Pages

Tuesday, March 13, 2012

Oat + Apricot + Epal

Resepi yang mudah, senang dan sangat lah ringkas untuk mummy - mummy yang kesuntukkan masa.. Walaubagaimanapun masih berkhasiat tau... Hihihihi...

Asyik makan bubur nasi jer, kesian plak kat si kecik nie, so mummy dia pun nak cuba bagi Ayra oat plak.. Untuk baby make sure guna organic rolled oat tau.. Jangan la guna yang instant punya sebab yang tue dah dicampur dengan gula...

Saya masak untuk Ayra oat bersama apricot dan juga epal.. Disebabkan puree epal Ayra dah abis, so saya just slice jer fresh epal then campak dalam periuk bersama oat dan dried apricot.. Oh yer lupa plak nak bagitau, dried apricot tue saya guna yang organik dried apricot yang warna hitam punya.. Elakkan yang warna oren tue sebab yang tue ada sulfur... Tak susah pun nak cari dried apricot nie, kat tesco berlambak..Hehehe

Nak masak pun senang dan cepat, lebih kuang 10-15minit jer dah siap... 
Selamat mencuba...Nyum - nyum...

Sejukkan sebentar selepas masak..

Selepas diblend dan sedia untuk di ngap.... Nyum2

Macam Ayra, dia belum ada gigi lagi dan dia juga tak suka makan bubur yang tekstur kasar, jadi mama kenan lah blend sampai halus..Hihihihi..

Jumpa lagi di resepi yang akan datang..hahaha...(ayat nak menunjukkan rajin la sangat masak..hihihi)

No comments:

Post a Comment