

1. Tumis bawang dan daun kari hingga garing.
2. Masukkan serbuk kari dan cili kisar. Bila agak garing masukkan udang kering dan isi ayam. Masak sebentar
3. Kemudian masukkan kentang dan air. Masukkan sedikit garam
4. Masak hingga kentang empuk dan kering.

Dah siap buat doh dengan inti, bolehlah menjalankan proses kelim karipap. Aku bulatkan doh kecik - kecik then gelek agak - agak tak tebal atau nipis sangat. Masukkan inti sebanyak mana yang anda mahu. Kemudian kelim karipap anda.

Goreng guna api sederhana hingga masak. Hidangkan dan makan time panas - panas memang sedap.

Inilah rupa karipap hasil tangan orang 1st time buat.
Maaf ye gambar phone ja, memang menarik.. Hihihi








Tuesday, April 9, 2013

Nur Ayra Daleela Turn 19months

Lama tak bercerita pasai anak. Aku bukan apa dah jarang nak update blog sekarang ni.. Laptop aku rosak dah berzaman pun belum p hantar repair. Kalau kat rumah guna phone ja ok, so bila nak update guna phone amatlah tak puas hati nie. Kat opis plak malas nak update sebab biasalah bila nak menulis ni perlu take time juga.. Dah tulis, 2 3 kali plak nak baca. Takkan aku nak pergi kerja semata - mata update blog. Mana boleh wei, walaupun kerja aku bukan la sibuk sangat tapi aku nie masih waras lagi dalam menggunakan masa yang ada kat opis tue buat benda lain. Aku buka pun jap2 je, bila free aku karang sikit apa yang aku nak karang then save, bila aku ingat nak pos aku pos.

Ok, nak cerita perihal anak dara aku yang sorang ni. Buah hati pengarang jantung aku. Sekarang dah masuk 19 bulan dah, lagi 3 bulan dah nak 2 tahun. Cepat gila masa berlalu, terasa lagi time aku nak bersalin kan dia dulu, punyalah sakit and now dah besar dah anak aku.

Perkembangan Ayra setakat 19bulan

1. Semakin potpet potpet.. Alhamdullillah Ayra ni cepat mulut juga. Sekarng dah pandai cakap. Kalau keluar mana - mana kalau aku duk bercakap dengan dia orang mesti tanya berapa tahun. Bila aku cakap 19 bulan semua cakap pandai ye bercakap. Hahahahaha..memang pandai sampai kadang - kadang tak terlayan aku ni nak melayan dia. Nak tue nak nie, yang tue tak kena yang nie tak kena. Tapi Aaa la juga benda yang dia sebut aku dan ayah dia tak paham tapi nampak dia memang cepat la bercakap.

2. Ayat kesukaan dia sekarang nie, kalau apa - apa je mesti cakap " Ayra xmau kawan ngan mama atau ayah" tapi selalu dia xmau kawan dengan ayah la. Dengan mama mana boleh tak kawan kang tak dapat nenen..hihihi

3. Dah pandai merajuk budak kecik ni. Pantang la marah atau tegur dia apa - apa, terus tutup mata dengan tangan pastue mencebik atau meraung terus. Kalau kena marah teruk meraung kuat - kuat pastue bila kita pujuk datang la peluk kita sambil cakap mama marah Ayra.

4. Bahasakan diri dia Ayra.. Kalau cakap sekarang nie, mesti sebut nama sendiri contoh Ayra nak makan.. Ayra nak mandi.. Ayra nak main game.. Tapi bila sebut Ayra tue, macam Lisa Surihani plak, pelat 'r'.. Ayah dia la yang selalu ajar sebut betul - betul. Aku plak suka ja dengar..hihihi.. Bagi aku mungkin dia kecik lagi, n budak - budak bawah 2 tahun memang agak sukar bila nak sebut huruf r, s semua tue...

