Pages

Tuesday, June 4, 2013

Trust In Allah When Making Decision

Assalamualaikum...

Keputusan yang penting aku dah buat.. Setelah menganalisa dan meneliti semua setiap sudut dan juga mendapat sokongan dari suami aku buat keputusan untuk meninggalkan kerja aku selama ini. Satu keputusan yang berat juga bagi aku tapi aku rasa itu lebih baik dan aku redha dengan segala ketentuan Nya. Sebenarnya aku juga bersyukur sebab dengan keputusan ini aku dapat menguruskan Ayra sendiri dan lebih komitmen aku untuk family. Terima kasih sangat kat my Hubby sebab menyokong aku. Sebab aku resign biarlah aku dan orang - orang yang terdekat saja tahu. Dah tak sanggup menelan segala rasa sakit di hati ni lagi. 

Apa pun aku percaya semua yang terjadi ada hikmahnya. Aku percaya segala yang terjadi adalah ketentuan dan perancangan Allah Yang Maha Esa.


Thursday, May 16, 2013

Stress

Assalamualaikum..

aku agak stress seminggu 2 ni.. tue yg mls nak updated blog. nasib baik aku berpuasa 2 3 hari ni kurang lah sikit stress dan perasaan yg xberapa nak elok tue. Muhasabah diri dan banyak bersabar.. 

Paling aku harap orang yang dekat dan rapat dengan aku dapat memahami dan support aku. Barulah kurang sikit stress ni. Itu je nak tulis.. ni pun menulis guna phone.. Kurang keseronokkan di situ..

Layan lah gambar2 yang aku rasa boleh hilang stress aku..hihi



my busuk masam dan buah hati pengubat stress aku..




dinner semalam.. bekalan barang basah dan mentah dah xdak so makan apa yg ada..hihi


teringin la plak nak berbuka minum ice blended..tak pun tutti frutti ka..yum yum




Tuesday, May 7, 2013

Tips Untuk Kurus?

Aku sekarang dalam proses menurunkan berat badan ni. Sedih dan tak sanggup tengok dah isi yang berlebih kat badan. Tapi kenapalah susah sangat nak turunkan berat badan ye. Aku dulu time sekolah menengah and time kat uni berat aku lebih kurang 54kg - 56kg la. Berat kan..Huhuhu. Tapi bila aku start kerja maintain la 50kg. Kalau naik pun 51kg la, time aku nak nikah aku turun 49kg. Rasa kurus sangat time tue, orang duk cakap kurus la, baju nikah pun longgar ja pakai time tue. 

Pastue aku pregnant, time 1st trimester berat aku turun mendadak sebab aku memang tak lalu nak makan. Nak muntah ja terutama time malam. Aku memang tak makan malam sebab kalau makan malam mesti keluar balik. Time tu berat aku 46kg kot. Orang pun tegur ko pregnant ke apa makin kurus. Aku masa 4 5 bulan pun boleh pakai lagi seluar jeans aku sebab memang perut kecik ja. Tapi lepas ja aku abis alah semua, amik ko berat naik mencanak - canak tau. Last sebelum deliver berat aku adalah 70kg tau. Amik sepanjang pregnant berat aku naik sebanyak 20kg.

Lepas bersalin je, berat aku turun la. Dari 70kg ke 60kg lebih - lebih aku pun tak ingat berapa kg. Aku rasa sebab aku menyusukan Ayra sebab tu berat aku cepat juga turun. Tapi aku masih belum puas hati sekarang ni, yela selepas hampir 2 tahun melahirkan Ayra berat aku terkini adalah 57kg. Ayoyo masih jauh lagi ke angka sewaktu aku bujang dulu. Aku still berhasrat nak capai berat 50kg, tapi kalau xdapat paling teruk pun 53kg pon aku dah puas hati la. Tapi tu la, macam mana la aku nak turunkan lagi  4-5kg lemak dan isi - isi lebihan ni ye. So, aku pun gigih la mengoogle di internet supaya impian aku ni tercapai.

Inilah tips yang aku dapat di internet cara untuk kuruskan badan dengan cara sihat tanpa perlu makan atau sapu segala jenis produk pelangsingan.

