Pages

Thursday, September 15, 2011

Detik Kelahiran Ayra

Dari mana nak mula perjalanan detik kelahiran buah hati pengarang jantung saya dan juga suami pun masih terfikir-fikir.. Macam tak tahu nak start dari mana dulu yang pasti kelahiran Ayra yang kini menjadi penyeri hidup kami berdua adalah satu anugerah yang tak ternilai dari Yang Maha Esa. Momen yang dirasai sekarang nie sangat lah indah sekali hingga terlupa segala detik saya meraung, menangis, menahan sakit, letih, dan macam-macam lagi sewaktu kelahiran Ayra.

3 Oktober 2011
Sepatutnya saya bersalin hari ini tapi nampaknya Ayra masih mahu dan selesa lagi berada di dalam perut saya walaupun saya dah tak sabar nak Ayra keluar. Seminggu sebelum due date lagi saya dah berharap Ayra keluar kerana perasaan tak sabar dalam diri untuk  melihat si kecil. Namun keadaan diri yang semakin letih dan penat juga menambahkan perasaan hati yang mahu baby cepat keluar. Hari nie juga saya baru bertolak pulang ke kampung kerana mulanya fikir nak bersalin di Penang jer, tapi still sihat so i change my  mind.

4 Oktober 2011
Lepas suami hantar semalam, pagi nie dia pun nak berangkat pulang tapi dapat pula perkhabaran yang saudaranya di Simpang Taiping meninggal, jadi suami pun pergi ziarah dahulu. Hari tue saya mula terasa semacam, sakit mula terasa sikit-sikit tapi buat tak endah memandangkan belum turun tanda nak bersalin. Pukul 6 ptg terasa keluar sesuatu dan perasaan saya tiba-tiba je jadi lain. Terus ke bilik air dan check ada sedikit darah. Sepantas kilat call suami tanya dia dimana, dan nasib sungguh baik sebab dia baru jer nak bertolak ke Penang. Saya terus cakap " tak yah la balik Penang, tapi mai umah mak balik"...."kenapa" suami pula bertanya. " Ayang dah turun darah nie".. serta merta je dia jawapan ok. Dalam pukul 8 lebih baru saya, suami dan mak bertolak ke Hospital Taiping. Selesai isi borang semua, doktor pun datang bertanya soalan dan detik ngeri yang pertama pun bermula bila dia cakap nak check bukaan. Jantung terus laju jer berdegup, selama nie dengar dan baca pengalaman orang jer dan kini amik ko rasa sendiri. Mula-mula doktor check takde la rasa sakit pun, dalam hati cakap tak sakit pun rasa ngilu sikit jer nape orang cerita sakit. Kemudian datang pula doktor lain bertanya dgn doktor tadi, oh rupa-rupanya doktor pelatih. Doktor yang betul-betul nie pun cakap nak check bukaan sekali lagi. Masa tue baru la saya mengiakan cakap orang lain. Memang sakit, terasa sampai ke perut jer. Terus terngiang-ngiang perasaan time tue sekarang nie. Hati nie duk cakap bodoh tul doktor nie punya la sakit dia check. Masa tue baru 2cm bukaan. Saya tengok sarung tangan doktor tue penuh darah selepas dia keluarkan. Walaupun baru jer 2cm saya kena juga admit hospital malam tue. Jadi tidurlah saya di hospital sementara suami dan mak tidur dalam kereta sebab diaorang jangka saya dah nak bersalin walaupun saya dah bagitau macam lambat jer lagi. Jangkaan saya memang tepat sekali, dah 2hari 2malam menginap di hospital pun masih belum bersalin. Perut jap sakit jap tak, sakit pun sakit sikit jer. Rasa macam nak minta balik ke rumah jer.

6 Oktober 2011
Hari ke-3 di hospital macam-macam ragam orang boleh tengok. Tapi paling best bila tengok orang sebelah kita dah ada baby dah. Best betul tak sabar nak tengok anak sendiri pulak. Hari nie saya mula terasa sakit yang makin kuat dan kerap. Tiap kali sakit saya tengok jam, makin lama makin kerap. Dari sejam terasa sakit sekali dua terus jadi empat lima kali sakit. Hati makin berdebar-debar. Bila dah malam terasa sakit makin kerap. Saya pun bertanya dengan kawan di belakang saya sebab dia dah berpengalaman besalin sebelum nie. Saya juga bgtau sakit saya makin kerap nie. Dia suruh saya check jangka waktu sakit. Sakit makin kuat dan kerap. 5min sekali sakit dengan perut mengeras, badan pula menggigil. Sampai satu saat saya dah tak tahan, saya panggil kawan tadi cakap tak tahan sangat dah. Dia terus jerit panggil nurse yang lepas tue berlari sambil tolak wheelchair mai kat saya. Dia bawa saya pergi check bukaan dulu, bila check dah 5cm. Dia cakap dah boleh masuk labour room dah. Saya pe lagi terus gelabah, kecut perut sambil hati cakap ya Allah anak mama dah nak keluar. Sempat minta call husband dulu sebelum di tolak masuk labour room dan tengok jam dah hampir 12 mlm. Anak mama mungkin lahir 7.7.2011, sempat saya berkata sendiri....