5. Addicted to phone. Pantang nampak phone aku atau ayah dia, menjerit nak phone. Sampai berebut la dengan dia. Nak tengok youtube la, main game la dan sekarang suka sangat we chat dengan mak sedara n pak sedara dia. Kalau dah buat video call tue, kalau kita kata bye2, mau la dia mengamuk xmau letak.. Habis phone dia baling semua.. Huhuhuhu

6. Berat terkini belum timbang tapi nampak sudah berisi sikit. Selera makan makin bertambah sekarng nie, dah mau makan ayam goreng semua sebab sebalum ni kalau makan dia makan kuah ngan sayur dan nasi ja. sekarang kalau nampak ada ayam goreng atau ikan goreng dah pandai minta nak. Tapi tue la, dia ni gelojoh sikit bila makan, bila makan selalu ja nak muntuh sebab dia suka sumbat banyak2 dalam mulut pastue terus nak telan. Jenuh aku ajar nak kunyah macam mana..

Lain - lain perkembangan nanti aku update untuk next entry plak ye.. Sekarang aku nak aktif balik berblogging. Aku dalam keadaan stress ni menghadap keadaan sekeliling so bila berblogging dapat la aku luahankan apa yang aku rasa.. Huhuhu... Akhir kata welcome back to me..



Wajah kesayangan mama dan ayah.. Semoga menjadi anak yang solehah dan berguna di masa depan.

The Pavlova

Dulu aku tak tahu apa tue Pavlova...Jakun wei aku nie, pavlova pon tak tau..Hahaha.. Tapi bila selalu duk walk blogging terutamanya blog - blog masakan mesti ada resepi pavlova nie.. So, hati nie terdetik la nak cuba buat dan menikmati pavlova ni sendiri. Aku tengok kebanyakkan resepi pavlova nie semua sama ja.. Dan resepi yang aku guna pun aku tak ingat kat mana aku amik.. Kepada tuan tanah for the resipi ye..

Bahan - Bahan :-
4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor (aku kurangkan sikit sebab semua resepi cakap manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung
Bahan Hiasan:-
Whipping cream - pukul sampai kental (untuk yg ni aku guna whipping cream dalam tin tue ja..picit ja atas pavlova..versi mls dan segera)
Strawberi
Blueberri
 
Cara - caranya:

1. Pukul putih telur hingga kembang. Harus diingatkan ye kepada semua sila pastikan semua peralatan dan bahan - bahan anda bebas dari sebarang unsur air ok..
2. Bila dah gebu tambahkan kelajuan mixer anda pada tahap maksima dan masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis ye..

 3. Pukul gula dan telur sehingga menjadi berkilat dan bertanduk ye.. macam dia atas..kalau tak bertanduk sila pukul sampai bertanduk ok.
4. Pastu ko masukkan la esen vanila, tepung jagung dan juga cuka.. Kacau adunan supaya sebati.
5. Kalau nak pastikan adunan betul - betul menjadi cuba ko terbalikkan ko punya bekas adunan, kalau adunan elok ja melekat kira ok la tue.. Kalau terjatuh ka, minta maaf la, belum manjadi maringue lagi tue..hihihi

6. Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak then lukis bulatan supaya senang bila ko nak letakkan adunan dan bentukkannya.
7. Tapi aku malas, aku guna je kek punya cutter ring then aku letak adunan dalam tue.. hehehe

8. Pastu ko tarik slow - slow dan buat la macam mana ko nak pavlova ko jadi.. Aku buat tepi dia cacak - cacak sikit.. Hihihi..
9. Masukkan kan dalam oven pada suhu 140'c selama 1 jam atau sehingga nampak pavlova ko jadi warna perang kira masak la tue.. Panaskan oven dulu ye sebelum tue dalam 10-15min
10. Bila dah masak, sila buka pintu oven ko separuh dan biarkan pavlova tu menyejukkan dirinya dulu sebelum dikeluarkan.

11. Bila dah sejuk hiaskan pavlova anda dengan whipping cream dan buah - buahan kegemaran korang. Selalunya guna buah yang masam supaya dapat balance dengan rasa manis pavlova tue.. Aku dah buat pavlova ni 3 kali dah dan bagi aku makan dengan buah markisa, stawberi, kiwi, blueberri adalah terbaik..

Senang je kan nak buat pavlova ni.. Tak habis simpan dalam peti ais, makan bila sejuk lagi sedap. Selamat mencuba.