1. Kawal Pemakanan
Apa itu kawal pemakanan yang kita perlu tahu dalam proses untuk kurangkan berat? Senang saja, makan makanan yang berkhasiat, elakkan makanan segera atau fast food macam mc'd, kfc, kalau nak sebut semua di sini berlambak - lambak. Ini kerana ia mengandungi bahan perasa, gula, lemak dan berbagai lagi sumber yang tidak diperlukan badan kita. Banyakkan makan sayuran dan buahan. Cuba kurangkan jumlah karbohidrat tapi tambah serat dalam makanan. Kalau rasa tak boleh la sehari tak makan nasi, makan ja setiap hari tapi ambil dalam portion yang sedikit iaitu kurang atau 1 senduk sahaja dan banyakkan lauk anda. Selain itu, boleh juga cuba makan 5 kali sehari tapi ingat dalam kuantiti yang sedikit kerana badan kita selalunya memerlukan 4 - 5 jam untuk proses penghadaman makanan, so make sure before after 4jam makan, jamah semula sebelum lapar kembali. Kerana apabila kita sudah lapar kita akan makan dalam kuantiti banyak. dan yang paling penting jangan skip breakfast kerana lah pembekal tenaga bagi kita untuk memulakan aktiviti seharian. Kalau kita skip breakfast so bila time lunch confirm punya kita akan makan berganda sebab enrgy takdak lepas tue lapar teramat - amat bila tengok makanan nafsu pun bermaharajalela.
Macam mana aku hadap tips yang ni, ko ingat senang ka bila kita kena kawal apa yang kita makan kalau selama ni kita duk hentam kaw kaw punya. Tapi demi nak kuruskan badan aku cuba juga. Kalau makan aku akan kurangkan the portion of the nasi, kalau dulu bukan sesenduk wei tapi siap bertambah - tambah bila makan tapi sekarang aku just makan paling tinggi sesenduk ja. Dan cara yang paling mujarab bagi aku adalah aku makan sepinggan share dengan Ayra. amik sesenduk lepas tu bahagikan Ayra punya 1/3 aku 2/3. Abis suap dia aku makan bahagian aku pula. Hihihihi. Aku sekarang makan nasi pula sekali sehari ja, xpon 2hari sekali. Macam aku still breasfeeding Ayra so aku perlu make sure bekalan susu untuk Ayra still berjalan walaupun aku diet. Banyakkan makan sayuran dan juga buah - buahan juga.

2. Minum 3 - 4 liter air

Tips no 2 yang popular bila aku search ialah minum air 3-4 liter sehari dan air tu jangan plak ko bantai air coke, teh ais semua tu. 3 - 4 liter tu adalah air masak yakni air yang bebas dari unsur gula yang juga merupakan punca kegemukkan. Tips ni nampak mudah tapi ada je orang tak suka nak buat sebab alasan kalau minum air banyak nak kena pergi bilik air kerap la. Macam aku memang suka lagi minum air kosong dari air bergula. Tapi dulu aku minum paling kuat 2liter ja, tapi sekarng aku akan pastikan setiap hari paling kurang mesti cukup 3 liter aku minum. Tapi selalunya lebih la, sebab aku kalau kat ofis pun dah 3liter aku minum air campur dengan kat rumah 1liter lebih kurang 4 liter juga la sehari. Actually minum air kosong banyak sangat bagus untuk proses penghadaman kita. Bagi aku la, kalau orang lain aku xtau la rasa yang sama ke tak ye, tapi kalau aku kerap minum air, aku akan kurang rasa lapar. So aku suka lah sebab bila dah kurang lapar tak rasa la nak makan. Di samping tu, bila kita minum air banyak kan selalu nak terkucil dan asyik nk ke toilet je kan, bagus la tu sebab bila kita kerap berjalan ke toilet itu kira senam juga la dari ko duduk je kat kerusi ko 8jam tanpa bergerak2 sambil tangan dan mulut bergerak.

3. Bersenam

Yang ini memang penting. Pada pendapat aku la kalau kita nak kurus dan maintain berat badan make sure bersenam walaupun sekali dalam seminggu. Actually bersenam ni ada banyak cara, kalau ko duduk rumah pun boleh bersenam dengan buat aktiviti rumah mengemas, mop lantai, basuh baju (lebih afdal ko basuh tangan, memang berpeluh), kejar anak ko ke. Hihihi. Betul la, aku tak tipu tau sebab benda ni semua boleh mengeluarkan peluh. Macam aku plak sekarang ni aku selalu lakukan ab workout. Konon2 nak kempiskan perut la. Hihihihi.. Make sure kena rajin la, ari2 pun kena buat baru berhasil nak dapatkan perut yang kempis tanpa lemak. Aku pula, kadang - kadang buat kadang - kadang lupa tambah - tambah balik kerja letih, masak la, melayan kerenah si kecik tu, last2 pas mandi tido terus. Lepas ni aku akan berusaha untuk fixkan setiap hari pagi dan malam kena buat.

