Pages

Showing posts with label My Wishlist. Show all posts
Showing posts with label My Wishlist. Show all posts

Sunday, April 21, 2013

My 2013 Wishlist

Aku masih kuruang sihat lagi. Batuk, selsema dan juga sakit kepala. 2 hari cuti di hujung minggu hanya bermalasan di rumah dengan harapan sakit akan cepat sembuh tapi pagi ni selsema an sakit kepala kembali. This entry aku dah karang cuma tunggu time nak publish saja. Huhuhu, layan jela la ye bebelan aku yang ntah apa - apa ni ye.

Amboi - amboi dah masuk April baru nak tulis wishlist untuk tahun nie. Biasa la, selama nie selalu membusykan diri buat aktiviti dengan anak hingga mengabaikan blog nie. Ni kekonon nak aktif semula berblogging so tulis la my new wishlist untuk tahun nie. Aku nie jarang ada wishlist, kalau rasa nak sesuatu atau nampak benda yang aku teringin atau berkenan aku akan usaha la sampai dapat benda. Tak kisah la samada guna duit sendiri atau ada orang yang akan jadi mangsa aku.. Ngeh, ngeh, ngeh...

So, sekarang aku fikir ok juga bila ada wishlist nie. Kita boleh buat target atau kumpul duit untuk merealisasikan impian - impian tersebut.. Hihihi.. Lebih teratur dan senang nak capai semua impian tue semua. 

My wishlist

1. Mesin Jahit
Aku rasa setiap isi rumah mesti ada mesin jahit kat rumah diaorang tak kisah la walau yang portable saja. Bukan apa, bagi aku senangkan kerja kita kalau ada nak jahit baju atau seluar yang koyakkan. Bagi aku pula aku nampak kegunaannya bukan setakat tue saja, aku ada nampak benda lain di situ. Mungkin nak meeralisasikan impian aku bila aku menjadi surirumah sepenuh masa nanti. Moga - moga impian ini tercapai la hendaknya. Amin

Mesin jahit yang aku nak beli.. Gambar sumber google ok..

2. Percutian Yang Panjang
Tahun aku sempat pergi bercuti awal tahun ja time Chinese New Year.. Pastue dah tak pergi mana - mana. Tahun ni pun pun belum pergi bercuti lagi. Teringin nak pergi bercuti tempat yang dapat menenangkan hati, aman damai dengan anak dan suami. Nak pergi 3 4 hari pastue baru balik umah, best juga tue. Dalam hati nie duk berkira - kira nak ajak suami pergi pulau - pulau, tak pun lebih kurang dapat pergi Cameron pun ok..sejuk sikit.. Genting pun Ok juga, boleh release tension menjerit..Hahahaha

 Pulau Perhentian - tempat yang teringin nak pergi (sumber google)

Cameron - Tempat yang tak pernah jemu pergi (Sumber Google)


3. My Dream Home Sweet Home
Impian ni on the way. InsyaAllah takde apa - apa aral melintang by next year boleh duk rumah baru dan yang penting rumah sendiri. Sekarang ni dalam proses pembinaan, masa aku beli aritu baru time pecah tanah dan aku plak beli fasa 2 punya sebab fasa 1 dah sold so lambat la sikit nak siap. Rumah fasa 1 aku tengok dah siap semua mungkin pemilik tengah tunggu pemaju serahkan kunci agaknya. Tak sabar la nak ada rumah sendiri, nak deco rumah, duduk kat umah jaga anak. Mudah - mudahan rumah aku siap mengikut jadual dan waktu yang ditetapkan oleh pihak pemaju sebab ada pemiliknya yang dah tak sabar nak pindah ni..:)

Aku rasa setakat hari ni, yang list di atas tu je wishlist aku. Diulang ye, setakat hari ini, esok lusa aku tak jamin la, mungkin ada pertambahan ke. Hehehe..Boleh ke camtu, boleh ja dah nama pun impian aku, so suka hati la nak berapa impian pun kan.. Hihihi.. Semoga semua impian dan harapan aku akan tercapai ye. Amin

Thursday, October 4, 2012

2 Tahun Bersama

Assalamualaikum.... 

