Pages

Showing posts with label Nur Ayra Daleela. Show all posts
Showing posts with label Nur Ayra Daleela. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

Nur Ayra Daleela Turn 19months

Lama tak bercerita pasai anak. Aku bukan apa dah jarang nak update blog sekarang ni.. Laptop aku rosak dah berzaman pun belum p hantar repair. Kalau kat rumah guna phone ja ok, so bila nak update guna phone amatlah tak puas hati nie. Kat opis plak malas nak update sebab biasalah bila nak menulis ni perlu take time juga.. Dah tulis, 2 3 kali plak nak baca. Takkan aku nak pergi kerja semata - mata update blog. Mana boleh wei, walaupun kerja aku bukan la sibuk sangat tapi aku nie masih waras lagi dalam menggunakan masa yang ada kat opis tue buat benda lain. Aku buka pun jap2 je, bila free aku karang sikit apa yang aku nak karang then save, bila aku ingat nak pos aku pos.

Ok, nak cerita perihal anak dara aku yang sorang ni. Buah hati pengarang jantung aku. Sekarang dah masuk 19 bulan dah, lagi 3 bulan dah nak 2 tahun. Cepat gila masa berlalu, terasa lagi time aku nak bersalin kan dia dulu, punyalah sakit and now dah besar dah anak aku.

Perkembangan Ayra setakat 19bulan

1. Semakin potpet potpet.. Alhamdullillah Ayra ni cepat mulut juga. Sekarng dah pandai cakap. Kalau keluar mana - mana kalau aku duk bercakap dengan dia orang mesti tanya berapa tahun. Bila aku cakap 19 bulan semua cakap pandai ye bercakap. Hahahahaha..memang pandai sampai kadang - kadang tak terlayan aku ni nak melayan dia. Nak tue nak nie, yang tue tak kena yang nie tak kena. Tapi Aaa la juga benda yang dia sebut aku dan ayah dia tak paham tapi nampak dia memang cepat la bercakap.

2. Ayat kesukaan dia sekarang nie, kalau apa - apa je mesti cakap " Ayra xmau kawan ngan mama atau ayah" tapi selalu dia xmau kawan dengan ayah la. Dengan mama mana boleh tak kawan kang tak dapat nenen..hihihi

3. Dah pandai merajuk budak kecik ni. Pantang la marah atau tegur dia apa - apa, terus tutup mata dengan tangan pastue mencebik atau meraung terus. Kalau kena marah teruk meraung kuat - kuat pastue bila kita pujuk datang la peluk kita sambil cakap mama marah Ayra.

4. Bahasakan diri dia Ayra.. Kalau cakap sekarang nie, mesti sebut nama sendiri contoh Ayra nak makan.. Ayra nak mandi.. Ayra nak main game.. Tapi bila sebut Ayra tue, macam Lisa Surihani plak, pelat 'r'.. Ayah dia la yang selalu ajar sebut betul - betul. Aku plak suka ja dengar..hihihi.. Bagi aku mungkin dia kecik lagi, n budak - budak bawah 2 tahun memang agak sukar bila nak sebut huruf r, s semua tue...

5. Addicted to phone. Pantang nampak phone aku atau ayah dia, menjerit nak phone. Sampai berebut la dengan dia. Nak tengok youtube la, main game la dan sekarang suka sangat we chat dengan mak sedara n pak sedara dia. Kalau dah buat video call tue, kalau kita kata bye2, mau la dia mengamuk xmau letak.. Habis phone dia baling semua.. Huhuhuhu

6. Berat terkini belum timbang tapi nampak sudah berisi sikit. Selera makan makin bertambah sekarng nie, dah mau makan ayam goreng semua sebab sebalum ni kalau makan dia makan kuah ngan sayur dan nasi ja. sekarang kalau nampak ada ayam goreng atau ikan goreng dah pandai minta nak. Tapi tue la, dia ni gelojoh sikit bila makan, bila makan selalu ja nak muntuh sebab dia suka sumbat banyak2 dalam mulut pastue terus nak telan. Jenuh aku ajar nak kunyah macam mana..

Lain - lain perkembangan nanti aku update untuk next entry plak ye.. Sekarang aku nak aktif balik berblogging. Aku dalam keadaan stress ni menghadap keadaan sekeliling so bila berblogging dapat la aku luahankan apa yang aku rasa.. Huhuhu... Akhir kata welcome back to me..



Wajah kesayangan mama dan ayah.. Semoga menjadi anak yang solehah dan berguna di masa depan.

