Aku ni sebenarnya memang suka memasak, terutama masak untuk suami dan anak. Tapi takde la pandai sangat setakat nak menjamu tekat suami dan anak tue boleh la. Nasib baik juga suami aku jenis yang tak susah nak jaga perut dia ni. Masak apa pun dia makan dan dia sejak kahwin memang dah jarang makan kat luar sebab dia lagi suka makan kat rumah. Mungkin isteri dia masak sedap agaknya bagi dia.. Hihihi..
Berbalik pada cerita karipap, aku ni 1st time buat karipap ni. Tak pernah tengok atau buat orang buat pun selama ni. Betul - betul berpandukan resepi dari internet saja. Bab bahan dan cara nak buat adunan dengan inti tu aku tak kisah sangat tapi bab nak kelim karipap tu memang aku tak reti langsung. Main google tengok kat dia punya step by step kat internet ja. Maka, jadilah karipap yang tak seberapa rupanya. Walaupun tak berapa menarik tapi rasa not bad tau. Jom kita tengok resepi untuk karipap yang aku buat. Resepi aku amik kat blog Izzah Muffin dan resepi asal dari Ros . Resepi asalnya tuan rumah buat karipap ros jepun, tapi budak 1st time buat karipap macam aku mana la mampu nak buat ros jepun semua, so aku buat karipap biasa ja. Selamat mencuba ye kawan - kawan
Cara - caranya:
Bahan - bahan :-
400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk
Garam
(aku cuma buat separuh dari adunan asal)
Caranya :
1. Ayak tepung gandum. Kemudian panaskan minyak masak dan marjerin dan tuang dalam tepung tadi. Dengan gunakan senduk kacau adunan hingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan garam ke dalam air sejuk dan kemudian tuang ke dalam adunan roti tadi sedikit demi sedikit.
3. Uli doh sehinga semua adunan sebati.
4. Rehatkan 1/2 jam supaya aduanan mudah dibentuk.
Inti
2 biji kentang (dipotong dadu)
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar udang kering (ditumbuk halus)
Isi ayam yang dicincang halus
Sedikit daun kari
Bawang
Cara - caranya:
1. Tumis bawang dan daun kari hingga garing.
2. Masukkan serbuk kari dan cili kisar. Bila agak garing masukkan udang kering dan isi ayam. Masak sebentar
3. Kemudian masukkan kentang dan air. Masukkan sedikit garam
4. Masak hingga kentang empuk dan kering.
Dah siap buat doh dengan inti, bolehlah menjalankan proses kelim karipap. Aku bulatkan doh kecik - kecik then gelek agak - agak tak tebal atau nipis sangat. Masukkan inti sebanyak mana yang anda mahu. Kemudian kelim karipap anda.
Goreng guna api sederhana hingga masak. Hidangkan dan makan time panas - panas memang sedap.
Inilah rupa karipap hasil tangan orang 1st time buat.
Maaf ye gambar phone ja, memang menarik.. Hihihi
No comments:
Post a Comment