Pages

Tuesday, September 21, 2010

Siapa Pasangan Anda

Bercerita tentang siapa pasangan kita mungkin 3 hari 3 malam pun belum tentu habis. Kenapa kita perlu berpasangan? 

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” (Al Qur’an, 36:36)

Dari ayat di atas jelas menunjukan setiap manusia itu dijadikan berpasangan di dunia ini. Siapa pun kita, baik atau buruk mesti ada pasangannya. Dan semestinya setiap dari kita mesti mempunyai cara tersendiri dalam memilih pasangan hidup. 

Kadang-kadang ada juga yang bertanya macam mana kita nak tahu seseorang itu adalah jodoh kita? Dia ni boleh ke jadi boyfriend? Dan ada juga yang bertanya macam mana saya tahu yang bakal suami saya tu adalah jodoh saya. Kadang-kadang soalan macam nie boleh buat kita terfikir juga betul ke dia tu pasangan hidup kita. Kan dah buat kita plak yang confius. Tapi bagi saya, saya cuma berpegang pada satu benda sahaja, saya nak bercinta dan berkasih dengan seseorang bukan hanya untuk di dunia sahaja tapi juga di sana juga. 

Dan lebih baik kita menyayangi oarng bukan sahaja kerana kebaikan dan kelebihan yang dia ada, tapi juga dengan segala kelemahan yang dia ada. Memang macam susah je bunyinya tapi percayalah itu lebih baik dari kita hanya menyayangi orang kerana apa yang baik sahaja,kerana hidup kita bukan sentiasa baik. Suatu masa kita akan merasai kesusahan dan ingatlah tiada manusia di dunia ini yang sempurna. Bahkan diri kita pun banyak kelemahan,jadi jangan mengharap orang lain sempurna.

Dan saya ada suatu cerita yang pernah saya baca tentang seorang pelajar bertanya kepada gurunya macam mana kita nak mencari pasangan hidup. Guru itu pun menyuruh pelajar itu ke padang sekolah mereka dan mencari sehelai rumput di padang yang paling cantik dan baik. Pelajar tadi pun pergi ke padang dan mula mencari sampai ke hujung padang. Selepas itu dia kembali kepada guru tadi dengan hampa kerana tiada pun rumput yang dibawa. Guru itu pun bertanya mengapa pelajar itu tidak membawa rumput. Pelajar itu pun memberitahu, pada mulanya dia telah terjumpa dengan rumput yang cantik, tetapi bila dilihat ke depan dia ternampak ada lg rumput yang cantik. Dia pun terus ke rumput yang lain dan bila dipegang rumput yang cantik dia ternampak ada lagi yang lebih cantik di depan dan terus meninggalkan rumput yang dipegangnya. Begitulah seterusnya hingga hujung padang dia tidak dapat sehalai pun rumput yang diingini. Maka guru itu pun berkata hidup manusia seperti itu juga. Kita kadang-kadang telah menjumpai seseorang yang baik dan cantik di mata kita tetapi bila melihat ada lg yang cantik kita terus meninggalkan apa yang kita ada. Jadi kita sebagai manusia harus bersyukur dan ingat sekali kita bertemu dengan seseorang hargailah kerana jika kita sudah melepaskan peluang kita mungkin akhirnya hidup kita akan seprti kisah pelajar dan rumput tadi...


mungkin padang nie kut pelajar tue cari rumput...hehehe..

Hehehehe...sampai di sini saja  cerita saya.  Semua cerita di atas tiada dengan yang hidup atau yang mati. Ynag baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan k..





Monday, September 20, 2010

Apakah Perasaan Ini..

Sebenarnya saya masih kurang pasti dengan perasaan saya pada waktu ini..Jika dikatakan tak risau memang saya risau walaupun nampak cam rileks jer. Nak kata takut of course la takut dan saya pasti semua orang yang pernah dan akan berada ditempat saya pada waktu ini akan merasa perasaan yang sama.. Tension...tension..tension..

                               

                                               tapi takde la tension sampai camnie...hehehe

Tapi kadang-kadang leh jadi camtue jugak bila tengok keadaan ini...huhuhuhu...

perut aku muncit la.....mcm mana nie...

Takut sebenarnya, takut bila tiba tarikh yang paling bersejarah dalam hidup saya nanti perut masih macam tue... Abis la baju nikahku yg ditempah itu tak dapat diperagakan dengan jayanya...huhuhu..

Dengan hanya tinggal lagi 2 minggu ke tarikh pernikahanku n 3 minggu majlis bersanding,saya berharap sangat dapat kempiskan perut ini... Nak kata gemuk tidak lah,rasanya BIM saya cam ideal jer, tapi bila makan lebih jer mulalah naik... Takutnya...Tapi nafsu makan tak boleh ingat, lunch tadi dah pergi melapak di rumah teman sekerja sambil melantak nasi tomato berlaukan ayam masak merah, daging masak kicap, sambal hati... Tak lupa juga kiuh tat yang amat sedap...huhuhu... Bila dah balik opis baru rasa menyesal plak.. Inilah manusia..

Ada ke petua last minute yg berkesan dan dapat membantu perempuan ini?..Hehehehe... Apa2 pun kepada bakal-bakal pengantin semua, jangan mencontohi diri ini... Berdiet lah untuk hari berbahagia anda dan semestinya demi kesihatan anda.




Friday, September 17, 2010

1st Entri....

Pertama kali hati ini meronta2 sgt nak berblogger mcm org lain.... Tapi masih terpikir jugak cukup ke ilmu di dada nak menulis di blog?Apa yg ptut ditulis?dan yang penting ada ke sesapa yg nak menjengah blog ini...Tapi saya tetap galak jugak nak berblogger mcm org lain...Tertanya jugak info apa yg blogger lain tulis dlm blog masing2.Nak tulis pasal diri ke,kang ada plak yg jemu yela asyik memuji diri dgn segala cerita pasal hidup yg xde extraordinary langsung...Pasal masakan, oh saya amat suka memasak tapi hanya masak something yg simple dan hanya untuk dinikmati sendiri..hahaha..Mungkin suatu hari nanti saya boleh masak untuk org lain dan yg penting mendapt pujian dari org..

          Tengok sendiri la, 1st entry saja dah xtahu apa yg nak ditulis.. Mungkin seseorang itu ada masa-masa tertentu dimana idea untuk bercerita itu hadir di kepala otak..Masa tu mungkin kita just ikut je jari-jari nie menulis.Dan mungkin juga org yg menulis tu menulis berdasarkan niat hati yg jujur dan ikhlas untuk menulis. Mungkin itu lebih baik kerana kita tak perlu nak jadi hipokrit tetapi jadi diri sendiri. Orang akan lebih respect dan suka baca something yg betul-betul lahir dari hati yg ikhlas. Mungkin hanya cerita pasal opah kita, tapi jika cerita yg disampaikan itu ikhlas org yg membaca mesti tertarik walaupun dia sendiri pun ada opah...

      Yang penting masing-masing tahu menggunakan medium ini sebaiknya samada untuk kesenangan diri ke,expresi diri ke,or untuk merapu merapan sendiri ke.Diharap sesapa yg terbaca or termasuk blog ini dapatlah kiranya menjadikan blog ini sebahagian dari hidup anda(hahaha...ayat tak boleh blah tue). Sekiranya terdapat sebarang komen @ nasihat to me jgn la malu n segan untuk menegur budak yang baru berblogger ini.

       Harapan terhadap blog ini mestilah sentiasa di update dengan cerita-cerita saya atau apa saja yang lahir dari hati nurani yang ikhlas ini untuk menjadi tatapan anda semua.