Pages

Monday, May 30, 2011

Tampal Gigi

Assalamualaikum...
Hari nie ada keinginan nak update blog..Hehehehe...Semalam tak berapa sihat... Badan terasa asakit sangat, tapi hari nie Alhamdulillah da ok.. Pagi tadi pergi tampal gigi.. Lama tul tak tampal gigi, aritu masa check tampal gigi lama dah terbuka so doktor korek balik yang lama n tampal yang baru.. Walaupun masa dia nak korek tue agak sakit tapi sekarang dah ok. Doktor gigi tue pun sangat la baik. Rajin sangat sembang, mungkin dia tengok saya yang tengah sarat nie so dia kesian agaknya... Hehehe..
 
Kebetulan klinik gigi tue dekat ngan Klinik Pakar Wanita Dr. Tan ingat nak pergi la scan baby sekali. Nak tengok my baby kat dalam nie ok ker, tapi doktor takde la plak.. Kecewa akhirnya. Suami cakap Khamis nie la datang lain sebab ada appoinment dekat KK so boleh pergi scan sekali. Pergi KK biasa la, sepanjang saya duk pergi check selama nie baru sekali jumpa doktor n scan. Yang lain jumpa nurse jer. Tiap-tiap minggu pun cakap benda yang sama. 
 
Disebabkan masa pergi klinik gigi pagi tadi belum breakfast, pastu terus ajak suami pergi makan dulu. Lapar gila, anak pun asyik menendang jer. Mesti lapar, sian kat dia. So, pergi makan roti canai 2 biji ngan telur n air milo. Amik ko, kenyang giler. Nak masuk ofis pun dah malas. 
 
Semalam saya dah siap packing semua barang-barang yang nak dibawa ke hospital dan yang nak dibawa balik ke kampung minggu depan. Penat giler,walaupun tak berapa larat tapi paksakan diri juga. Takut juga tiba-tiba sakit, sapa nak kemaskan. Hari nie kalau larat nak kemaskan barang Mikey plak. Sangkar semua pun nak kena basuh before bawa balik kampung. Barang dia pun banyak, nak harapkan dia kemas sendiri confirm tak punya. Hahaha.. Mikey pun sekarang baik la sikit pas sakit bulan lepas. Dah kembali sihat n gemuk balik. Asyik nak tidur jer. Pastu dia suka sangat nak ajak saya n suami main ngan dia. Tengah tidur pun dia boleh mai gigit-gigit saya nak ajak main. Cian gak kat dia takde kawan, tapi takde kucing nak kawan ngan dia. Dia garang sangat. Nampak kucing semua pun dia nak ajak gaduh. Baru-baru nie bawa dia kuar rumah nampak sekor kucing nie terus dia kejar. Nasib baik pakai tali, kalau tak mampus la kucing tue.
 
Nasib baik time cuti nanti ada adik saya yang tengah cuti semester leh tolong jagakan dia. Kalau tak sian juga kat mak saya, yer la mana nak jaga saya takkan nak jaga Mikey plak. Dah la kat umah pun ada kucing juga, so kena hati-hati la nanti Mikey gaduh. Tak sabar plak nak amik cuti panjang. Hehehe...:)

Sunday, May 22, 2011

Al - Fatihah

Sedih dan terkejut dengan perkhabaran itu. Terdetik di hati andai takdir ini terjadi padaku bisa saja meragut ketenangan jiwa dan merentap sanubari hati ini. Sedangkan melihat mereka yang mengalaminya saja sudah menzahirkan perasaan sayu yang amat. Tiada siapa yang meminta dan mahu takdir sebegitu tapi siapa kita yang hendak melawan kehendakNya.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Namun yang menjadi klisenya bila musibah seperti ini terjadi banyak tangan yang menuding jari dipersalahkan. Pada masa ini juga berbagai bentuk masyarakat yang kita nampak seakan-akan memberi bantuan walhal sebelum ini apa yang sangat diharapkan itu tak pernah pun diberi. Ada saja rezeki yang kita nampak melimpah ruah  diperolehi mereka. Itulah sifat manusia, bila dah terhantuk baru nak bertindak, nak membantu. 
 
