Pages

Tuesday, September 21, 2010

Siapa Pasangan Anda

Bercerita tentang siapa pasangan kita mungkin 3 hari 3 malam pun belum tentu habis. Kenapa kita perlu berpasangan? 

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” (Al Qur’an, 36:36)

Dari ayat di atas jelas menunjukan setiap manusia itu dijadikan berpasangan di dunia ini. Siapa pun kita, baik atau buruk mesti ada pasangannya. Dan semestinya setiap dari kita mesti mempunyai cara tersendiri dalam memilih pasangan hidup. 

Kadang-kadang ada juga yang bertanya macam mana kita nak tahu seseorang itu adalah jodoh kita? Dia ni boleh ke jadi boyfriend? Dan ada juga yang bertanya macam mana saya tahu yang bakal suami saya tu adalah jodoh saya. Kadang-kadang soalan macam nie boleh buat kita terfikir juga betul ke dia tu pasangan hidup kita. Kan dah buat kita plak yang confius. Tapi bagi saya, saya cuma berpegang pada satu benda sahaja, saya nak bercinta dan berkasih dengan seseorang bukan hanya untuk di dunia sahaja tapi juga di sana juga. 

Dan lebih baik kita menyayangi oarng bukan sahaja kerana kebaikan dan kelebihan yang dia ada, tapi juga dengan segala kelemahan yang dia ada. Memang macam susah je bunyinya tapi percayalah itu lebih baik dari kita hanya menyayangi orang kerana apa yang baik sahaja,kerana hidup kita bukan sentiasa baik. Suatu masa kita akan merasai kesusahan dan ingatlah tiada manusia di dunia ini yang sempurna. Bahkan diri kita pun banyak kelemahan,jadi jangan mengharap orang lain sempurna.

Dan saya ada suatu cerita yang pernah saya baca tentang seorang pelajar bertanya kepada gurunya macam mana kita nak mencari pasangan hidup. Guru itu pun menyuruh pelajar itu ke padang sekolah mereka dan mencari sehelai rumput di padang yang paling cantik dan baik. Pelajar tadi pun pergi ke padang dan mula mencari sampai ke hujung padang. Selepas itu dia kembali kepada guru tadi dengan hampa kerana tiada pun rumput yang dibawa. Guru itu pun bertanya mengapa pelajar itu tidak membawa rumput. Pelajar itu pun memberitahu, pada mulanya dia telah terjumpa dengan rumput yang cantik, tetapi bila dilihat ke depan dia ternampak ada lg rumput yang cantik. Dia pun terus ke rumput yang lain dan bila dipegang rumput yang cantik dia ternampak ada lagi yang lebih cantik di depan dan terus meninggalkan rumput yang dipegangnya. Begitulah seterusnya hingga hujung padang dia tidak dapat sehalai pun rumput yang diingini. Maka guru itu pun berkata hidup manusia seperti itu juga. Kita kadang-kadang telah menjumpai seseorang yang baik dan cantik di mata kita tetapi bila melihat ada lg yang cantik kita terus meninggalkan apa yang kita ada. Jadi kita sebagai manusia harus bersyukur dan ingat sekali kita bertemu dengan seseorang hargailah kerana jika kita sudah melepaskan peluang kita mungkin akhirnya hidup kita akan seprti kisah pelajar dan rumput tadi...


mungkin padang nie kut pelajar tue cari rumput...hehehe..

Hehehehe...sampai di sini saja  cerita saya.  Semua cerita di atas tiada dengan yang hidup atau yang mati. Ynag baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan k..





7 comments:

  1. salam...
    Semua manusia mengharapkan yang terbaik sebagai pasangan mereka tapi kita perlu akui hakikat yg kita juga tidak sempurna..terimalah 'dia' sebagaimana 'dia' juga terima kita dgn ikhlas & jujur.

    ReplyDelete
  2. Salam Lebaran,

    Susahnya mencari pasangan. Hati kita ni bukan mudah nak dipujuk menerima kelemahan pasangan kita. begitu juga sebaliknya. Inilah yang selalu berlaku dan akhirnya rumahtangga musnah kerana masing-masing tak mahu beralah.

    Jadi berhati-hatilah mencari pasangan hidup dan carilah insan yang memahami dan begitu ikhlas menyintai kita seadanya.

    ReplyDelete
  3. sayangilah n hargailah pasangan anda seadanya.. ehem2 tgl lg 2 mggu je tu hehe..

    ReplyDelete
  4. Betul tue...Fiza pun sudah bertemu insan yang tersayang Alhamdulillah..Doakan kami bahagia ke akhir hayat ye.. Amin

    ReplyDelete
  5. saya suka kisah padang ni. dari dulu2 dok dengaq citer ni..semoga2 berjumpa seseorang yg dipilih Allah..

    ReplyDelete
  6. susah untuk cari pasangan yg memenuhi kriteria yg dingini.hakikatnya manusia itu berbeza dan tersendiri serta tiada yg sempurna di dunia ini.sikap toleransi dan menerima pasangan seadanya pasti dapat memacu kebahgiaan yg d cari,Insyaalah.

    ReplyDelete
  7. siapa pasangan saya?

    masih belum ada jawapan.

    ReplyDelete