Alhamdulillah 3 Oct yg lepas aku dan suami dah 2 tahun hidup bersama.. Hidup berumah tangga nie macam-macam pe'el yang kita akan hadapi.. Tipu lah kalau cakap sepanjang 2 tahun nie tak pernah bergaduh, tapi biasa la bergaduh kecik2.. Kadang-kadang bila kita ada argument dgn pasangan kita actually baik juga untuk kita sebab dari situ kita dapat memperbaiki diri sendiri dan juga pasangan agar jadi lebih baik di masa akan datang... Hidup berkeluarga juga perlu tolak ansur dan juga saling faham memahami antara satu sama lain.. 

Apapun aku berdoa dan berharap perkahwinan aku dan suami akan kekal bahagia selamanya sampai akhir hayat..

2nd anniversary aritu aku, suami dan anak celeberate dekat The-Ridge-Teja-by-the-Sea . Saja ajak suami pergi makan kat situ sebab motif utama aku nak santai sambil tengok sunset sebenarnya.. Hehehe..
Pemandangan kat situ memang cantik la, tambah time sunset.. Nasib baik hari tue cuaca pun baik sebab kat Penang sebelum tue asyik hujan ja.. Hari Rabu tue cerah plak, Alhamdulillah macam tau2 ja aku nie nak p tengok sunset..

Sunset yang mendamaikan hati...

Makanan kat situ bagi aku bolehlah.. Dia ada hidangan melayu, chinese and western.. Aku try chicken chop, nasi goreng special udang ( yg nie aku slah order, sebab aku nak yang bubuh dlm buah nenas tapi bila datang macam nasi goreng kat kedai biasa ja), mushroom soup n garlic bread, jus tembikai n kelapa.. Suami aku cakap makanan macam makan kat kedai biasa ja.. 

Kalau tak ada gambar si kecik nie memang tak sah lew...hihihi

Gambar makanan sorry aku tak sempat snap sebab Ayra dah buat amukan time tue.. Dia mengantuk agaknya sebabtime aku amik dia kat rumah babysitter, dia belum tido dari pagi.. Odw kuar dia sempat tido sekajap je dalam kereta pastue dah jaga.. So, mood time nak makan tue dah kureng sikit.. 

Aku juga dah surprise dari suami, terima kasih ye abang sebab hadiahkan ayang phone baru.. Aku actually nak beli sendiri so, macam gigih la simpan duit.. Last2 my hubby dah belikan, hihihi...tq sesangat... Love you so much...

Gambar sumber ehsan google ye...

Aku punya warna putih.. Nak tunggu Note II lambat lagi, lagipun dah orang nak hadiahkan aku terima dengan happynye...



Sunday, October 16, 2011

Wordless and Awesome Sunday...

Hi there...How ur weeekend???
Hihihi, sibuk jer nak tau weekend orang camne kan? Just nak sharing n caring with u all guys.. Me punya weekend boleh la.. Lepak kat rumah dari pagi sampai petang sambil play games Supercow n layan si kecik yang semakin banyak kerenah tue..  
 
My hubby p mana???? Don't asking la. Pagi2 dah kuar p jumpa kawan2 sambil repair isteri no 1 dia ( PES 4033 )...Hahahaha.. Tinggal la me ngan si  kecik di rumah. Tapi takpe boleh la saya habiskan my games tapi hampeh tak leh nak concentrate langsung sebab busy layan si kecik..hehehe
 
Punya ralit duk nganga kat umah tengok-tengok dah pukul 4 wei... Ha ( dengan mulut ternganga luas ) me duk terkontang kanting di rumah tanpa buat apa-apa. Satu kejayaan nie..Kahkahkah, ayat bangga macam kejayaan menang anugerah jer...Tak boleh jadi nie kena call si suami balik dan bawa kami anak beranak kuar jalan-jalan.

Then, misi mencari barang impian pun bermula.. This one i like la... After survey n survey, finallly i got my new baby..Walawei, takkan dah bersalin plak sedangkan Ayra baru jer 3 bulan.. Hahaha, this time me takyah nak masuk labour room menangis n tahan sakit bagai la or rasa macam mana my perut kena belah sambil terasa ada orang duk proses my perut cam main bedah-bedah waktu kanak-kanak dulu. My new baby nie pergi beli kat kedai jer.Hehehe, tapi ketaq tangan juga la nak kuarkan duit. Opps, tapi bukan duit saya duit hubby. Jangan salah sangka yang saya megikis duit suami pulak tau, saya pinjam dulu nanti dapat gaji bayar la. Tapi kalau wat-wat lupa nak bayar pun ok juga. Hahaha..

