Pages

Tuesday, May 7, 2013

Tips Untuk Kurus?

Aku sekarang dalam proses menurunkan berat badan ni. Sedih dan tak sanggup tengok dah isi yang berlebih kat badan. Tapi kenapalah susah sangat nak turunkan berat badan ye. Aku dulu time sekolah menengah and time kat uni berat aku lebih kurang 54kg - 56kg la. Berat kan..Huhuhu. Tapi bila aku start kerja maintain la 50kg. Kalau naik pun 51kg la, time aku nak nikah aku turun 49kg. Rasa kurus sangat time tue, orang duk cakap kurus la, baju nikah pun longgar ja pakai time tue. 

Pastue aku pregnant, time 1st trimester berat aku turun mendadak sebab aku memang tak lalu nak makan. Nak muntah ja terutama time malam. Aku memang tak makan malam sebab kalau makan malam mesti keluar balik. Time tu berat aku 46kg kot. Orang pun tegur ko pregnant ke apa makin kurus. Aku masa 4 5 bulan pun boleh pakai lagi seluar jeans aku sebab memang perut kecik ja. Tapi lepas ja aku abis alah semua, amik ko berat naik mencanak - canak tau. Last sebelum deliver berat aku adalah 70kg tau. Amik sepanjang pregnant berat aku naik sebanyak 20kg.

Lepas bersalin je, berat aku turun la. Dari 70kg ke 60kg lebih - lebih aku pun tak ingat berapa kg. Aku rasa sebab aku menyusukan Ayra sebab tu berat aku cepat juga turun. Tapi aku masih belum puas hati sekarang ni, yela selepas hampir 2 tahun melahirkan Ayra berat aku terkini adalah 57kg. Ayoyo masih jauh lagi ke angka sewaktu aku bujang dulu. Aku still berhasrat nak capai berat 50kg, tapi kalau xdapat paling teruk pun 53kg pon aku dah puas hati la. Tapi tu la, macam mana la aku nak turunkan lagi  4-5kg lemak dan isi - isi lebihan ni ye. So, aku pun gigih la mengoogle di internet supaya impian aku ni tercapai.

Inilah tips yang aku dapat di internet cara untuk kuruskan badan dengan cara sihat tanpa perlu makan atau sapu segala jenis produk pelangsingan.

1. Kawal Pemakanan
Apa itu kawal pemakanan yang kita perlu tahu dalam proses untuk kurangkan berat? Senang saja, makan makanan yang berkhasiat, elakkan makanan segera atau fast food macam mc'd, kfc, kalau nak sebut semua di sini berlambak - lambak. Ini kerana ia mengandungi bahan perasa, gula, lemak dan berbagai lagi sumber yang tidak diperlukan badan kita. Banyakkan makan sayuran dan buahan. Cuba kurangkan jumlah karbohidrat tapi tambah serat dalam makanan. Kalau rasa tak boleh la sehari tak makan nasi, makan ja setiap hari tapi ambil dalam portion yang sedikit iaitu kurang atau 1 senduk sahaja dan banyakkan lauk anda. Selain itu, boleh juga cuba makan 5 kali sehari tapi ingat dalam kuantiti yang sedikit kerana badan kita selalunya memerlukan 4 - 5 jam untuk proses penghadaman makanan, so make sure before after 4jam makan, jamah semula sebelum lapar kembali. Kerana apabila kita sudah lapar kita akan makan dalam kuantiti banyak. dan yang paling penting jangan skip breakfast kerana lah pembekal tenaga bagi kita untuk memulakan aktiviti seharian. Kalau kita skip breakfast so bila time lunch confirm punya kita akan makan berganda sebab enrgy takdak lepas tue lapar teramat - amat bila tengok makanan nafsu pun bermaharajalela.
Macam mana aku hadap tips yang ni, ko ingat senang ka bila kita kena kawal apa yang kita makan kalau selama ni kita duk hentam kaw kaw punya. Tapi demi nak kuruskan badan aku cuba juga. Kalau makan aku akan kurangkan the portion of the nasi, kalau dulu bukan sesenduk wei tapi siap bertambah - tambah bila makan tapi sekarang aku just makan paling tinggi sesenduk ja. Dan cara yang paling mujarab bagi aku adalah aku makan sepinggan share dengan Ayra. amik sesenduk lepas tu bahagikan Ayra punya 1/3 aku 2/3. Abis suap dia aku makan bahagian aku pula. Hihihihi. Aku sekarang makan nasi pula sekali sehari ja, xpon 2hari sekali. Macam aku still breasfeeding Ayra so aku perlu make sure bekalan susu untuk Ayra still berjalan walaupun aku diet. Banyakkan makan sayuran dan juga buah - buahan juga.