Semua yang saya tulis ni hanya sebagai renungan kita semua termasuk diri saya sendiri. Jangan lupa membantu meraka yang susah apabila diperlukan. Walaupun sedikit namun nilai bagi mereka ini mungkin begitu banyak. Kadang-kadang bila ada saja yang datang ke rumah mengetuk pintu dan dengan wajah yang begitu luhur meminta bantuan berilah seikhlasnya. Mungkin mereka ini benar-benar memerlukan bantuan kita.Hati masih terasa sayu dan sedih bila terbaca tentang kisah mereka ini.
Kepada mangsa tragedi tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa semoga mereka semua tabah dan sabar dalam mengharungi kehidupan ini. Kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang takziah diucapkan.

Ihsan google...( Gambar yang dirakamkan sebelum kejadian )

Sama-sam kita sedekahkan Al-Fatihah kepada 16 anak-anak yang terkorban dalam kejadian tersebut. Semoga roh mereka ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. Amin.. 
 
Al - Fatihah


Friday, May 20, 2011

33weeks....:)

Pejam celik pejam celik dah hampir ke penghujung bulan Mei..Dah nak masuk June dah, wah semakin hampir dengan my due date la.. Fiza akan due insyallah 3rd of July means i only have about a month and half lagi.. Wah semakin berdebar-debar nie... Perasaan sekarang tak tau la nak cakap, macam2 yang difikirkan. Happy tentulah tapi still takut wei.. Tambah plak bila baca entry pengalaman blogger yang dah pun bersalin membuatkan perasaan saya dah tak keruan nie..

Minggu nie dah masuk 33w++ dah.. Perut semakin membesar, tapi selera makan dah tak macam dulu la..Makan pun ala kadar jer, tapi berat naik juga, pelik2 but tak banyak la.. 1kg only..hehehe..Fiza pun dah start ganti puasa. Alhamdulillah boleh la tahan janji sahur kena bangun la n makan something yang boleh bagi energy especially kurma mesti kena makan. 

Barang-barang untuk baby pun dah complete cuma tinggal nak tambah apa-apa lagi yang dirasakan perlu la. Barang untuk saya pula cam banyak lagi tak beli tapi macam tak excited pun nak beli compare time beli barang baby. But still have to buy la, n insyallah dis weekend nak complete apa yang belum complete. Baju baby semua pun dah siap basuh n dah paking setengah darinya. Excited kan saya..hehehe.. Bukan apa time free n tengah larat ni baik prepare mana tau si kecil nie nak kuar awal ker? Lagipun saya sekarang nie sudah mengalami simptom - simptom yang malas nak buat kerja. Mungkin sebab badan yang semakin berat dah menambahkan kemalasan saya. Cuba bayangkan nak pergi kerja sekarang nie pun malas, dah sampai opis nak buat kerja pun malas. Nak update blog pun malas. Segala macam pun malas.. Anak mama jangan malas cam mama tau nanti..Hehehe..

Semalam pergi check baby kat KK Sungai Dua. Check pun macam biasa jer cuma semalam agak ramai orang. Terutamanya ibu bapa yang dtg bw anak2 diaorang. Bila tengok ibu2 yang bw baby tu cam xsangka plak nanti tiba giliran saya ni plak nak jd cam diaorang. Tak sangka da nak jadi seorang ibu. Rasa macam baru jer abis sekolah, pastu masuk u, pastu kerja, pastu kahwin dan sekarang dah nak jadi ibu da.Dah bersedia ker saya nak pegang tanggungjawab nie? Kdg2 time berborak dgn suami saya selalu tanya dia soalan nie. Jawapan dia mestilah insyallah kami akan jd ibu  bapa yang baik kepada our baby nanti.. Harapan saya pun begitu juga.

Saya sekarang pun da ramai kawan2 blogger baru yang juga bakal menjadi ibu. Terima kasih kepada Belle , Farah , Yuyu , Yun dan Shareeda kerana sudi berkongsi cerita dengan saya. Mudah-mudahan anda semua n baby sentiasa sihat.