Setakat ni aku rasa 3 benda ni yang aku tengah praktikkan dalam memastikan impian aku kembali kurus seperti zaman anak dara dulu tercapai. Kalau sesapa yang pernah buat benda yang sama dan berjaya silalha share bersama supaya dapat motivatekan diri aku untuk terus berusaha untuk kurus. Sesiapa yang rasa nak try cara aku ni cubalah mana tau berhasil kan.Selamat berjaya menguruskan badan (ucapan ni untuk aku juga)

Tuesday, April 30, 2013

Selamat Hari Pekerja

Selamat Hari Pekerja kepada semua dan selamat bercuti. Bagi aku semua orang di dunia ni adalah pekerja walaupun ko cuma duduk di rumah menjaga anak dan menguruskan rumah tangga tapi tetap bekerja bagi aku. Jadi, apa jua pekerjaan kita tak kira la orang atasan ka, orang bawahan ka, pekerja kerajaan atau swasta atau yang bekerja sendiri atau juga yang duduk di rumah sekali pun mesti mahu dihargai atas sumbangan dan juga komitmen yang telah diberikan kepada majikan masing - masing.

Macam aku sekarang ni, aku memang stress sangat bila datang bekerja. Aku rasa sangat rimas bila ada di office. Mungkin aku dah tak ada hati nak bekerja kat sini. Yela siapa yang ada hati kalau apa yang kita buat orang tak nampak yang orang nampak salah kita saja. Aku pun makin hari makin makan hati bekerja kat sini dan sampai sekarang ni aku cuma bertahan saja. Kalau memang dah sampai tahap aku tak tahan memang aku akan blah terus dari sini. Malas, penat, meluat semua pun ada bila nak datang kerja sekarang. Baik aku duduk di rumah jaga Ayra saja dari aku datang kerja dengan perasaan yang macam tu.

Aku memang dalam proses nak pertimbangkan umtuk berhenti, tapi aku fikir juga kalau aku berhenti nanti kesian la pula kat suami aku. Yela nak tanggung semua belanja rumah sorang - sorang. Mana nak bayar duit rumah, kereta, bil telefon la, internet la, belanja barang dapur, dan mesti juga nak bagi belanja untuk anak dan isteri. Aku bukan tak fikir, aku fikir semua tue, sebab tu la aku masih bertahan sampai sekarang. Kalau aku jenis yang tak amik tahu atau amik kisah memang aku berhenti dah. Tapi dalam pada tu aku selalu juga cakap2 dekat suami aku nak berhenti sambil - sambil mencari kerja baru. Mana tau ada rezeki untuk aku di tempat lain yang mungkin lebih baik atau bagus dari sekarang. Aku tak kisah pun kalau dapat kerja yang gaji lebih sikit dari sekarang selagi suasana kerja baik dan yang penting dapat bos yang bertanggungjawab, baik, boleh beramah dengan staff.

Dah la, malas nak bebel pasai kerja aku, lagi bebel lagi aku ingat dan aku bertambah sakit hati. Kepala pun bertambah sakit. Aku yakin rezeki tu ada di mana - mana dan aku yakin yang beri rezeki tu Allah S.W.T selagi kita berusaha untuk mencarinya. Dan jangan pula kita anggap kalau kita berhenti kerja atau duduk di rumah kita ni seorang yang tak berkerjaya atau tak boleh nak menjana pendapatan, sebab zaman sekarang ni dah ramai yang berjaya dan boleh hidup senang walau hanya duduk di rumah. Kadang - kadang kita tak tahu apa yang di rencanakan oleh Nya kepada kita. Setiap apa jua yang berlaku atau terjadi mesti ada hikmah di sebaliknya. Mudah - mudahan aku dapat petunjuk dari Nya tentang keputusan yang patut aku buat. Amin.