Bersambung............

Monday, September 12, 2011

Suntikan 2 bulan

Salam semua...

Hari nie bawa Ayra pergi cucuk 2 bulan. Macam biasa sebelum cucuk timbang berat n tinggi dulu. Berat Ayra sekarang 4.1kg jer, walhal Ayra dah kuat makan sekarang nie. Tapi mungkin berat dia tak naik banyak sebab dia kerap muntah balik susu sebab batuk. Kesian kat Ayra. Tadi jumpa doktor pun doktor tak bagi ubat sebab Ayra menyusu badan jadi doktor cakap susu ibu boleh bagi antibodi kat baby.Just keep continue bf Ayra jer. Alhamdulillah juga sebab sampai sekarang Ayra still lagi fully breastfeeding dan saya juga wish dpt bf Ayra sampai 6 bulan. Insya Allah kalau ada lagi rezaki Ayra saya nak menyusu badan sampai 2 tahun.

Lepas jumpa doktor tadi baru Ayra kena cucuk untuk usia 2 bulan. Menangis kuat la Ayra, dah la dia tengah sedap duk tidur pastu kena kejut n cucuk pulak. Pastu nurse plak bgtau suntikan nie juga boleh buat baby demam but depend on baby punya antibody la.. Harap2 Ayra kuat la, yela dah la sekarang  nie dia masih batuk, so kalau demam plak mesti lagi kesian kat dia.

Tadi nurse pun ada cerita pasal pad smear. Mula-mula mmg ingat nak buat tadi juga la, tapi pas Ayra kena suntik tue dia duk merengek tak nak duk mungkin sebab sakit, kesian plak kat dia. Yela nak wat pad smear tue nak kena amik air kencing la, darah la terus cancel la. Takut juga nak wat pad smear, ada orang kata sakit. Tapi tadi tanya nurse dia kata tak sakit pun, orang je kata sakit. Tak tau la kan mana betul, sebab belum buat. Huhuhuhu.. Tapi apa2 pun kena buat juga terutama bagi mereka yang dah berkahwin. Pad smear nie penting bagi wanita, sebab wanita sekarang mudah terdedah dengan penyakit rahim contohnya kanser pangkal rahim. Jadi bila kita buat pad smear, dapatlah kita mengesan atau mengelak penyakit2 macam tue. Jadi kepada semua wanita di luar sana sama2 lah kita pergi buat pad smear ye.. Hehehe



Friday, September 9, 2011

Ayra Lagi

Hi....

Sebenarnya nak bercerita tentang pengalaman bersalin aritue tapi baru jer mengarang terasa malas la plak.. Yela nak kena recall balik semua benda take time juga tue.. Jadi nanti2 la saya post pengalaman time deliver saya tue yer... Hehehe.. Sekarang layan jer la gambar buah hati pengarang jantung saya... :)

Time nie Ayra ada rambut lagi...

Nie lepas kena cukur rambut..

Ayra dah pandai gelak bila org bermain dgn dia..:)

Dah macam Santa Claus plak Ayra..Hehehe

Bila tengok dia nie hati gembira jer.. Sayang anak mama..Muuuuaaahhhh...

Tuesday, September 6, 2011

Bila Ayra Tak Sihat

Salam... 

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir & batin kepada mereka yang mengenali diri ini.. Agak lama saya tak update new story kat sini kan? Bukan apa, masa berpantang kat kg internet slow sgt, jadi mls nak update2 sbb terlalu lembab.. Sekejap jer dah 2 bulan dah saya bercuti. Semalam saya dah start kerja semula. Terasa malas sangat. Bukan apa, tak sampai hati nak tinggal dan berjauhan dengan Ayra..Huhuhu... Dah la Ayra tak berapa sihat sekarang nie.. Kesian Ayra sebab dah kena batuk dan selsema..

Bila duk kat ofis asyik teringat jer kat dia.. Nasib baik baby sitter cakap dia ok cuma bila dia batuk dia akan nangis jap sebab dia try nak kuarkan kahak tapi boleh sebab tak reti lagi.. Saya tengok pun kesian.. Bayangkan kita kalau batuk pun terasa sakit dada inikan dia yang kecik tue.. Semalam dah pergi jumpa doktor dia ada bagi ubat.. Hari ini batuk dia dah kurang la sikit. Mudah-mudahan cepatlah dia sembuh.. Bila tengok dia macam tue rasa sedih dan kesian sangat kat dia. Saya harap dan rela saya yang sakit tapi bukan dia..Huhuhu.. Ayra, mama sayang sangat kat Ayra.

Try juga cari petua2 untuk legakan batuk dan hilangkan kahak tapi bila cuba macam tue juga. Kalau ada sesapa yang ada petua leh la kongsi dengan saya yer..:)