Tuesday, January 8, 2013

Cream Puff

Assalamualaikum semua...

Lama tak updated blog nie... Entry kali nie nak buat entry masak la.. Actually aku suka sanagt masak terumata baking. Bila kat rumah memang masak la memandangkan suami pun xsuka makan kat luar ( mungkin isteri dia masak sedap agaknya...hihihi). Ala, sekadar nak masak nasi dengan telur dadar, sayur campur goreng tue senang aje kan.. Budak sekolah pun reti masak.. Aku kalau masak, masak yang senang - senang aje, dan ikut selera suami. Aku pula jenis yang x kisah sangat pasal makan nie, nasi dengan ikan ikan masin pun ok ja. Nak cerita pasai cream puff aku melalut cerita pasai masak benda lain plak kan... Melalut betul kan..

Ok, resepi nie aku amik dari blog Kak Ita dari Masam Manis, dah banyak kali try resepi nie dan memang menjadi. Aku serius suka sangat Kak Ita punya blog. Kalau tengok gambar dalam blog Kak Ita nie memang buat aku meleleh air liur dan tabik spring kat dia. Gambar dan food presentation dia memang cantik sangat. Akak Ita saya kongsi resepi akak kat sini ye... Tapi tuan empunya resepi asal adalah dari Yani. Terima kasih juga ye Yani. Manakala resepi untuk cream pula dari Honey. Thanks kepada semua chef2 hebat nie ye untuk resepi yang best nie

CREAM PUFF
by : Yani

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g) 
Pertama sekali, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
Masukkan air dan butter ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
Kemudian masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Selepas itu masukkan telur, kacau cepat-cepa.
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Pipe kan ke atas dulang
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.

CREAM CUSTARD
by : Honey dan Ita

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.

Aku nak senang ja semua, so aku masuk semua bahan dalam periuk then kacau atas api sederhana hinga pekat dan masak.
Then siap... Tadaaaaaa, inilah hasilnya...



Selamat mencuba ye kawan - kawan semua. Semoga berjaya.. 



Thursday, October 4, 2012

2 Tahun Bersama

Assalamualaikum.... 

Alhamdulillah 3 Oct yg lepas aku dan suami dah 2 tahun hidup bersama.. Hidup berumah tangga nie macam-macam pe'el yang kita akan hadapi.. Tipu lah kalau cakap sepanjang 2 tahun nie tak pernah bergaduh, tapi biasa la bergaduh kecik2.. Kadang-kadang bila kita ada argument dgn pasangan kita actually baik juga untuk kita sebab dari situ kita dapat memperbaiki diri sendiri dan juga pasangan agar jadi lebih baik di masa akan datang... Hidup berkeluarga juga perlu tolak ansur dan juga saling faham memahami antara satu sama lain.. 

Apapun aku berdoa dan berharap perkahwinan aku dan suami akan kekal bahagia selamanya sampai akhir hayat..

2nd anniversary aritu aku, suami dan anak celeberate dekat The-Ridge-Teja-by-the-Sea . Saja ajak suami pergi makan kat situ sebab motif utama aku nak santai sambil tengok sunset sebenarnya.. Hehehe..
Pemandangan kat situ memang cantik la, tambah time sunset.. Nasib baik hari tue cuaca pun baik sebab kat Penang sebelum tue asyik hujan ja.. Hari Rabu tue cerah plak, Alhamdulillah macam tau2 ja aku nie nak p tengok sunset..

Sunset yang mendamaikan hati...

Makanan kat situ bagi aku bolehlah.. Dia ada hidangan melayu, chinese and western.. Aku try chicken chop, nasi goreng special udang ( yg nie aku slah order, sebab aku nak yang bubuh dlm buah nenas tapi bila datang macam nasi goreng kat kedai biasa ja), mushroom soup n garlic bread, jus tembikai n kelapa.. Suami aku cakap makanan macam makan kat kedai biasa ja.. 

