Pages

Tuesday, April 23, 2013

My Echiladas

Assalamualaikum. Apa khabar semua.. Aku arini dah semakin sihat selepas mengalami sakit kepala yang teramat sangat semalam. Alhamdulillah hari ni ni semakin baik dan berdoa semoga hari - hari mendatang di berikan kesihatan yang lebih baik lagi. Amin

Ok, hari ini nak share dengan semua new resepi yang aku buat baru - baru ni. Semua ni sebab terpengaruh tengok blog Salam 2 Benua punya pasal la ni. Sesapa nak tengok pakar buat boleh ke blog tersebut dan anda pasti teruja. So let check the recipe of our menu today Echiladas yang aku cedok dari blog Salam 2 Benua. 

Untuk filling, aku cedok link yang sama diberi oleh Salam 2 Benua kat sini inti / the mince beef filling dan untuk sos pula aku amik kat sini sos echiladas. Tapi aku ada tukar sikit the ingredient tue depends on apa yang ada dalam peti ais aku la. Untuk inti tue aku gantikan red bean dengan baked beans, then aku gantikan sayuran dengan carrot, celery. Lepas tue, the sos n filling tu asal resepi adalah pedas ye, sebab dia ada masukkan cili powder. Memandangkan aku nak bagi Ayra makan juga so aku buat dia tak pedas la. Still letak cili powder tapi sikit sangat. Bagi rasa hujung - hujung pedas je. Sebab tue aku punya sos color dia kurang merah sebab aku tak nak pedas.

1. 1st step masak sos dan juga filling. Untuk the filling masak sampai kuah pekat dan kering ye.. Nampak sedapkannnn..

2. Bila semua dah masak tiba la masa untuk membalut echiladas anda ye. Untuk wrapping aku guna tortilas punya wrap.

3. Letak lah sebanyak mana inti yang ko mahu kan. Then, letak cheese dan gulung kemas - kemas dan susun dalam mangkuk atau bekas untuk dibakar nanti ye.

4. Susun kemas - kemas dan rapat - rapat echiladas tu dalam bekas. Oh ye, sebelum tue tuang separuh sos tadi dalam bekas then baru susun the wrapping tue. Lepas tue tuang semua sos atas wrapping tadi. Kemudian tabur la cheese sebanyak mana yang korang mahu.
5. Dah susun kemas masukkan dalam oven pada suhu 200'C sehingga cheese dan echiladas agak keperangan.

 Rupa bila dah masak

Hidangkanlah bersama salad kegemaran korang. Makan macam tue saja pun sedap.

Untuk pertama kali makan benda ni yang dimasak sendiri juga adalah sedap... Well done to me. Hubby pun cakap sedap dan dia la yang makan paling banyak. Ayra pun makan juga maksudnya ok la tu. Lain kali boleh buat lagi.

Kepada semua selamat mencuba resepi ini ye.. Gambar semua aku amik dari my IG ok. Sejak ber IG ni bagai aku dah malas nak keluarkan camera untuk snap gambar. Kesian dia duk terperap dalam beg je, nak kena asah balik skill bergambar ni.


No comments:

Post a Comment