2. Minum 3 - 4 liter air

Tips no 2 yang popular bila aku search ialah minum air 3-4 liter sehari dan air tu jangan plak ko bantai air coke, teh ais semua tu. 3 - 4 liter tu adalah air masak yakni air yang bebas dari unsur gula yang juga merupakan punca kegemukkan. Tips ni nampak mudah tapi ada je orang tak suka nak buat sebab alasan kalau minum air banyak nak kena pergi bilik air kerap la. Macam aku memang suka lagi minum air kosong dari air bergula. Tapi dulu aku minum paling kuat 2liter ja, tapi sekarng aku akan pastikan setiap hari paling kurang mesti cukup 3 liter aku minum. Tapi selalunya lebih la, sebab aku kalau kat ofis pun dah 3liter aku minum air campur dengan kat rumah 1liter lebih kurang 4 liter juga la sehari. Actually minum air kosong banyak sangat bagus untuk proses penghadaman kita. Bagi aku la, kalau orang lain aku xtau la rasa yang sama ke tak ye, tapi kalau aku kerap minum air, aku akan kurang rasa lapar. So aku suka lah sebab bila dah kurang lapar tak rasa la nak makan. Di samping tu, bila kita minum air banyak kan selalu nak terkucil dan asyik nk ke toilet je kan, bagus la tu sebab bila kita kerap berjalan ke toilet itu kira senam juga la dari ko duduk je kat kerusi ko 8jam tanpa bergerak2 sambil tangan dan mulut bergerak.

3. Bersenam

Yang ini memang penting. Pada pendapat aku la kalau kita nak kurus dan maintain berat badan make sure bersenam walaupun sekali dalam seminggu. Actually bersenam ni ada banyak cara, kalau ko duduk rumah pun boleh bersenam dengan buat aktiviti rumah mengemas, mop lantai, basuh baju (lebih afdal ko basuh tangan, memang berpeluh), kejar anak ko ke. Hihihi. Betul la, aku tak tipu tau sebab benda ni semua boleh mengeluarkan peluh. Macam aku plak sekarang ni aku selalu lakukan ab workout. Konon2 nak kempiskan perut la. Hihihihi.. Make sure kena rajin la, ari2 pun kena buat baru berhasil nak dapatkan perut yang kempis tanpa lemak. Aku pula, kadang - kadang buat kadang - kadang lupa tambah - tambah balik kerja letih, masak la, melayan kerenah si kecik tu, last2 pas mandi tido terus. Lepas ni aku akan berusaha untuk fixkan setiap hari pagi dan malam kena buat.

Setakat ni aku rasa 3 benda ni yang aku tengah praktikkan dalam memastikan impian aku kembali kurus seperti zaman anak dara dulu tercapai. Kalau sesapa yang pernah buat benda yang sama dan berjaya silalha share bersama supaya dapat motivatekan diri aku untuk terus berusaha untuk kurus. Sesiapa yang rasa nak try cara aku ni cubalah mana tau berhasil kan.Selamat berjaya menguruskan badan (ucapan ni untuk aku juga)

6 comments:

  1. assalammualaikum...

    same situation lah..
    I pun stress utk turunkan berat ke zaman remaja dulu. 50kg je. now berat I 56kg. nk turun kan 1kg pun susah. huhu.
    nk diet sgt pun x bole. cuZ I still bf my daughter.

    ReplyDelete
  2. saya pun tgh on diet. cousin ajar makan sup sayur (hijau) tanpa nasi selama 9 hari...hari pertama start...hehehehehe

    tq tips yg bagus

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Menarik tips ni! seiring dengan amalan saya setiap hari. sekarang saya cuba sambil minum Callysta Bali Coffee secara semulajadi dan insyaallah saya akan cuba sekali dengan tips ni sekali

    ReplyDelete
  5. Betul tu..saya dh cuba dh..alhamdulillah..dulu 78kg skarang 76 dlm seminggu..

    ReplyDelete