Kalau tak ada gambar si kecik nie memang tak sah lew...hihihi

Gambar makanan sorry aku tak sempat snap sebab Ayra dah buat amukan time tue.. Dia mengantuk agaknya sebabtime aku amik dia kat rumah babysitter, dia belum tido dari pagi.. Odw kuar dia sempat tido sekajap je dalam kereta pastue dah jaga.. So, mood time nak makan tue dah kureng sikit.. 

Aku juga dah surprise dari suami, terima kasih ye abang sebab hadiahkan ayang phone baru.. Aku actually nak beli sendiri so, macam gigih la simpan duit.. Last2 my hubby dah belikan, hihihi...tq sesangat... Love you so much...

Gambar sumber ehsan google ye...

Aku punya warna putih.. Nak tunggu Note II lambat lagi, lagipun dah orang nak hadiahkan aku terima dengan happynye...



Thursday, September 6, 2012

Happy 14months Old Nur Ayra Daleela

Aku rasa dah lama tak bercerita tentang puteri kesayangan aku  nie... Hari nie, genap 14 bulan usia Ayra, emm cepat saja masa berlalu... Hari tue time dia 1y aku takde plak nak tulis kat sini, hihihi pelik btoi mama Ayra nie kan... Bukan apa, aku tengah bosan di opis nie, sambil tue curi - curi la time jap untuk update blog..Hehehehe...

Just nak kongsi Ayra punya progress setakat berusia 14bulan nie...

1. Berjalan dah laju  -
Ayra start berjalan umur 1 tahun.. tue pun selepas tengok seorang baby yang tua sebulan dari dia berjalan.. Dia punya la usya budak tue, lepas budak tue balik je, terus dia bangun berdiri sendiri, pastue duk bertatih.. Semua orang penat melayan dia time tue sebab dia xmo duduk langsung..Hehehehe.. Lepas tue terus leh berjalan... Good girl..

2. No more exclusive bf 
Sejak bulan puasa aritu Ayra dah mau minum susu fm.. Sorry Ayra mama, terpaksa campur sebab my breastmilk punya production dah makin merudum.. Bila supply kurang tapi demand tinggi, mama no choice selain bagi ja susu fm untuk Ayra..Mama tak rela nak biarkan anak mama kelaparan semata - mata nak bg bf sampai 2 tahun.. Tapi sekarang kalau duduk dengan aku, Ayra still bf, sebab dia xmo plak fm.. Kalau duduk dengan bs ok ja dia minum fm.. Bagi aku, ok la tue, sebab aku pun still nak menyusukan dia..

3. Mulut semakin bising 
Sekarang nie dah pandai sebut beberapa perkataan dah.. Antaranya mama, yah untuk ayah tapi kadang2 ayah pun dia panggil mama.. Kalau nak sesuatu mesti cakap nak sambil jerit dengan kuat, bingit betul.. Pastue kalau dia berak, kita tanya Ayra berak ker, sambil muka keruk2 sebut uk-uh, uk-uh..Hahaha, lawak betul.. Pandai ajuk orang juga, kita sebut wait, dia pun wait, sebut no, dia pun no...Lepas tue dah pandai kenal dan tunjuk bila kita tanya mana mama, ayah, tok, makteh, tapi org tue kena ada depan dia selalu la..kalau lama tak jumpa dia pun lupa..Nampak burung bird, nampak ikan, fish..nampak atau dgr bunyi kapal terbang mesti sebut lane sambil bubye..Sangat suka kalau nampak kucing, mesti menjerit sambil sebut cat..

4. Rambut dah semakin banyak dan panjang
My doter nie mewarisi genetik aku bab rambut nie, sebab rambut dia lurus dan halus.. Tapi tue la nipis dan tak banayk macam rambut aku.. Sekarang dah boleh nak buat tocang kecik..hehehe.. Dulu lagi tak nampak rambut, kening sampai sekarang orang akan cakap dia takde kening..huhu

5. Dah pandai dengar arahan
Sekarang nie, aku dah ada pembantu kat rumah..Kalau nak minta apa2 boleh harapkan si kecik nie juga tapi untuk benda2 yang dia kenal la.. Macam nak amik remote ker, dah boleh suruh dia.. Barang2 dia lagi senang sebab dia memang kenal barang2 dia, macam bantal, bedak.. Tapi buat sepah pun lagi hebat dari suruh amik barang.. Last2 mama juga nak kena kemas..huhuhu

Apa - apa pun mama dan ayah sangat sayangkan Ayra... Walaupun ada benda kecik je yang Ayra dapat adopt mama dan ayah tetap bangga dengan Ayra....Love you so much....