Thursday, September 6, 2012

Happy 14months Old Nur Ayra Daleela

Aku rasa dah lama tak bercerita tentang puteri kesayangan aku  nie... Hari nie, genap 14 bulan usia Ayra, emm cepat saja masa berlalu... Hari tue time dia 1y aku takde plak nak tulis kat sini, hihihi pelik btoi mama Ayra nie kan... Bukan apa, aku tengah bosan di opis nie, sambil tue curi - curi la time jap untuk update blog..Hehehehe...

Just nak kongsi Ayra punya progress setakat berusia 14bulan nie...

1. Berjalan dah laju  -
Ayra start berjalan umur 1 tahun.. tue pun selepas tengok seorang baby yang tua sebulan dari dia berjalan.. Dia punya la usya budak tue, lepas budak tue balik je, terus dia bangun berdiri sendiri, pastue duk bertatih.. Semua orang penat melayan dia time tue sebab dia xmo duduk langsung..Hehehehe.. Lepas tue terus leh berjalan... Good girl..

2. No more exclusive bf 
Sejak bulan puasa aritu Ayra dah mau minum susu fm.. Sorry Ayra mama, terpaksa campur sebab my breastmilk punya production dah makin merudum.. Bila supply kurang tapi demand tinggi, mama no choice selain bagi ja susu fm untuk Ayra..Mama tak rela nak biarkan anak mama kelaparan semata - mata nak bg bf sampai 2 tahun.. Tapi sekarang kalau duduk dengan aku, Ayra still bf, sebab dia xmo plak fm.. Kalau duduk dengan bs ok ja dia minum fm.. Bagi aku, ok la tue, sebab aku pun still nak menyusukan dia..

3. Mulut semakin bising 
Sekarang nie dah pandai sebut beberapa perkataan dah.. Antaranya mama, yah untuk ayah tapi kadang2 ayah pun dia panggil mama.. Kalau nak sesuatu mesti cakap nak sambil jerit dengan kuat, bingit betul.. Pastue kalau dia berak, kita tanya Ayra berak ker, sambil muka keruk2 sebut uk-uh, uk-uh..Hahaha, lawak betul.. Pandai ajuk orang juga, kita sebut wait, dia pun wait, sebut no, dia pun no...Lepas tue dah pandai kenal dan tunjuk bila kita tanya mana mama, ayah, tok, makteh, tapi org tue kena ada depan dia selalu la..kalau lama tak jumpa dia pun lupa..Nampak burung bird, nampak ikan, fish..nampak atau dgr bunyi kapal terbang mesti sebut lane sambil bubye..Sangat suka kalau nampak kucing, mesti menjerit sambil sebut cat..

4. Rambut dah semakin banyak dan panjang
My doter nie mewarisi genetik aku bab rambut nie, sebab rambut dia lurus dan halus.. Tapi tue la nipis dan tak banayk macam rambut aku.. Sekarang dah boleh nak buat tocang kecik..hehehe.. Dulu lagi tak nampak rambut, kening sampai sekarang orang akan cakap dia takde kening..huhu

5. Dah pandai dengar arahan
Sekarang nie, aku dah ada pembantu kat rumah..Kalau nak minta apa2 boleh harapkan si kecik nie juga tapi untuk benda2 yang dia kenal la.. Macam nak amik remote ker, dah boleh suruh dia.. Barang2 dia lagi senang sebab dia memang kenal barang2 dia, macam bantal, bedak.. Tapi buat sepah pun lagi hebat dari suruh amik barang.. Last2 mama juga nak kena kemas..huhuhu

Apa - apa pun mama dan ayah sangat sayangkan Ayra... Walaupun ada benda kecik je yang Ayra dapat adopt mama dan ayah tetap bangga dengan Ayra....Love you so much....

Latest pic Ayra..Time pergi hantar paksu dia kat UMP last week...
Gambar pun ehsan Mira (my sis)...