Ini dia my new baby....Jeng,jeng,jeng......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Yeeaaaaaayyyyyy.....finally...

Dapat juga akhirnya.. Walaupun bukannya pandai sangat pun nak guna macam mana. D3100 nie sesuai la for a beginner like me nie. Lagipun bukan nak guna wat job kahwin apa ker just nak amik gambar kami sekeluarga jer..Hehehe.. Kami nie kan kaki jalan, so camera lama saya yang agak uzur tue dah tak larat nak digunakan lagi. Hehehe..
 
P/S: Misi hari nie nak baca manual and amik gambar Ayra..Hehehehe..

Thursday, October 13, 2011

Antara DSLR dan Samsung Galaxy Yang Mana Satu Pilihan Kalbu

Haiiii semua.....

Sedar tak sedar dah masuk pertengahan bulan Oktober dah kan. Ada 2 bulan setengah lagi jer kita nak say byebye to 2011 and welcome 2012. Yang awal tahun duk berazam dulu camne? dah tercapai ker semua azam anda? Duk tanya orang tapi diri sendiri dah tercapai ker?...Hehehehe..

Saya mana ada azam pun cuma berharap dapat menjadi isteri dan juga ibu yang baik  jer..Rasa-rasanya saya dah buat yang terbaik tapi tak tau la berapa markah yang akan saya dapat kalau tanya kat suami dan anak.
Tapi bila dah sampai hujung tahun nie baru terasa plak nak ada wishlist..Hahaha.... boleh ker macam tue..Boleh la yer...Layan

Memandangkan baru-baru nie pergi bercuti tapi bila nak amik gambar camera lama saya tue asyik abis bateri jer. Tension betul, jadi perasaan nak beli camera baru sangat la membuak-buak ne. Di tambah plak dengan hasutan dan godaan dari my sis punya dslr lagi la buat saya tergedik-gedik nak beli. Dalam hati duk berkenan yang bawah nie la. Sesuai la dengan budget sendiri ( nie pun selepas berjaya memujuk suami untuk bayar separuh...hahahaha)


Tapi dua tiga hari nie budak - budak opis duk asyik menayang plak handphone Samsung Galaxy mereka, aduh dah tersyok plak tengok. Macam nak handphone la plak...Selepas menjalankan aktiviti survey di internet (kerja berlambak tak buat duk layan internet) terberkenan la plak dengan beberapa model Samsung di bawah..

Samsung Galaxy S II
 
@

Samsung Galaxy S L

Nie kalau bagitau encik suami nie mesti garu kepala pulak la dia...Hehehehe


Wednesday, November 3, 2010

Kepada Yang Baik Hati, Tolonglah Saya....

Kepada sesiapa yang berada di luar sana dan telah membaca entri ini, tolonglah saya jika anda baik hati...Huhuhu..

Tanpanya di sisi menjadikan hidup saya bertambah susah dan rumit... segala yang dilakukan tak sempurna tanpa kehadirannya... Bilakah agaknya kau akan hadir dlm hidupku dan menyinari hidup ini yang telah lama menantimu..wawawawa...Ayat yg penuh jiwang.. Ada tak yang terasa nak membantu? Hehehehe...

Enagkau yang saya maksudkan adalah tidak lain dan tidak bukan.......Jeng...jeng...jeng....
Tadaaaaaaaa.......

sebuah peti ais.......

Ada tak insan yang baik hati sudi kiranya memberikan saya sebuah peti ais...Huhuhu....Susah betul tak ada peti ais nie.. Tambah pula dengan saya yang suka masak dari beli dari kedai.. 

Gaji bulan nie ingat nak beli la, tapi cam tak boleh jer... Kan best kalau saya bergaji beribu raban sebulan...Paling tak dapat peti ais yang kecil pun jadilah..Tapi, gaji yang dapat pun xsempat nak cover lagi hidup lepas kenduri.. Tak pe, sabar-sabar.... Insyallah, bulan depan leh beli kut..Hehehe...

Tapi, tawaran masih lagi dibuka kepada sesiapa yang rasa baik hati untuk membantu saya sbb gaji anda 2 bulan lepas pun lagi guna bolehlah hubungi saya yer.. Hehehe... Ada ke orang yang begitu baik hati camtu di dunia ini....