Latest pic Ayra..Time pergi hantar paksu dia kat UMP last week...
Gambar pun ehsan Mira (my sis)...



Monday, August 27, 2012

Raya 2012

Hampir 2 minggu dah kita beraya kan... Mesti semua pun sibuk lagi pergi ke rumah terbuka bila hujung minggu dan tak lupa yang buat rumah terbuka juga kan... Raya tahun nie, agak memanatkan bagi aku la compare dengan tahun lepas.. Yela tahun lepas baru habis pantang so duk kat rumah berlenggang ja.. Takyah nak buat kerja-kerja dapur, anak pun kecik lagi so takde la sangat penat nak jaga...

Tahun nie punya raya plak, terbalik dengan tahun lepas... First raya tahun nie kat kampung mak aku, so best la...hihihi...Tapi tahun nie kena angkat kain, selingsing baju pagi2 buta sediakan lauk untuk pagi raya.. Awal2 bangun, orang lain sibuk mandi manda pakai baju baru nak pergi sembahayng raya, aku plak duk masak kat dapur.. Menu 1st raya kat rumah my mum, nasi minyak, ayam goreng berempah (yg nie aku buat), dalca daging, dan sambal udang.... Menu lain biasa la, rendang ayam, ketupat, kuih raya... Tahun nie misi nak buat kuih raya pun tak tercapai sebab tak sempat nak buat, walhal awal2 lagi dah beli buttercup berlambak2..huhu.. Masak dan tolong akak masak sampai orang balik sembahyang raya pun tak siap lagi... Tengahari baru nak pakai baju raya, tue pun sebab ingat nak amik gambar family, tapi hampeh juga bila semua pun malas nak berposing sebab panas sgt.. huh, last aku amik gambar dengan family aku ja...

2nd day buat bihun sup.. Sup ayam dan daging...Emm, sedap tapi sempat makan sikit ja, sebab bila dah nak balik rumah mak mertua time tue..huhuhu.. So, tengahari bertolak terus ke rumah mil, jalan tak berapa jam tapi hujan sangat lah lebat, so en.suami drive slow saja... Then tak jadi pergi rumah mil sebab diaorang semua ada kat rumah my husband tok kat sungai petani... Tidur kat sana sehari, then malam selasa dah balik rumah sebab rabu aku n husband dah start kerja... Letih sangat, berapa hari duk memasak, membasuh pinggan, mana layan kerenah Ayra yang xmo kat orang..Memang buat perangai btoi budak kecik tue, asyik nak berkepit ja dgn mama dia.. Letih sangat2...

Then last Sunday, mil buat open house.. So, Saturday dah pergi sana tolong2 then Ahad memang sangat sibuk sebab ramainya yang datang.. Menu mee kari 2 periuk besar habis ko..Menu lain laksa, bihun goreng dan kuih raya la.. Mula-mula aku ingat nak buat nasi impit Sabtu tue tapi tak sempat, sempat bakar kek ja sebiji, heheh jadi lah kan dari takde apa2... Berkemas bagai, dekat pukul 1 pagi baru sampai rumah.. Mood pergi kerja pun malas lagi sekarang nie.. This weekend InsyaAllah nak pergi ke Kuantan plak.. Nak hantar my brother mendaftar di UMP Pahang...

Pergi kerja pun malas sekarang nie.. dengan new management yang buat aku pening dan stress.. aku bila stress nak buat kerja mula lah aku buat benda lain.. Tue yang gigih duk update blog nie.. Kat umah pun takleh nak berinternet bagai, laptop rosak plak.. So,mai kerja buat kerja sambilan la sama..Hihii..