Thursday, October 13, 2011

Update Ayra Checkup 3months and Pad Smear

Assalamualaikum...
Hari nie mood nak berblog dah dtg, tapi bukan nak menyampung cerita bersalin aritu tau tapi nak cerita aktiviti hari nie dan minggu lepas..Hehehehe...Tadi pagi bawa Ayra pergi klinik untuk 3months punya checkup... Sekejap saja masa berlalu, dah 3 bulan anak mama nie...
Sehari sebelum genap 3 bulan Ayra dah boleh meniarap dengan jayanya..Yeeaaayyy, bagus anak mama nie tapi dia meniarap kat umah bbsitter jer. Bila balik umah tak plak dia nak meniarap...huhuhu..Mama ngan ayah nak sgt tengok Ayra meniarap.. Tadi timbang berat pun dah naik. Mama mmg excited nak tau berat terbaru Ayra sebab ramai yang cakap Ayra nie kecik jer, ker saya tak bagi minum susu dengan cukupnya. Sedih saya orang cakap macam tue sebab Ayra memang kuat menyusu tapi badan still nampak kecik. Orang yang bercakap pun mulalah suggestkan beri Ayra makan. Saya dengar dan angguk jer la, malas nak cakap apa2.. 3 bulan terlalu kecik lagi jer nak beri makan, tunggu la 6 bulan nanti mama bagi Ayra makan k..So, bila timbang tadi mmg berdebar2 sebab saya target sekurang-kurangnya biarlah 5kg ke atas.. Alhamdulillah berat Ayra dah 5kg, naik sekilo dari bulan lepas. 

Ayra sekarang pun macam dah boleh faham kalau kita panggil nama dia. Dia akan kalih muka kalau orang panggil dia tapi kena panggil 2 3 kali juga la. Pastu dah pandai nak main2 sekarang nie. Time menyusu pun nak main-main juga, sempat sengih-sengih dulu baru nak isap susu, pastu sengih balik, pastu sambung isap. Seronok sangat tengok dia...Comel n cute sangat..Tapi bila mood dia tak baik jangan harap nak senyum dah tapi pandai mengamuk bila lambat bagi susu kat dia, menangis sungguh2 nie sampai kena pujuk dulu baru  nak minum susu balik. Time tidur plak dah semakin buas macam mama dia..Kahkahkah...Terjaga malam tengok kepala dah bukan atas bantal dah, bantal tepi pun dah ke mana, badan pun dah berpusing.. Ish,ish,ish... Anak dara sapa la nie...Hehehehe. Notis juga yang dia suka tengok lampu, kalau pergi mall ke mana-mana lampu la yang dia tengok. Masuk kereta bila lampu dalam menyala sengih sampai telinga dia.

Tadi saya juga dah buat pad smear.. Macam mana rasanya, biasa jer cuma agak ngilu sikit jer la. Sakit lagi kena selup time nak bersalin aritu..Hehehe..

Last weekend aritu saya n family in law saya pergi ke Seremban untuk tengok sister in law saya konvo. Abis jer konvo kami sempat la ke Melaka berjalan-jalan.. So, layan la gambar waktu kami kat sana. Tapi gambar konvonya takde pun sebab cabel kamera ntah hilang ke mana nak upload gambar pun tak boleh. Semua gambar di bawah gambar yang dalam phone buruk saya jer..huhuhu
Budak kecik...:)

Ayra with Maksu

My family in Law

Ayra jadi koboi...hehehe

P/S: Sebab camera lama tue dah semakin uzur perasaan untuk beli d3100 semakin membuak-buak nie..(my wishlist)

Thursday, September 15, 2011

Detik Kelahiran Ayra

Dari mana nak mula perjalanan detik kelahiran buah hati pengarang jantung saya dan juga suami pun masih terfikir-fikir.. Macam tak tahu nak start dari mana dulu yang pasti kelahiran Ayra yang kini menjadi penyeri hidup kami berdua adalah satu anugerah yang tak ternilai dari Yang Maha Esa. Momen yang dirasai sekarang nie sangat lah indah sekali hingga terlupa segala detik saya meraung, menangis, menahan sakit, letih, dan macam-macam lagi sewaktu kelahiran Ayra.

3 Oktober 2011
Sepatutnya saya bersalin hari ini tapi nampaknya Ayra masih mahu dan selesa lagi berada di dalam perut saya walaupun saya dah tak sabar nak Ayra keluar. Seminggu sebelum due date lagi saya dah berharap Ayra keluar kerana perasaan tak sabar dalam diri untuk  melihat si kecil. Namun keadaan diri yang semakin letih dan penat juga menambahkan perasaan hati yang mahu baby cepat keluar. Hari nie juga saya baru bertolak pulang ke kampung kerana mulanya fikir nak bersalin di Penang jer, tapi still sihat so i change my  mind.

