Pages

Tuesday, January 8, 2013

Cream Puff

Assalamualaikum semua...

Lama tak updated blog nie... Entry kali nie nak buat entry masak la.. Actually aku suka sanagt masak terumata baking. Bila kat rumah memang masak la memandangkan suami pun xsuka makan kat luar ( mungkin isteri dia masak sedap agaknya...hihihi). Ala, sekadar nak masak nasi dengan telur dadar, sayur campur goreng tue senang aje kan.. Budak sekolah pun reti masak.. Aku kalau masak, masak yang senang - senang aje, dan ikut selera suami. Aku pula jenis yang x kisah sangat pasal makan nie, nasi dengan ikan ikan masin pun ok ja. Nak cerita pasai cream puff aku melalut cerita pasai masak benda lain plak kan... Melalut betul kan..

Ok, resepi nie aku amik dari blog Kak Ita dari Masam Manis, dah banyak kali try resepi nie dan memang menjadi. Aku serius suka sangat Kak Ita punya blog. Kalau tengok gambar dalam blog Kak Ita nie memang buat aku meleleh air liur dan tabik spring kat dia. Gambar dan food presentation dia memang cantik sangat. Akak Ita saya kongsi resepi akak kat sini ye... Tapi tuan empunya resepi asal adalah dari Yani. Terima kasih juga ye Yani. Manakala resepi untuk cream pula dari Honey. Thanks kepada semua chef2 hebat nie ye untuk resepi yang best nie

CREAM PUFF
by : Yani

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g) 
Pertama sekali, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
Masukkan air dan butter ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
Kemudian masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Selepas itu masukkan telur, kacau cepat-cepa.
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Pipe kan ke atas dulang
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.

CREAM CUSTARD
by : Honey dan Ita

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.

Aku nak senang ja semua, so aku masuk semua bahan dalam periuk then kacau atas api sederhana hinga pekat dan masak.
Then siap... Tadaaaaaa, inilah hasilnya...



Selamat mencuba ye kawan - kawan semua. Semoga berjaya..