Budak kecik yg busy menyepahkan rumah tok dia...:p

p/s : semoga dapat berjumpa lagi Ramadhan dan Syawal tahun hadapan..InsyaAllah


Thursday, August 23, 2012

Dah Lama Tak Update...dan Salam Aidilfitri

Salam Adidilfitri semua....

I think, it's took a long time for me nak update blog nie... Malas yang memuncak, busy dgn anak(konon2 la),   n kekurangan idea yang bernas bila nak update.. Kadang2 dah tulis sikit tapi rasa macam tak best plak, last2 aku delete aje the post..Senang cite kan...

Ramadhan dah berlalu, sekarang Syawal plak, so aku nak ucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini... Selamat menjamu selera juga (open house kan banyak sekarang nie) n dont forget to be careful on road okeh... 

My Happy Family di hari raya....:)

Wednesday, March 14, 2012

Hari Rajin..Hahaha

Kenapa tajuk entri saya macam masuk bakul angkat sendiri je kan...Hahahaha, tapi itulah kenyataannya.. Hari nie mood yang agak rajin ler.. Sebab apa rajin sebab hari nie asyik nak masak jer...

Pagi - pagi bangun saya dah duk godek kat dapur masakkan breakfast untuk hubby and saya bawa bekal arini.. Saya buat macaroni with meatball n sosej n cheese.. Nama punya la panjang kan.. resepi yang simple jer... Untuk marinate saya tumis bawang putih dan bawang holland yang dicincang. masukkan daging kisar, bila dah nampak kuning masuk tomato puree dan sedikit oregano.. Perasakan dengan garam.. Macaroni rebus then letak dalam dulang bakar, tuang sos tadi.. Saya letak meatballs yang saya buat guna daging burger ramli dan sosej.. Kemudian taburkan mozarela.. Bakar sampai cheese keperangan dan masak.. Sedap makan panas - panas...

Macaroni with meatballs/sosej n cheese....

Mozarella cheese yang menambahkan kesedapannya..Hihihi

Sedia untuk dimakan...Nam, nam, nam...



Saya juga buatkan Ayra breakfast oat + prunes + pears.. Disebabkan 2 hari lepas Ayra poo poo keras sampai menangis dia teran so mama pun bagi la Ayra makan prunes n pears then gantikan nasi dengan oat.. Alhamdulillah, semalam dia poo poo ok balik.. Lega hati mama and ayah...

Menu Ayra...

Gambar after blend saya lupa nak snap..sorry yer kawan - kawan semua..Hihihi.. Then waktu lunch saya sempat buat mee goreng..

Mee goreng bodo jer..Tapi setap tau...hihihihi

Gigihkan saya sempat memasak bagai..Tapi tue la buat kerja semua pun dah macam kartun.. Bayangkan my lunch time 1 hour jer..Saya bergegas balik rumah, kemas rumah, basuh baju (tapi xsempat sidai), masak then makan, sembahyang, dah juga perah susu... Bila sampai opis balik berpeluh - peluh macam lari marathon dah..Hahaha.. Dah jadi mama nie biasa la, kerja tak berhenti - henti.. Balik opis, nak kena masak untuk malam plak.. Hari - hari macam tue.. Terasa bestnya dapat duk rumah lepak ngan anak, takde la kalut ke hulu ke hilir macam sekarang nie.. Tapi takpe demi anak n family, saya akan berusaha.. Ayat macam pilihanraya la plak..Hihihihi...




Tuesday, March 13, 2012

Oat + Apricot + Epal

Resepi yang mudah, senang dan sangat lah ringkas untuk mummy - mummy yang kesuntukkan masa.. Walaubagaimanapun masih berkhasiat tau... Hihihihi...

Asyik makan bubur nasi jer, kesian plak kat si kecik nie, so mummy dia pun nak cuba bagi Ayra oat plak.. Untuk baby make sure guna organic rolled oat tau.. Jangan la guna yang instant punya sebab yang tue dah dicampur dengan gula...