4 Oktober 2011
Lepas suami hantar semalam, pagi nie dia pun nak berangkat pulang tapi dapat pula perkhabaran yang saudaranya di Simpang Taiping meninggal, jadi suami pun pergi ziarah dahulu. Hari tue saya mula terasa semacam, sakit mula terasa sikit-sikit tapi buat tak endah memandangkan belum turun tanda nak bersalin. Pukul 6 ptg terasa keluar sesuatu dan perasaan saya tiba-tiba je jadi lain. Terus ke bilik air dan check ada sedikit darah. Sepantas kilat call suami tanya dia dimana, dan nasib sungguh baik sebab dia baru jer nak bertolak ke Penang. Saya terus cakap " tak yah la balik Penang, tapi mai umah mak balik"...."kenapa" suami pula bertanya. " Ayang dah turun darah nie".. serta merta je dia jawapan ok. Dalam pukul 8 lebih baru saya, suami dan mak bertolak ke Hospital Taiping. Selesai isi borang semua, doktor pun datang bertanya soalan dan detik ngeri yang pertama pun bermula bila dia cakap nak check bukaan. Jantung terus laju jer berdegup, selama nie dengar dan baca pengalaman orang jer dan kini amik ko rasa sendiri. Mula-mula doktor check takde la rasa sakit pun, dalam hati cakap tak sakit pun rasa ngilu sikit jer nape orang cerita sakit. Kemudian datang pula doktor lain bertanya dgn doktor tadi, oh rupa-rupanya doktor pelatih. Doktor yang betul-betul nie pun cakap nak check bukaan sekali lagi. Masa tue baru la saya mengiakan cakap orang lain. Memang sakit, terasa sampai ke perut jer. Terus terngiang-ngiang perasaan time tue sekarang nie. Hati nie duk cakap bodoh tul doktor nie punya la sakit dia check. Masa tue baru 2cm bukaan. Saya tengok sarung tangan doktor tue penuh darah selepas dia keluarkan. Walaupun baru jer 2cm saya kena juga admit hospital malam tue. Jadi tidurlah saya di hospital sementara suami dan mak tidur dalam kereta sebab diaorang jangka saya dah nak bersalin walaupun saya dah bagitau macam lambat jer lagi. Jangkaan saya memang tepat sekali, dah 2hari 2malam menginap di hospital pun masih belum bersalin. Perut jap sakit jap tak, sakit pun sakit sikit jer. Rasa macam nak minta balik ke rumah jer.

6 Oktober 2011
Hari ke-3 di hospital macam-macam ragam orang boleh tengok. Tapi paling best bila tengok orang sebelah kita dah ada baby dah. Best betul tak sabar nak tengok anak sendiri pulak. Hari nie saya mula terasa sakit yang makin kuat dan kerap. Tiap kali sakit saya tengok jam, makin lama makin kerap. Dari sejam terasa sakit sekali dua terus jadi empat lima kali sakit. Hati makin berdebar-debar. Bila dah malam terasa sakit makin kerap. Saya pun bertanya dengan kawan di belakang saya sebab dia dah berpengalaman besalin sebelum nie. Saya juga bgtau sakit saya makin kerap nie. Dia suruh saya check jangka waktu sakit. Sakit makin kuat dan kerap. 5min sekali sakit dengan perut mengeras, badan pula menggigil. Sampai satu saat saya dah tak tahan, saya panggil kawan tadi cakap tak tahan sangat dah. Dia terus jerit panggil nurse yang lepas tue berlari sambil tolak wheelchair mai kat saya. Dia bawa saya pergi check bukaan dulu, bila check dah 5cm. Dia cakap dah boleh masuk labour room dah. Saya pe lagi terus gelabah, kecut perut sambil hati cakap ya Allah anak mama dah nak keluar. Sempat minta call husband dulu sebelum di tolak masuk labour room dan tengok jam dah hampir 12 mlm. Anak mama mungkin lahir 7.7.2011, sempat saya berkata sendiri....

Bersambung............

Monday, September 12, 2011

Suntikan 2 bulan

Salam semua...

Hari nie bawa Ayra pergi cucuk 2 bulan. Macam biasa sebelum cucuk timbang berat n tinggi dulu. Berat Ayra sekarang 4.1kg jer, walhal Ayra dah kuat makan sekarang nie. Tapi mungkin berat dia tak naik banyak sebab dia kerap muntah balik susu sebab batuk. Kesian kat Ayra. Tadi jumpa doktor pun doktor tak bagi ubat sebab Ayra menyusu badan jadi doktor cakap susu ibu boleh bagi antibodi kat baby.Just keep continue bf Ayra jer. Alhamdulillah juga sebab sampai sekarang Ayra still lagi fully breastfeeding dan saya juga wish dpt bf Ayra sampai 6 bulan. Insya Allah kalau ada lagi rezaki Ayra saya nak menyusu badan sampai 2 tahun.

Lepas jumpa doktor tadi baru Ayra kena cucuk untuk usia 2 bulan. Menangis kuat la Ayra, dah la dia tengah sedap duk tidur pastu kena kejut n cucuk pulak. Pastu nurse plak bgtau suntikan nie juga boleh buat baby demam but depend on baby punya antibody la.. Harap2 Ayra kuat la, yela dah la sekarang  nie dia masih batuk, so kalau demam plak mesti lagi kesian kat dia.

Tadi nurse pun ada cerita pasal pad smear. Mula-mula mmg ingat nak buat tadi juga la, tapi pas Ayra kena suntik tue dia duk merengek tak nak duk mungkin sebab sakit, kesian plak kat dia. Yela nak wat pad smear tue nak kena amik air kencing la, darah la terus cancel la. Takut juga nak wat pad smear, ada orang kata sakit. Tapi tadi tanya nurse dia kata tak sakit pun, orang je kata sakit. Tak tau la kan mana betul, sebab belum buat. Huhuhuhu.. Tapi apa2 pun kena buat juga terutama bagi mereka yang dah berkahwin. Pad smear nie penting bagi wanita, sebab wanita sekarang mudah terdedah dengan penyakit rahim contohnya kanser pangkal rahim. Jadi bila kita buat pad smear, dapatlah kita mengesan atau mengelak penyakit2 macam tue. Jadi kepada semua wanita di luar sana sama2 lah kita pergi buat pad smear ye.. Hehehe



Friday, September 9, 2011

Ayra Lagi

Hi....

Sebenarnya nak bercerita tentang pengalaman bersalin aritue tapi baru jer mengarang terasa malas la plak.. Yela nak kena recall balik semua benda take time juga tue.. Jadi nanti2 la saya post pengalaman time deliver saya tue yer... Hehehe.. Sekarang layan jer la gambar buah hati pengarang jantung saya... :)

Time nie Ayra ada rambut lagi...

Nie lepas kena cukur rambut..

Ayra dah pandai gelak bila org bermain dgn dia..:)

Dah macam Santa Claus plak Ayra..Hehehe

Bila tengok dia nie hati gembira jer.. Sayang anak mama..Muuuuaaahhhh...

Tuesday, September 6, 2011

Bila Ayra Tak Sihat

Salam... 

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir & batin kepada mereka yang mengenali diri ini.. Agak lama saya tak update new story kat sini kan? Bukan apa, masa berpantang kat kg internet slow sgt, jadi mls nak update2 sbb terlalu lembab.. Sekejap jer dah 2 bulan dah saya bercuti. Semalam saya dah start kerja semula. Terasa malas sangat. Bukan apa, tak sampai hati nak tinggal dan berjauhan dengan Ayra..Huhuhu... Dah la Ayra tak berapa sihat sekarang nie.. Kesian Ayra sebab dah kena batuk dan selsema..

Bila duk kat ofis asyik teringat jer kat dia.. Nasib baik baby sitter cakap dia ok cuma bila dia batuk dia akan nangis jap sebab dia try nak kuarkan kahak tapi boleh sebab tak reti lagi.. Saya tengok pun kesian.. Bayangkan kita kalau batuk pun terasa sakit dada inikan dia yang kecik tue.. Semalam dah pergi jumpa doktor dia ada bagi ubat.. Hari ini batuk dia dah kurang la sikit. Mudah-mudahan cepatlah dia sembuh.. Bila tengok dia macam tue rasa sedih dan kesian sangat kat dia. Saya harap dan rela saya yang sakit tapi bukan dia..Huhuhu.. Ayra, mama sayang sangat kat Ayra.

Try juga cari petua2 untuk legakan batuk dan hilangkan kahak tapi bila cuba macam tue juga. Kalau ada sesapa yang ada petua leh la kongsi dengan saya yer..:)

Monday, July 11, 2011

My Baby Girl

Assalamualaikum.........

Hai semua... Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan baby gurl pada 7/7/2011....
Nanti say ceritakan pengalaman bersalin saya yang amatlah sakit tapi berbaloi bila dapat melihat si kecil tue...
Dan sekarang nie saya ada kat kampung saya untuk berpantang...


Gender : Girl
Weight : 2.56kg
DOB : 7/7/2011
Time Delivery : 7.20am
Name : Nur Ayra Daleela Binti  Muhammad Sofian

Nanti saya update lagi pasal my baby....