Saya masak untuk Ayra oat bersama apricot dan juga epal.. Disebabkan puree epal Ayra dah abis, so saya just slice jer fresh epal then campak dalam periuk bersama oat dan dried apricot.. Oh yer lupa plak nak bagitau, dried apricot tue saya guna yang organik dried apricot yang warna hitam punya.. Elakkan yang warna oren tue sebab yang tue ada sulfur... Tak susah pun nak cari dried apricot nie, kat tesco berlambak..Hehehe

Nak masak pun senang dan cepat, lebih kuang 10-15minit jer dah siap... 
Selamat mencuba...Nyum - nyum...

Sejukkan sebentar selepas masak..

Selepas diblend dan sedia untuk di ngap.... Nyum2

Macam Ayra, dia belum ada gigi lagi dan dia juga tak suka makan bubur yang tekstur kasar, jadi mama kenan lah blend sampai halus..Hihihihi..

Jumpa lagi di resepi yang akan datang..hahaha...(ayat nak menunjukkan rajin la sangat masak..hihihi)

Wednesday, March 7, 2012

Kerepek Ngaku @ Arrowhead

Hi semua... Just nak sharing sikit tentang one of the healthy food or jajan untuk dicuba.. 
Tahu buah ngaku atau arrowhead??

Buah nie kalau time Chinese New Year memang banyak kat pasaraya.. Saya dulu pun selalu jer tengok chinese beli buah nie mesti tertanya - tanya sedap ker buah nie.. Leh buat sayur ker? Ke makan macam tue saja?

Then saya ask my click kat ofis, dia cakap mak dia selalu masukkan dalam sup..Kadang-kadang dia makan macam tue saja. Then, saya dapat tau buah nie boleh dijadikan kerepek.. So, dengan gigihnya saya pun beli la buah nie dan balik godek - godek sampai jadi kerepek... Rasanya boleh tahan ada manis - manis dan kadang - kadang pahit sikit n lemak juga.. Saya suka jer...Hihihi


Kalau sesapa yang nak cuba senang... Kupas kulit buah, then basuh n sagat macam kita buat kerepek ubi atau pisang tue.. 
Then goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan..
Simpan dalam bekas kedap udara..
Sedia untuk dimakan...

Selamat mencuba..:)

Friday, February 17, 2012

Apple Puree

"An Apple a Day" as the old saying goes is indeed good for your health. Apples are truly a wonder fruit and they may be one on your baby's first foods..

Nutrients in Apples (one medium apple)
VITAMINS:
Vitamin A - 73 IU
Vitamin C - 9 mg
Folate (important during pregnancy) - 4 mcg
Vitamin E - .66 IU
MINERALS:
Potassium - 158 mg
Calcium - 9.5 mg
Phosphorus - 9.5 mg
Magnesium - 7 mg
Selenium - .4 mg
Also contains small amounts of iron, manganese, copper and zinc.

Source : Wholesomebabyfood
A simple puree apple for your baby from me..Hihihihi....

Using Gala, Fuji, Red Delicious apples... 
Peel, core and cut apples into pieces

Boil or steam until tender.. Make sure the water just enough cover the apples for boil.

Blend the tender apples..

Here ready to serve the apples puree/apple sauce for your baby..
Yummy....

Saturday, February 4, 2012

Solid Food - Puree Avocado

Resepi yang paling mudah for mommy semua sebagai langkah pertama bagi memperkenalkan bayi anda dengan makanan pejal. Selain rasanya yang lemak, avocado juga kaya dengan vitamin C, E dan K. Selain itu ia juga mengandungi antioksida dan potasium dan asid folid yang bertujuan mengelak radang sendi, serangan jantung dan kanser.. 

Avocado juga tinggi dengan lemak... Ya , lemak tetapi 'good fat' yang baik untuk perkembangan dan pertumbuhan otak bayi anda. Sekiranya anda masih risau dengan lemak tersebut sila dapatkan nasihat paediatrician anda. 

Sila amalkan 4 Days Rules untuk baby anda sebelum beralih ke menu yang lain yer..



Avocado yang masak, ambil isinya dan lecekkan.... Untuk baby 6bulan tapis dengan penapis yer... Siap untuk your baby makan.. Senangkan... Cubalah, sangat sedap dan berkhasiat.. sesuai untuk 1st solid food.. 

P/S : Saya pun sangat suka buah nie sekarang..Hihihi